Wednesday, May 26, 2010

Ia Kembali Lagi

Amaran untuk para Isteri dan Bos di pejabat :

Tak lama lagi suami (bagi isteri) dan pekerja (bagi Bos) anda semua akan mengalami suatu sindrom baru..sindrom Batman atau sindrom Vampire..di mana mereka akan aktif di waktu malam dan siang hari akan terbongkang..

Sindrom ini dijangka akan menyerang pada Awal Jun dan berakhir pada awal Julai. Sindrom ini yang dikenalpasti berasal dari Afrika Selatan hanya menyerang 4 tahun sekali.

Justeru itu, isteri-isteri diharap dapat bersabar disepanjang tempoh berkuat kuasa sindrom ini. Anda juga akan mendapati penguasaan anda terhadap 'remote' TV akan secara automatiknya terbatal. Segala urusan rumah tangga juga akan diletakkan sepenuhnya kepada anda dan jika anda tidak bernasib baik, urusan nafkah 'batin' mungkin tidak akan diberikan sepanjang tempoh tersebut.

Bos-bos di pejabat juga dinasihatkan supaya menutup pejabat sepanjang sindrom ini menyerang. Langkah bijak boleh diambil dengan memasang TV bersaiz sekurang-kurangnya 40 inci lengkap dengan saluran Astro Sport Channel bagi memastikan pekerja-pekerja anda datang ke pejabat.

Sekian. Terima Kasih.

No comments: