Tuesday, December 07, 2010

Volleyball

Sabtu dan ahad lepas adanya pertandingan bola tampar Inter Agensi MOSTI..aku sudah tentu mewakili MOSTI dan rasanya kali ini adalah kali terakhir aku mewakili MOSTI dalam mana mana acara sukan..

ini adalah team kami...tanpa spiker sorang lagi sebab kena main tenis di tempat yang berbeza...aku adalah orang yang paling berbeza di antara semua..
Aku sedang beraksi...

Kepenatan selepas perlawanan...

Seperti biasa, team kami berjaya ke suhu akhir dan seperti biasa juga kami bertemu team lama aku iaitu Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM). Team ini merupakan team agak mantap dan sentiasa menjadi 'seeded team' setiap tahun.

Walaubagaimanapun, tahun ini team kami membuat kejutan di mana JMM tewas 13-25, 25-22, 15-8 dan kami ke separuh akhir..kitaorg melompat macam dah jadi juara..dan sangat teruja..tidak pernah terlintas di fikiran kami untuk melangkah ke separuh akhir..

Disebabkan kepenatan kami tewas di separuh akhir..namun, jauh dilubuk hati, aku puas hati!!

Nota : selepas game, aku rasa sangat sakit di tulang belikat dan tulang belakang...sampai hari ini..nak menoleh ke kiri dan kanan pun sakit...harap-harap jangan laa kecederaan sendi facet.




Friday, December 03, 2010

Hari ini

Hari ini..last day aku menjadi Bos Kecik di Kementerian ini..semua staf aku nampak sedih sikit..tapi gembira banyak..hahahaha..

So, bermula isnin depan, secara official nya aku bertukar ke pejabat baru yang terletak di Bukit Kiara..

Semoga pertukaran ini merupakan titik permulaan yang baru dalam kerjaya aku dan juga hidup aku.. Amin.

Thursday, December 02, 2010

1 Disember

Semalam 1 Disember...ada 3 peristiwa yang berlaku..

1 Peristiwa disambut diseluruh dunia...iaitu Hari Aids Sedunia..aku pon tak paham, kenapa nak sambut Aids..bukankah itu penyakit..dan adakah pada 1 Disember ni semua orang takkan dijangkiti virus HIV?? Entahlah...

1 Peristiwa lagi rasanya dikeji oleh seluruh rakyat Malaysia di mana pada malamnya Malaysia telah dibelasah 5-1 oleh musuh dari seberang iaitu Indonesia..betul betul telah diganyang oleh mereka..tapi sukatilah..i dont care much nowadays..i just feel pity to them..adakah mereka suka suka untuk kalah?? Real Madrid pon kena belasah 5-0 dengan Barcelona..dan adakah mereka berkehendakkan keputusan tersebut untuk berlaku? Rasanya tidak..

Dan 1 lagi peristiwa belaku ke atas diri aku di mana aku telah selamat melaporkan diri di pejabat baru iaitu di Pusat Sains Negara, yang terletak di Bukit Kiara, kira-kira 10 km aje dari rumah aku..aku tak tahu samada nak celebrate atau tak memandangkan banyak masalah yang ada di organisasi yang kecil tersebut..walaubagaimanapun aku tetap mengambil tanggungjawab tersebut dengan hati terbuka..but the thought of quitting this job is getting stronger and stronger...and i'm just waiting for the right moment..

Additional info :

1 Disember juga merupakan hari di mana minyak RON97 naik 15 sen menjadikan harganya RM2.30...maka perbelanjaan minyak keta aku juga akan meningkat lebih dari 15 sen, sebab sekali isi atleast 30 liter..

Friday, November 19, 2010

Hmm...Update serupa takyah update tapi lebih baik dari takde langsung

Aku rasa memang aku takde passion dalam bidang blogging nih..even bini aku yang baru bersalin tuh lagi rajin tulih blog...

Apaa?? Bini aku yang baru bersalin?? Owh ya..aku lupa nak cakap yang bini aku dah bersalin anak kedua kami..rezeki kami dapat anak pompuan lagi..
So, selamat datang Mardhiah Humaira..semoga menjadi seorang anak yang solehah dan berjaya dalam hidup..

Lagi update pasal aku, aku dah berjaya menjadi seorang pengguna BlackBerry Bold 9700..so kenkawan yang juga ada BlackBerry, silalah add aku menjadi buddy anda supaya kita bole bersembang secara percuma melalui BBM..

Pengalaman di China..owh ya..aku lupa nak citer pasal trip aku ke China selama sebulan..tapi aku rasa mcm dah basi citer nih..biarlah aku simpan segala pahit manis aku di sana..korang nak tahu, banjer aku teh tarik..baru aku citer..hehehe. Tapi aku kongsi laa satu gambar time aku kat sana.

Gaya kepenatan lepas naik Great Wall sampai ke kemuncak..

Monday, October 18, 2010

Apsal senyap

(gambar Akan dimasukkan kemudian)

Ni adalah makanan Malaysia terakhir aku di bumi Malaysia minggu lepas.

It took us about 12 hours utk sampai di Qingdao sebab kena transit di Beijing. Beijing ni sangat besar rupanya. Even utk transit dari international flight ke domestic flight pun kena naik bas dan jaraknya lebih jauh Dari KLIA ke LCCT.

Apabila sampai, Aku diberitahu yang Facebook, Twitter dan Blogging adalah dilarang keras di negara China. Sebab tu laa aku senyap membisu lebih kurang seminggu. Nasib baik jugak laa, Aku boleh video call bini aku guna YM. Aku tau better guna Skype tapi bini aku takde akaun Skype.

So, sehingga harini barulah aku menjumpai cara macamana nk masuk ke Facebook Dan Blogspot.

Sebab aku guna iPod je tulis blog ni, gambar tak dapat dimasukkan.
Tunggggguuuu!!!!!!

Wednesday, October 06, 2010

Berat Hati


Dalam post yang lepas, aku ada bagitau yang aku akan bertugas di negara orang kan?? Pada ari ahad ni bersamaan dengan 9 Oktober 2010, aku akan berangkat ke Qingdao, terletak di daerah Shandong. And of course, ianya berada di Negara China.

Daripada apa yang aku search kat Lebai Google, Qingdao ni tempatnya cantik..seperti gambar di bawah..cuma apa yang aku gusar, adalah mana nak cari makanan halal di sana sebab aku dah search halal food, takdepon restoran yang serve makanan halal kat sana..(adakah aku boleh menggunakan terma darurat dalam situasi sebegini?? Hehehe)

Kenapa aku kena pegi sana??

Kementerian aku hantar aku supaya sertai Seminar on System of IP and Development of Science & Technology, Trade & Economy for Developing Countries. Kenapa aku terpilih?? Jangan tanya aku..maybe sebab aku hebat dan hensem kot. Muhahaha..

Aku akan berada di China selama sebulan..walaubagaimanapun, toksah laa nak request supaya aku beli memacam benda mengarut di sana kerana poket aku agak limited dan aku hanya diperuntukkan luggage weight sebanyak 20kg sahaja..

Abih tu kenapa tajuk post ni Berat Hati??

Banyak sebab kenapa aku rasa berat hati nak pegi ni..

1. Isteri tercinta tengah tunggu due nak melahirkan anak kedua kami..lagipon takde sedara mara yang boleh diharapkan jika berlaku apa-apa kecemasan.
2. Aku mesti akan rindu dengan Semek Debek aku and of course bini aku jugak laa..
3. Aku taktau makanan apa kat sana yg best dan halal...

So, just wait for my updates once aku dah kat sana..kali ni memang aku selalu kena update..bagi mengubati rindu bini dan anak aku kat Mesia...(tapi tertakluk kepada internet connection jugak laa)



Tuesday, September 28, 2010

Aiyarkk..berlumut!!



Aku rasa last aku hapdet blog ni adalah seblom raya...kalau periuk nasi dibiarkan selama ini, maka akan tumbuh segala flora dan fauna kat dalam periuk tuh..hehehe

Aku perasan, semenjak dua menjak ni bini aku lagi rajin tulih blog dari aku. Kiranya hampir setiap minggu ada aje post baru yang dia buat....takper tu tandanya dia tak banyak keja...hehe

Aku baru sahaja balik dari Batu Pahat. Ada event yang Kementerian aku buat..Namanya Karnival Malaysia Inovatif 2010..terbahagi kepada beberapa zon iaitu Zon Utara, Zon Sabah, Zon Timur, Zon Selatan, Zon Sarawak, Zon Tengah dan akhir sekali Grand Festival di Bukit Jalil..

Bahagian aku ditugaskan untuk mengetuai AJK Jemputan dan Protokol..so, turn aku adalah di Zon Timur, Zon Selatan dan Zon Sarawak..zon Timur dah settle akhir bulan Julai lepas..so, Zon Selatan baru je settle..sekarang team aku sedang prepare untuk Zon Sarawak..cuma kali ni aku tak dapat lead diaorg lagi sebab aku ada tugas di negara orang..

Haaa?? Kat mana?? Nanti aku cerita...



Thursday, September 09, 2010

SELAMAT HARI RAYA!!



Esok menandakan hari terakhir umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan kerana Syawal bakal tiba..

Esok juga lah aku akan pulang ke kampung halaman untuk meminta ampun dan maaf ayah dan bonda..

Kepada sahabat - sahabat yang masih mempunyai ibu dan bapa..1 Syawal merupakan hari mulia yang penuh dengan hikmah untuk kita memohon keampunan dan menzahirkan semangat kekeluargaan yang kian pudar dek kesibukan seharian..

Moga-moga semangat itu akan terus mekar dan kekal selamanya.

Dikesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada semua pembaca tidak kira samada pembaca tegar, pembaca senyap (silent reader) dan pelbagai-bagai pembaca lagi..sesungguhnya aku amat hargai kerana kalian sudi meluangkan masa yang berharga itu untuk membaca nukilan aku yang mengarut ini.

Kepada sahabat yang pulang ke kampung halaman dengan kenderaan sendiri..silalah tunggang/pandu dengan cermat..walaupun sudah lambat, tapi jika penat berhenti sajalah, nak laju pun tak kemana jugak..saper suruh ko balik lambat ( sambil melihat kepada diri sendiri di dalam cermin).

Seandainya tuan/puan juga berasal atau kebetulannya beraya di negeri hamba yang yang tersohor ini, sudilah kiranya tuan hamba menghubungi hamba untuk sekadar sembang sembang di sesi teh tarik (jika ada warung yang bukak laa tak pon datang aje laa umah aku).

Wassalam..

Monday, September 06, 2010

Mood Raya

Salam semua..

Aku veri in der mood untuk Raya dah.. keja dah mcm malas nak pegi...tapi apakan daya, bini pulak takdak cuti..so, aku terpaksalah balik kampung petang sebelum raya..orang Terengganu panggil "Petang megang"..

So, aku akan postkan ucapan Selamat Hari Raya aku dalam post yang akan datang. Cuma kali ini bagi mereka yang dah mula memandu pulang ke kampung..aku cuma nak kata..aku jeles kat korang..haha

So, disebabkan aku jeles..aku nak kongsi something yang berguna untuk kita semua iaitu cara-cara setting side mirror yang betul

(sila klik untuk imej yang lebih besar)

Friday, August 27, 2010

Selamat Berbuka Puasa Di Kampung

(gambar dicilok dari blog saudari Nurita)


Hari ni kami sekeluarga akan bertolak ke kampung halaman aku di Terengganu..tujuannya adalah untuk beralih selera dan berbuka puasa bersama keluarga..dah lama kami tak berbuka bersama-sama..last pun tahun lepas (memanglah puasa setahun sekali jeee). Lagipon, kami pulang beraya nanti pun pada petang raya..memang dah tak sempat, tambah dengan traffic jam di highway nanti..

So, aku dah teruja..selamat pulang ke kampung...dan selamat menyambut kemerdekaan ke 53.

Namun, disebalik kegembiraan menyambut hari merdeka tu, jangan lah lupa hari ini Nuzul Quran..carilah keberkatan pada hari yang istimewa ini..perbanyakkan amalan..gembirakan ibu dan bapa (jika mereka masih ada) seperti yang akan aku buat nanti...

P/S: Tujuan lain nak balik kampung adalah utk tunjuk keta baru..tunggu Raya lama sangat.

Tuesday, August 24, 2010

TAH 9709

18 Ogos adalah hari terakhir aku memandu kereta Perotong ku..sedih jugak rasanya dah 5 tahun aku lenjan..skali dah nak trade in..

Sepanjang aku guna Perotong Gen2 ni..alhamdulillah takde sebarang masalah dan pemanduan sangat mantap. Hanya disebabkan mileage dah agak tinggi dan kerisauan sang isteri yang agak kurang boleh memandu kereta manual antara sebab kami terpaksa 'let go' keta ni..

So, selamat datang Forte. Masuk hari ni dah 3 hari lah aku drive keta auto plak..time aku outstation jauh nanti, harapnya dapatlah ia membantu sang isteri ke pasar dan pegi kerja..

Kaler nya aku pilih sama seperti yang lama..dan no plat pun aku ambek dari keta lama (apa kelass guna plat wilayah) ..

So, welkam the new TAH 9709..He will leave you speechless..

Saturday, August 21, 2010

Cerita Memalukan di Bulan Puasa

(sila klik untuk dibesarkan)

Ahlan Wasahlam??? Kah kah kah
Ramadahan???....Kah kah kah

Sekali lagi..aku kechiwa...ini menunjukkan tahap pendidikan pengikut politik sangat rendah di negeriku tercinta..

Majlis pula dibuat di sekolah rendah yang juga menjadi tempat aku menimba ilmu..

**aku berharap agar gambar ini adalah super-impose semata..

Thursday, August 19, 2010

Kisah Seminggu Ramadhan

Hari ni kiranya dah lebih seminggu umat Islam menunaikan ibadat puasa bagi yang menunaikannya..sebab ada jugak yang kena tangkap tak berpuasa dan pakej bersekali dengan berkhalwat..

Kes buang anak makin menjadi-jadi sekarang, setiap hari mesti ada orang buang anak..woii kucing pun takde hari-hari buang anak tau!!

Semalam juga adalah hari terakhir aku memandu kereta pertama ku, Gen2..namun bak kata pepatah, harimau mati meninggalkan belangnya, kereta ku jual meninggalkan no plat nya...

Di kesempatan ini juga, aku memohon kepada para pembaca supaya berdoa kepada Ilahi agar dipermudahkan segala dugaan yang dihadapi oleh sahabat lama ku..enche Yusman Hambali (Sme)..anaknya Thaqif (@bacin²), yang baru berumur 2 tahun diserang penyakit pneumonia. Semoga Allah mempercepatkan penyembuhannya, supaya dapat dia bersama-sama keluarga menyambut hari raya yang penuh kegembiraan ini..buat sahabatku Sme, harap bersabar dengan dugaan Allah ini..




Thursday, August 12, 2010

Kisah di hari ke 2 Ramadhan

Hari ini dah masuk hari ke 2 umat Islam berpuasa. Dibulan ini juga lah berpusu-pusu manusia akan berniaga terutamanya juadah untuk berbuka puasa. Penyanyi pon buleh stop menyanyi untuk jual air tebu dan roti john.

Di bulan puasa juga lah, makanan yang payah orang nak beli ( contohnya kuih apam) dan sebelum ni time tak puasa, tengok pun menyampah..tapi tiba time puasa tetiba sold-out plak..

Peniaga pulak mengambil kesempatan ini untuk bermain dengan harga makanan masing-masing. Onde-Onde dijual dengan harga 3 biji seringgit pun habis licin sebelum azan maghrib..ikan keli bakar yang sebelum ni harganya 2 ringgit seekor, time puasa melambung harganya menjadi 4 ringgit setengah..pun berduyun-duyun orang yang membeli.

Sekali sekala, rasa marah ada jugak melihat peniaga yang mata duitan begitu..tapi jika diselidik, rata-rata yang meniaga adalah penghuni rumah flat dan rumah kos murah serta penerima bantuan kebajikan masyarakat. Sebagai rakyat Malaysia, sekali setahun menyumbang kepada kebahagiaan orang yang kurang merasa kesenangan hidup, apalah salahnya...rezeki mereka.

Tapi, jangan pula melampaui batas..jangan pulak sesenduk sayur air dijual lima ringgit..seekor sotong bakar bersaiz sejengkal harganya lima belas ringgit..

**Hari ini aku berbuka hanya dengan nasi berlaukkan sayur kobis, ikan tenggiri yang digoreng oleh isteri tercinta dan dicicah bersama budu yang diimport khas dari Kazakhstan..opss silap...Kelantan..

sedapnya tidak terkira...Alhamdulillah..

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan

Alhamdulillah, bulan Ramadhan akhirnya kembali dan kita bersyukur kehadrat Ilahi kerana dapat sekali lagi bertemu dengan bulan penuh keberkatan ini.

Justeru itu, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia umumnya dan rakyat Malaysia khasnya.

Kepada sang isteri, silalah masak yang terbaik dan sedap-sedap untuk suami dan anak-anak kerana kegembiraan suami di bulan puasa memungkinkan anda mendapat perabot baru, langsir baru, henpon baru ataupun 'barang kemas' baru untuk diperagakan kepada sahabat handai di Hari Raya kelak..jangan pula anda mendapat madu baru pulak yee..

Kepada para suami, silalah jaga pemakanan anda, jangan pula sampai dapat pingat PJK (Perut Jauh Kedepan) menjelang Hari Raya nanti yek..dan time berbuka tu jangan sesekali menunjukkan gelojoh anda di depan makanan, malu skit kat anak-anak yang baru belajar puasa tu..pandangan mata juga harus dikawal bagi mendapatkan pahala yang optimum..

Kepada golongan-golongan yang tidak diwajibkan berpuasa, sila jangan menyebuk ketika orang yang berpuasa membeli makanan dan juadah untuk berbuka..dan juga jangan mencabar kesabaran orang yang berpuasa dengan terus menyuap makanan atau minum air yang dibeli di depan-depan gerai tu jugak selepas membayar, perbuatan tersebut adalah biadap..ingatlah, ada orang lain yang lebih lapar disekeliling anda..

Selamat Beramal..

Monday, August 02, 2010

Helang Terbabas



Aku no comment..cuma tumpang gelak je..

Pesanan penaja :
Elok-elok laa bawak harta rakyat tu..mentang-mentang keta best, minyak free, tol free, maintanance free..janganlaa bedal pegi bawak laju-laju tiap hari...

...Errr..kursus advanced driving dah pegi ke??? kah kah kah..

Sunday, August 01, 2010

Family Trip : Kundasang Day 1

Keesokkan harinya, kami dah bangun seawal pukul 6.30 pagi, tapi di negeri di bawah bayu ni, pukul 6.30 pagi pun dah macam pukul 8 pagi.. Selepas membuat persiapan, kami pon bertolak..dijangkakan perjalanan kami mengambil masa dalam 2 jam setengah..
Selepas sejam perjalanan, kami mula merasa 'breeze' angin yang sejuk..dan aku baru perasan suatu permandangan yang cantik di sebelah kiri aku..

Jika korang terjumpa signboard ni, maknanya dah betul laa tu jalannya..

Setibanya kami di kundasang, kami lajak sedikit untuk melawat 'Poring Hot Spring'. Katanya dulu Sabah ni masih ada gunuh berapi yang kurang aktif, sebab tu laa di kawasan gunung sebegini pun ada kawasan air panas. Sesiapa yang melawat ke Kundasang tidak sah kalau tidak melawat 'Poring Hot Spring' ni..

bersambung...

Family trip : Kundasang - 1 day before

Huhuhu..rasanya dalam 2 minggu jugak aku tak update blog ni..ni sebab aku memang sangat bizidengan hidup dan satu lagi aku mengikuti bini aku untuk balik ke tanah tumpah darahnya iaitu Sabah di Bawah Bayu..
Kami menunggu di KLIA selepas check-in..dengan perasaan tidak sabar dan akhirnya kami telah dipanggil untuk boarding ke kapal terbang..huhuhu..

Dalam pukul 5 petang kami tiba dan disambut oleh bapa mertua yang kemudiannya membawa kami minum-minum sambil menikmati tiupan 'kencang' angin laut di Tanjung Aru.

Dan macam biasa, jika kami sampai di KK, malamnya akan diisi dengan acara makan malam yang sedap..dan kali ini kami ke Restoran Masakan Sedap..fuhh dari nama pun dah cakap sedap..so kami harus makan dengan penuh selera kerana besok kami akan memulakan perjalanan ke suatu tempat yang aku tak pernah pegi lagi nih..


Dan hasilnya...licin!!! (dan poket aku turut licin..)


Friday, July 23, 2010




Aku cilok dari Sme..aku rasa dia pon cilok dari orang lain..

Tuesday, July 20, 2010

3rd Anniversary

3 tahun lepas pada tarikh yang sama, hari ini adalah hari Jumaat. Hari di mana jantung aku paling kencang berdegup. Kerana hari itu juga lah aku akan berjabat tangan dengan tok kadi dan bakal bergelar seorang suami. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.

Dan selepas hari itu, aku baru belajar mengenai tanggung jawab seorang suami. Aku juga belajar menghargai pengorbanan ibu dan bapa aku terhadap aku sebelum ini.

Hari ini aku bersama isteri tercinta dah ada seorang puteri yang comel dan bakal menerima seorang lagi orang baru dalam bulan November ni.

Harapannya semoga rumahtangga yang terbina ini akan kekal selamanya sehingga ke akhir hayat dan dirahmati Allah. Sentiasa dimurahkan rezeki dan diberkati oleh-Nya.

To my other half, tiada kata yang lebih baik untuk aku luahkan.

"Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-3. I Love you So Much"


Monday, July 12, 2010

Monday, July 05, 2010

Kisah World Cup

Hujung minggu lepas, kelihatan kedai mamak dipenuhi seawal jam 9 malam..para isteri dah resah, belum sempat habis Buletin Utama, suami dah pegang remote Astro dan simpan dalam kilasan kain pelikat...

Rupa-rupanya ada perlawanan suku akhir World Kap..

Hari Jumaat malam..Brazil vs Belanda..satu upset dimana pasukan juara 5 kali ini telah dihantar pulang dengan kekalahan 2-1.

Jika hari jumaat kedai mamak dah penuh sesak, hari sabtu laaaaaagi sesak..sampai ada orang ambik kerusi duduk tepi jalan..

Sebabnya pada hari sabtu lepas, Argentina melawan Germany..Inca vs Teutonic..
Akhirnya Diego Maradona dan skuad Argentina juga dihantar pulang dengan kekalahan 4-0.

Dalam 2 hari ada 2 upset...ni barulah World Cup...

Aku jugak perasan, time Argentina dibelasah 4-0 ada muka-muka yang sangat kecewa dan kalo takde orang rasanya dah keluar air mata...

Aku..mcm biasa laa..walaupun aku penyokong Brazil, tapi negara aku namanya Malaysia..so, jika Brazil kalah pon..apa aku kesah..sebab bukan negara aku...

Atau mungkin orang tu dah betting besar ngan kawan-kawan dia..tu yang muka nak nanges tu kot???

Nway, I'm looking forward to watch the semis..

Saturday, June 26, 2010

Kerja..Invest?? Sacrife??

Aku rasa dalam masa 2 minggu ni, aku betul-betul sibuk dengan kerja. Sejak bos baru masuk, sangat banyak 'bad-log' yang perlu disettlekan..dan aku harus ke sana-sini dan balik ke rumah lewat malam setiap hari..

Ada bos yang cakap.."You ni muda lagi, u must invest dari awal..sacrifice laa sikit" dan macam-macam lagi lah..
Tapi pada aku "Invest tu bole..sacrifice pon takde masalah...tapi takkanlah kena tinggalkan segala-galanya" Macam prinsip yang sentiasa aku pegang..harini aku mati, esok dah ada orang ganti aku dalam opis...tapi jika aku mati harini, di hati anak-anak dan keluarga aku, pemergian aku tidak dapat diganti oleh sesiapa pun..so, Lu pikir laa sendiri..

Dalam bulan ni, aku kerap pergi ke negeri tanah tumpah darahku..Terengganu..disebabkan agak kerap, aku meminta opis untuk menyediakan tiket kapal terbang untuk kemudahan..penat dowh drive..sekali sekala takpa, tapi kalau selalu..kena mintak cuti lepas tu..

Lapangan Terbang Sultan Mahmud baru sahaja selesai proses penambahbaikan atau omputih kata 'renovation'..dengar khabarnya dari KT dah boleh terbang terus ke Mekah..

Ni adalah dewan perlepasan domestik..simple aje sebab buat masa sekarang aku kira baru ada hanya 4 ruang perlepasan..maksudnya dalam satu-satu masa, maksimum 4 kapal terbang bole parking.

Ni adalah keadaan dalam lapangan terbang...departure floor..perhatikan hiasan kayu di sebelah kiri gambar..

Dan ini adalah close upnya...agak cantik jugak bila binaan moden digabungkan dengan seni tempatan...baru nampak ada identiti yang tersendiri..

Dan beginilah aku dalam bulan ni..sentiasa melihat awan...rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan SELAMAT HARI BAPA untuk diri sendiri dan juga seluruh bapa di dunia termasuk bapa aku sendiri...Encik Salleh bin Abdullah..

*Gambar-gambar hanya diambil oleh kamera henpon Sony Ericson Aino berkuasa 8.1MP sahaja..jika kualiti kurang elok seperti yang dijanjikan, harap maaf..

Tuesday, June 15, 2010

Trip Redang : Day 1 Part 2

dan..disinilah destinasi sebenar kami..REDANG LAGOON..


Time kami sampai tuh...tengokkan air laut yang sungguh jernih..rasa macam terus nak terjun je..


So, first thing first...tuka baju dan bersedia..
Kami sekumpulan 'remaja senja' bersedia untuk snorkeling...

Kami telah dibawa ke kawasan yang airnya sangat dalam (lebih kurang 15 meter) tapi hampeh..terumbu karangnya dah banyak mati..

Perhatikan, kami sekumpulan yang tidak mengikut peraturan kerana tidak memakai safety jacket..kalu lemas, sendiri tanggung..

Last minit..(aku dah isap rokok atas bot, kepenatan) ada jugak membuat aksi dengan membuat terjunan tenuk..terkejut aku, tetiba ada orang berlari dan terus terjun...
Dan aktiviti malam, apalagi kalau bukan bbq..lagi best, kami kena buat sendiri..hehehe..sebab tu laa ada yang hangus..

dan lepas bbq sebenarnya ada aktiviti karaoke, tapi telah di'konker' oleh sekumpulan nyah..jadi sebelum berlakunya pertumpahan darah, kami terlebih dahulu mengalah dan main pakau sampai pagi...huhuhu..

Sunday, June 13, 2010

Redang Trip : Day 1

Hujung Mei lepas, aku ambik cuti 2 hari dan tambah dengan cuti Hari Wesak, dapatlah total 5 hari cuti..hehehe..

5 hari cuti ni aku gunakan untuk pulang ke kampung..so on the way balik tu tak sah kalu tak singgah untuk makan satar dan keropok lekor di Kemaman..


Keesokkan harinya, barulah aktiviti sebenar..iaitu bercuti di Redang. Sebenarnya ni plan dah lama..dekat dua bulan jugak budak-budak opis aku plan..baru jadi. Satu kepala RM350 utk trip 3 hari 2 malam di Redang..not bad laa..enche penganjur sangat pandai mengatur dan mengendalikan trip.

Tapi malangnya, aku tak dapat membawa sang isteri bersama-sama kerana dia sedang terkena buatan aku, dan ini masuk bulan ke 2..so, dengan alasan ini maka dia telah ditinggalkan di kampung..(padahal sebenarnya, poket aku agak kurang ketebalannya. Tak mampu den nak bayor)

Inilah feri yang kami naik..dulu-dulu aku naik feri rasanya dalam 2 jam lebih..tapi mengikut informasi enche penganjur, feri sekarang dah moden, lagi laju katanya..
Selepas 1 jam 30 minit..akhirnya kami tiba ke destinasi (memang betul-betul laju)...tapi tu bukanlah penginapan kami, kalu tak tak dapat laa harga semurah tu..resort dalam gambar di bawah ni namanya Laguna Redang dan menurut risikan aku dengan penduduk tempatan, rate semalaman di sini adalah lebih kurang RM450..memang aku tak mampoo,,
Dan selepas mendarat...inilah permandangannya..cantik kan??
To be continue..........

Saturday, June 12, 2010

New Outlook

Hmm..Blogspot dah ada template baru..so i just gave it a try..memandangkan aku tak reti nak buat template sendiri...hehehe

So, aku harap dengan new outlook ni, aku akan lebih rajin untuk updatekan blog..hehehehe

Thursday, June 03, 2010

Wednesday, June 02, 2010

Good Bye, Boss

Hari ni bos aku bertukar ke suatu Kementerian lain. Beliau dah 9 tahun berada di Kementerian aku..mungkin keadaan kesihatannya yang kurang membenarkan beliau terus berada di sini (kerana di sini tahap stress nya sangat lah tinggi).

So, aku ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Pak Akob. Semoga tenang dan sejahtera di tempat baru. Maaf kan di atas segala salah dan silap sepanjang saya menjadi 'anak buah' tuan. Terima kasih di atas segala tunjuk ajar selama ini..

Adios...

Tuesday, June 01, 2010

Apanie??

Suatu hari seorang bapa mithali sedang membawa anaknya berjalan-jalan..lantas dia berjalan menuju ke kedai runcit berdekatan lalu membelikan anaknya sebotol Vitagen 'putih' yang sememangnya menjadi kegemaran anaknya.

Lalu si anak bertanyakan bapanya

"Di (Sebutan pelat untuk Dadi)..apanie??"

Dengan cepat bapanya menjawab

"Vitagen"

"ooo" jawab si Anak sambil menghisap minumannya dengan straw.

"Di, apanie??" Dia bertanya lagi..

"Vitagen". Sekali lagi bapanya menjawab.

"Oooo. Apanie??"
"Vitagen.."
"Apanie??Apanie??"
"Vitagen.."

"Di..............Apanie??"
"VITAGEN!!"

"OOOO...Dap(sedap)"

Sang Ayah mengusap-usap dadanya...kur semangat..nak marah nanti terbantut pulak si anak yang baru berumur 2 tahun tu nak bercakap..

Begitulah aku rasa setiap bapa melayan anak masing-masing..panuh dengan kasih sayang dan kesabaran..namun ada jugak aku baru terbaca kisah bapa yang sanggup meratah anak sendiri, walaupun si anak itu cacat..marah jugak aku bila terbaca kisah kebodohan orang yang bergelar bapa ni..

Aku harap blog ni akan terus ada sehingga aku tua kelak supaya anak aku dapat membaca dan menghayati bagaimana ibu dan bapa membesarkannya..supaya bilamasa aku tua kelak mereka tidak jemu untuk melayan ibu bapa mereka..

Sekian..

Wednesday, May 26, 2010

Ia Kembali Lagi

Amaran untuk para Isteri dan Bos di pejabat :

Tak lama lagi suami (bagi isteri) dan pekerja (bagi Bos) anda semua akan mengalami suatu sindrom baru..sindrom Batman atau sindrom Vampire..di mana mereka akan aktif di waktu malam dan siang hari akan terbongkang..

Sindrom ini dijangka akan menyerang pada Awal Jun dan berakhir pada awal Julai. Sindrom ini yang dikenalpasti berasal dari Afrika Selatan hanya menyerang 4 tahun sekali.

Justeru itu, isteri-isteri diharap dapat bersabar disepanjang tempoh berkuat kuasa sindrom ini. Anda juga akan mendapati penguasaan anda terhadap 'remote' TV akan secara automatiknya terbatal. Segala urusan rumah tangga juga akan diletakkan sepenuhnya kepada anda dan jika anda tidak bernasib baik, urusan nafkah 'batin' mungkin tidak akan diberikan sepanjang tempoh tersebut.

Bos-bos di pejabat juga dinasihatkan supaya menutup pejabat sepanjang sindrom ini menyerang. Langkah bijak boleh diambil dengan memasang TV bersaiz sekurang-kurangnya 40 inci lengkap dengan saluran Astro Sport Channel bagi memastikan pekerja-pekerja anda datang ke pejabat.

Sekian. Terima Kasih.

Saturday, May 22, 2010

Hari Keluarga Sektor Pengurusan

Hari ni buat pertama kalinya ofis aku buat Hari Keluarga khas untuk sektor kami kerana sebelum ini Hari Keluarga dibuat secara besar-besaran dan kadangkala ianya tak mencapai tujuan sebenar Hari Keluarga dibuat..kalau bukan kerana Bos Besar kami yang beriya nak buat aktiviti ni, rasanya sampai pencenlah kami tak merasa Hari Keluarga yang dibuat khas untuk kami.

Venue Hari Keluarga kami adalah di Taman Wetland, Putrajaya dan ini juga merupakan kali pertama aku jejakkan kaki ke Taman Wetland ni..lawa jugak rupanya.

Dan macam biasa jika ada Hari Keluarga, adalaa sukaneka..dan aku tak terlepas daripada menyertai acara-acara yang ditetapkan..hehehe

Tapi, permainan yang kami mainkan makin lama makin pelik (sebenarnya pemain-pemainnya yang ada idea pelik-pelik). Macam gambar kat atas, sebenarnya ni permainan 'Sambung Kasih' di mana pemain-pemain harus mencari apa-apa barang yang ada esp. tali dan menyambungkannya. Sapa yang mempunyai sambungan paling panjang, mereka laa menang..tapi akhirnya ini laa yang berlaku..tali dah abes, mereka sambung badan mereka pulak.

Tapi ada jugak yang buat side-game..ni pertandingan "Perut Terkedepan" dan pemenangnya adalah abang baju merah..


Akhirnya, kami tak jugak balik dengan tangan kosong..ada 5 hamper (4 tempat ke-3 dan 1 tempat ke-2) serta satu hadian cabutan bertuah..

Overall, aku rasa sangat gembira pegi Hari Keluarga tahun ni..di mana Hari Keluarga telah mencapai matlamatnya dan aku dapat lihat hubungan antara bahagian-bahagian dalam sektor kami takde 'gap' buat pertama kalinya. Tahap segan antara pegawai dan staf juga pada tahap minima..syabas kepada Urusetia kerana dapat menjadikan Hari Keluarga ini sangat bermakna.


And last skali..mcm biasalaa testing skill skit..warm-up nak pegi Redang next week..mesti banyak view yang menarik untuk ditangkap nanti...hehehe

Tuesday, May 18, 2010

Ibubapa Bukan Liabiliti

Err..lama tak jadi serius... aku ada terbaca satu artikel yang diemelkan oleh sahabat lama..tertarik dengan kandungannya, so aku nak kongsi dengan para pembaca semua.

Beginilah kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....

" Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.

"Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang

ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengingatkan.

Akhirnya, saya memang sesiakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.

Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan sentiasa memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya.

Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.

Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya.

Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!.

Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV untuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.

Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.

Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada?

Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

Sahabat sekelian,

Cerita dibawah menjadi IBRAH bagi kita semua.

Apa yang paling utama dalam memberikan khidmat terakhir kpd ibu ayah ialah MEMANDIKAN JENAZAHNYA,MENGKAPANKAN TUBUH MULIANYA, MENYEMBAHYANGKAN JENAZAH NYA DAN MENGKEBUMIKAN JENAZAHNYA.

Lakukan dengan tangan2 kita sebagai anak2. Lakukan sahabat,lakukannya jika ditakdirkan ibu ayah kita meninggal dunia.

Saya menangis apabila ada sahabat saya menceritakan bagaimana ibu kepada Tuan Guru Dr Harun Din meninggal dunia.

Bacalah sahabat pengalaman Dr Harun Din dan keluarganya.

Jiran kpd ibu Dr Harun Din (DrHD) menziarah ibunya pada waktu petang selepas asar. beliau memberi salam tetapi tak menyahut salamnya. Beberapa kali salam diberikan tapi tak ada jawapan. Maka jirannya itu mencari ruang mencari ibu DrHD, akhirnya terlihat ibunya sedang sujud dalam solat. lalu jiran ini balik ke rumah dahulu.

beberapa minit kemudian, datang semula berjumpa ibu DRHD, dilihatnya masih sujud. firasat jirannya, ini ada yang tak kena. Lalu masuk ke rumah utk melihat dr dekat ibu DrHD.

Rupa2nya, ibu DrHD telah kembali ke rahmatullah dalam masa ibunya sujud menghadap Allah. Ya Allah mulianya kematian ibu DrHD.

Perkara yg paling mulia yg dilakukan keluarga DrHD ialah, menyempurnakan dgn tangan2 anak2 jenazah ibunya.

Mandikan ibu, kapan ibu, sembahyangkan ibu dan kebumikan tanpa diusik orang lain ke atas tubuh ibunya. Ada

jiran2 yg ingin melakukannya tetapi ditolak oleh Dr Harun Din, Hasan Din dan Ishak Din dengan hujjah,

"BERILAH SAYA SEKELUARGA PELUANG MEMBUAT KHIDMAT YG TERAKHIR UTK IBU".

Ketika hujah itu diberikan, seluruh masyarakat yg hadir melinangkan air mata kerana tawaaduk dan alimnya anak2 ibu itu. Paling menyayatkan hati masyarakat adalah apabila ketiga2 adik beradik ini iaitu Harun Din, Hasan Din dan Ishak Din turun sendiri ke lubang lahad mengebumikan jenazah ibunya. Ada beberapa orang yg hadir, memohon dan berkata,

"Wahai Tuan Guru, biarlah kami buat semuanya ini menurunkan jenazah ibu Tuan Guru."

Permintaan ini ditolak oleh DrHD dgn hujah yg sama "Berilah kami adik beradik peluang mengebumikan jenazah ibu ini kali terakhir".

Seluruh yg hadir di kuburan ketika itu,mencurahkan airmata tawadduk di atas akhlak anak2 ibu yang diasuh hingga se"alim" sedemikian. Peristiwa ini disempurnakan hingga selesai.

HEBAT IBU ini membina akhlak dan keilmuan anak-anak mereka, maka tidak hairanlah kita semua bahawa DrHD ,Hasan Din dan Ishak Din memang disegani oleh kawan dan lawan di Bumi Malaysia ini kerana "AKHLAK"nya yang mulia dan ALIM nya mereka.

Wallahu A'lam.

Baca hayati, selami dan insafi...... Amalkan, doa ibu bapa amat mustajab... Bahagia dunia akhirat...

Disclaimer : Kalau baca seumpama menjirus air di daun keladi, lebih baik baca tajuk aje...