Wednesday, April 26, 2006

Sukan,sukan dan sukan

Lama sungguh aku tak mem'blog'kan diri. Sangat sibuk dengan tugasan harian. Tiap hari ada je kerja/laporan/kertas kerja yang aku kena buat dan meeting aku kena 'attend'.

April merupakan minggu yang paling sibuk sehinggakan huung minggu pun takde masa nak rehat sebab di Jabatan aku ada Sukan Inter-Program yang dimulai dengan sukan Catur pada 15.4.2006. Aku macam biasa laa turun sebagai under-dog,tapi yang takbestnya aku tak dapat mewakili program aku kerana program aku tak cukup peserta,jadi aku terpaksalah dipinjamkan ke program yang lain. Akhirnya aku kalah sekali kepada seorang veteran yang memang cukup gah namanya di Jabatan aku dan yang lain-lainnya aku menang kesemuanya.

16.4.2006 - Sukan Futsal

Antara sukan paling meriah yg pernah kami anjurkan..tapi tahun ni yang paling meriah kerana ada FUTSAL WANITA!!! Akhirnya program kami juara bahagian wanita dan lelakinya pulak..hehehe terpaksa berpuas hati di tempat ke-4. Sukan ini berjalan lancar tetapi ada insiden yang melibatkan keegoan lelaki yang sedikit mencemarkan keharmonian sukan tersebut. Aku sebagai urusetia agak terkilan dan terasa dipertanggungjawabkan di atas kejadian ini tetapi sudah aku nyatakan awal-awal lagi bahawa sukan ini hanyalah untuk merapatkan silaturahim dan untuk pemilihan siapa yang dapat mewakili Jabatan di temasya sukan 4 penjuru dan Inter MOSTI nanti (kiranya ala-ala pemilihan My Team laa ni). Tetapi lain pulak yang jadi hari tu, kerana masing-masing nak menang dan tak nak mengalah..well guys, what actually do you want to prove to us?? Are you skill'fool' enough to join in the squad?? Or you're just too stupid to realize that winning is not everything..though you all got a degree in your hands, it doesn't show that you're qualified for it..mentally!!

22.4.2006 - Tarik Tali dan Bola Jaring
Nothing much happened that day, it just Melmel got her leave to play netball but in the end, she didn't even play a single game because she was way too late.
Nway, my programme won netball and got second in men's tarik tali..Kudos you guys!!

23.4.2006 - Bowling
Nothing much to say..agak meriah acara nie, semua program hantar banyak wakil..tapi kami kalah teruk heheh....

Wednesday, April 19, 2006

Jawapan kepada surat layang

Golongan profesional tutup sendiri peluang menjadi PTD

PANDANGAN Injiner Kampung mengenai pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) adalah kurang tepat.

Beliau menggambarkan seolah-olah graduan bidang ekonomi dan sastera tidak layak manakala golongan profesional tidak diberi peluang langsung untuk menjawat jawatan penting dalam kerajaan.

Untuk makluman semua, seramai lebih kurang 20,000 orang telah memohon untuk mengikuti skim PTD baru-baru ini.Daripada jumlah tersebut, kira-kira 16,000 telah menghadiri peperiksaan kemasukan selama dua hari yang merangkumi pelbagai subjek seperti pengetahuan am, undang-undang, matematik dan bahasa.

Hanya 2,000 orang yang lulus ditawarkan mengikuti program PTD Assessment Centre (PAC) selama tiga hari untuk diuji daripada segi ketahanan fizikal, kebolehan berkomunikasi, keterampilan dan kepimpinan.

Akhirnya kira-kira 900 orang akan dipanggil untuk temu duga sebelum hanya 300 orang diambil menjadi pegawai PTD.

Pegawai-pegawai baru ini pula diwajibkan mengikuti program Diploma selama selama 6 bulan yang meliputi latihan ketenteraan, polis dan bomba selepas tiga bulan berkhidmat dan sekiranya mereka tidak lulus mengikuti program tersebut, mereka akan disingkirkan daripada perkhidmatan.

Ini menunjukkan bahawa PTD bukan calang-calang golongan kerana kerajaan ingin melihat golongan berkenaan yang bakal menjadi pemimpin terdiri daripada mereka yang benar-benar berkemampuan.

Namun begitu, rata-rata golongan profesional tidak berminat mengikuti skim ini kerana setelah bersusah-payah untuk dipilih, mereka hanya akan diberikan gaji pokok sebanyak kira-kira RM1,700.

Ini bermakna peluang mereka untuk menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan ditutup oleh diri mereka sendiri.

Sekiranya golongan profesional berkenaan merasakan diri mereka lebih layak, mereka dengan segala hormatnya dipersilakan untuk memohon mengikuti skim PTD.

Jangan hanya mahu menjawat jawatan tinggi sahaja dan mendapat gaji yang banyak sekiranya mereka benar-benar jujur untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat.

- DEACONFROST,
Kuala Lumpur.

Surat layang kepada PTD

Ni aku dapat dari Utusan Malaysia semalam:

Pegawai profesional patut turut dilantik ketua jabatan

PERKARA yang dibangkitkan oleh ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dalam Parlimen baru-baru ini mengenai sistem penyampaian kerajaan perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak.

Seperti yang umum maklum, hampir semua jawatan penting dan tinggi kerajaan seperti Ketua Setiausaha Negara (KSN), Ketua Setiausaha (KSU), Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU), Setiausaha Negeri, Ketua Pengarah, dan lain-lain adalah diperuntuk kepada Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) sahaja dan ramai daripadanya terdiri daripada kalangannya graduan bidang ekonomi dan sastera.

Pegawai profesional seperti jurutera, peguam, arkitek, doktor dan setaraf dengannya tiada peluang untuk mengisi jawatan-jawatan penting kerajaan.

Ini adalah kerana sistem pentadbiran jabatan kerajaan yang ada sekarang tidak membenarkan sedemikian.

Soalan yang boleh dikemukakan di sini, adakah pegawai-pegawai profesional ini tidak layak mengisi jawatan-jawatan penting kerajaan?

Kenapakah sistem pentadbiran peninggalan penjajah Inggeris masih dikekalkan malah seolah-olah diperkukuhkan lagi oleh mereka yang berkuasa dan menafikan golongan profesional bagi jawatan-jawatan tersebut.

Apa salahnya sekiranya KSU Pertahanan seorang askar, KSU Kesihatan seorang doktor, KSU Pendidikan seorang guru, Yang Dipertua Majlis seorang jurutera?

Kenapa tidak ada satu pun jawatan pegawai teknikal di pejabat-pejabat Duta Malaysia di luar negara yang dapat menilai teknologi terkini negara-negara maju dan memberi maklumbalas kepada kerajaan?

Sudah sampai masanya polisi pelantikan ketua-ketua jabatan dari kalangan PTD sahaja dikaji semula.

Peluang lebih terbuka perlu diwujud dan diberi kepada semua jurusan profesional yang layak untuk menerajui sesebuah kementerian atau jabatan.

Dalam era globalisasi kini, peluang perlu dibuka kepada semua jurusan profesional yang layak untuk sama-sama berganding bahu memimpin jabatan kerajaan dan dapat membuat keputusan yang lebih baik bagi dan rakyat.

Input kemahiran daripada pelbagai bidang dan jurusan sangat penting bagi kerajaan membuat keputusan lebih efektif dan memberi perkhidmatan memenuhi impian rakyat.

Ia juga dapat meningkatkan keupayaan kerajaan ke tahap setaraf dengan negara-negara maju.
Oleh itu disarankan kerajaan mengkaji semula sistem monopoli dalam pelantikan pegawai tinggi kerajaan yang merugikan negara ini.

- INJINER KAMPUNG,
Kuala Lumpur.

Tuesday, April 18, 2006

Dating a married man

First, a disclaimer: considering the sensitivity of the topic, you are hereby warned that what you're about to read might not be pleasant to your beliefs. Some of the things that will be discussed in this article may be painful. Some may be considered as improper. Some may even be dismissed as condemnable. But the truth is, affairs with married men are a reality. And this article is being written for the party who is often left neglected in similar discussion about this subject: the other woman.

Now, if you find yourself under such a situation, then you know what's happening. Your friends have told you what to expect. Your family, or at least the members who know of your predicament, have told you to desist from the same. You may have resorted to some professional help and they were all in unison in saying that you shouldn't. But you didn't listen to them. You believe that the heart perceives the truth, and your heart is telling you to fight for your love.

So what is the best advice for a woman in an affair with a married man?


Don't


In the event, however, when such a universal advice is not heeded, how are you supposed to deal with such a relationship? Surely, dating a partner who is already to his wife and family isn't an easy experience to endure. Hence, here are some things which you should realize, consider, and observe.

There are many people involved, more than just the two of you. You would have to deal with the guilt of inflicting emotional pain on his spouse and kids. Though you could convince yourself that what they don't know wouldn't hurt them, the fact is that what you're doing would most certainly ruin them. When you're playing with hearts, you're playing with lives, and such is a very sensitive matter. Many lives are destroyed because of the pains of the heart.

Dating a married man entails a lot of restrictions. You cannot be seen in public places together. He could only call when he could find the time away from his family and friends. You cannot visit him at the workplace. These can be too much to bear for anyone.

Dating a married man entails a lot of sacrifices. Though you should be hailed for the capacity of your heart to extend such amount of love, you will receive no praises. You cannot have him all for yourself, you know that much. And though it takes an extraordinary kind of love to pursue such a course, you will still encounter a lot of pains along the way.

Dating a married man could possibly stigmatize you with a lot of condemnable titles. Hence, another reason why you should keep the affair a secret. This could be too much to take for most people. You will have to muster enough internal fortitude to deal with this kind of life.

Dating a married man has a high possibility of being pointless if he's not even contemplating on leaving his spouse. And even if he is indeed thinking about filing a divorce, you would still have to live with the guilt of being a party to a process that ruined a family.

You are not being judged in this article. The situation is already there, and we have to deal with it. With this article, we merely collated and presented some truths which you should know, or truths which you already know though you'd rather not think about them.

But as they say, regret is the act of realizing things belatedly. Conjure enough strength to face the true issues, and perhaps, you won’t have to regret the acts you are doing today.

Tuesday, April 04, 2006

Melayu Kita & Kepinggiran Bahasa Melayu

Si A : Pukul berapa pameran ni dibuka dan bila ianya ditutup?
Si B : ermmm...it's 9am till 6pm sir.
Si A : Ooohh...saya perlu daftar ke utk nak masuk?
Si B : errrmm...masuk?..ohh yes, you have to register first to enter...

Pernahkah anda mengalami sesuatu seperti dialog di atas? Di mana ianya berlaku di negara kita sendiri. Apabila anda bertanyakan soalan dalam Bahasa Melayu, bangsa tempatan selain Melayu menjawab dalam bahasa Inggeris untuk kesenangan dirinya. Mungkin orang itu faham Bahasa Melayu tetapi susah untuk bertutur atau berlagak sombong untuk tidak bertutur dalam Bahasa Melayu. Tapi jika bangsa tempatan bukan Melayu itu berjumpa dengan sama bangsa dengannya, boleh pula bertutur dalam bahasa ibunda mereka.

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara Malaysia. Tapi di manakah terletaknya Bahasa kebangsaan itu sekarang? Mungkin anda juga pernah mengalami sesuatu di mana anda sampai segan untuk bertutur dalam Bahasa Melayu dengan bangsa tempatan bukan Melayu kerana mereka bertutur di dalam Bahasa Inggeris. Mengapa sampai jadi begitu sekali?

Ada juga orang Melayu, bila berjumpa sesama bangsa, mereka lebih banyak bertutur di dalam Bahasa Inggeris daripada bahasa ibunda sendiri. Mereka beranggapan bahawa "tak standard" bertutur dalam Bahasa Melayu. Bertutur dalam bahasa Inggeris adalah "high standard" bagi mereka. Mungkin inilah yang dikatakan "MELAYU MUDAH LUPA".

Mungkin juga disebabkan Melayu Mudah Lupa, bangsa tempatan bukan Melayu lain perlahan-lahan mengambil kesempatan. Sampaikan bangsa tempatan bukan Melayu itu telah mengiklankan iklan kerja kosong dan seperti biasa yang kita lihat sekarang, "prefered language : C******". Saya bukan sakit hati dengan bangsa tempatan bukan Melayu itu. Tapi saya sakit hati apabila syarikat org Melayu sendiri mengiklankan peluang pekerjaan dengan meletakkan, "prefered language : English". Mana Bahasa Melayu nya?Saya pernah mengalami temuduga di mana ianya adalah sebuah syarikat Melayu dengan pekerja semuanya Melayu. Tapi saya sedih apabila terkenangkan keadaan seperti dialog di bawah ini :-

Saya : Selamat Pagi Tuan.
Interviewer Melayu : Good Morning.
Saya : Do I have to speak in English or Malay?
Interviewer Melayu : English please. In our company, we only speak english.

Dalam hati saya, "go to hell with Melayu camni". Dengan bangsa sendiri pun buat camtu. Sampai bila bangsa Melayu dan budayanya nak maju dan diketengahkan ke peringkat antarabangsa? Kenapa bangsa tempatan bukan Melayu lain boleh pula bertutur dalam bahasa ibunda mereka semasa ditemuduga? Kenapa orang Melayu kita masih lagi nak jaga "standard" dengan bertutur bahasa asing? Mungkin disebabkan itu bangsa tempatan bukan Melayu lain semakin maju. Orang Melayu pula semakin mundur. Semakin hari bangsa tempatan bukan Melayu lain mengambil kesempataan di atas kemunduran orang Melayu.

Dan kini, orang Melayu kita terpaksa berbahasa Inggeris dengan bangsa tempatan bukan Melayu yg lain kerana bangsa tersebut tidak fasih bertutur dalam Bahasa Melayu. Bukankah ini seperti di bumi sendiri kepala kita dipijak?

Mungkin anda melihat borang pendaftaran Maxis ataupun bil telefon Maxis di mana ianya mempunyai dwibahasa, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Dan adakah anda sedar bahawa Bahasa Inggeris terletak di atas dgn font yg besar dan Bahasa Melayu terletak di bawah dgn font yang kecil. Mungkin bagi anda perkara ini kecil dan remeh temeh, tetapi inilah salah satu bukti semakin hari bangsa tempatan bukan Melayu lain mengambil kesempatan.Dan yang paling dikesali, kerajaan langsung tidak memandang serius terhadap perkara ini. Mungkin baru-baru ini sahaja ada sesetengah pihak telah mula memandang secara serius terhadap kepinggiran Bahasa Melayu. Ini adalah satu peringkat permulaan yang sangat bagus.

Tapi kita tunggu apakah tindakan kerajaan selepas ini. Harap-harap, mereka dapat berbuat sesuatu. Tetapi jangan harapkan kerajaan sahaja, kita orang Melayu kena berusaha sendiri juga untuk melindungi dan memartabatkan bangsa sendiri di bumi sendiri.

Mungkin ramai yang akan membalas dengan berkata bahasa perniagaan adalah Bahasa Inggeris. Faham. Memang tidak dapat dinafikan bahawa Bahasa Inggeris adalah penting dalam kehidupan seharian kita. Tapi bagi saya, sebagai rakyat di negara Malaysia, sepatutnya kita bangga dan gunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar walaupun dalam bidang perniagaan. Hanya apabila berurusan dengan orang asing sahaja kita patut berbahasa Inggeris.

Tapi mengikut pengalaman saya pergi ke seluruh dunia, para pelancong akan lebih hormat kepada kita sekiranya kita mengagungkan bangsa, budaya & bahasa sendiri. Seperti rakyat China & Jepun, mereka adalah contoh terbaik. Seluruh dunia tahu akan budaya, bangsa & bahasa mereka. Mengapa tidak kita?

Saya nak tekankan sekali lagi, Bahasa Inggeris sememangnya penting. Ianya adalah bahasa global. Tapi kita berada di bumi sendiri, di negara sendiri, di bawah penguasaan kerajaan tanah Melayu. Mengapa perlu bahasa asing mengatasi bahasa ibunda kita sendiri?

Kalau dilihat sesetengah entry saya sebelum ini, saya menggunakan bahasa Inggeris juga. Ianya penting juga untuk menguatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris saya. Tapi saya tak lupa pada bahasa ibunda saya.

Mungkin kalau ada sesiapa yang terasa terhadap entry ini, harap mohon maaf. Tapi inilah yang berlaku dalam Malaysia. Kita orang Melayu harus menerima teguran untuk memajukan diri dan bukannya melenting. "Takkan Melayu Hilang Di Dunia". Tapi akan hilang juga kalau Melayu sendiri tidak mengagungkan bangsa, budaya & bahasa sendiri.