Wednesday, April 16, 2008

My #100th post

Yeah...tak sangka dah sampai post yang ke 100...

Aku hanya akan membiarkan post ini kosong..kadang-kadang tidak menulis apa-apa juga ada maknanya yang tersendiri..

P/s: padahal aku penat. Baru balik outstation..dan terlalu banyak idea nak tulih tapi tak tau nak start dari mana ..

Monday, April 14, 2008

Bush And Pak Lah

Actually I got these from the net...just want to share it to others. It just a joke. No offence Dato Seri..


I got an SMS (a fictitious one I suppose) from a CIA agent who managed to pick up their conversations. Perhaps it would be of interest to us all. Of course the critical ones have to be dropped for security reasons.

As both leaders sat down at the posh Oval Office, Bush made the first move by asking Pak Lah: So how is Malaysia today?

Without much hesitation Pak Lah replied: That website is a pain in the ***. But I thought they were being funded by your people in the CIA, are you still funding them?

Bush frowned not knowing what the hell the PM was talking about, but when on to ask the next question:I am afraid I have not much time, as other leaders are waiting outside. Do you require any aid from us Mr Prime Minister?

Pak Lah smiled and confidently replied : AIDS in Malaysia is under control Mr President, we got rid of Mahathirs daughter as its head, now it OK. Please dont give us any more AIDS Mr President, please.

Bush scratched his head, not wanting to embarrass the PM he moved on : Southern Thailand is becoming very volatile a threat to peace and stability in your region. I m sure you are told of the incident in Haadyai.

Pak Lah happily replied: Oh yes Haadyai is a lovely place, heaven to some. They have lots of entertainment there. Massage parlours and .......

Immediately Bush cut him off and angrily shouted : I meant the bomb incident there Mr Prime Minister!

Pak Lah softly replied: It was not my son. Nuclear centrifuge they say was supplied by my son. No he is not into making bombs Mr President not him nor his company nor his associates.

Bush was so frustrated, and he asked: Have you got a hearing problem.

Mr Prime Minister Dollah nodded and said: I am waiting for the hearing.

Bush retorted: What hearing?

Dollah replied instantly: The one where Anwar is suing Mahathir for defamation.

With his patience almost gone Bush asked: Are you really in control Mr Prime Minsiter?

Hesitantly Pak lah replied: Yes I am with my son and son in law, we are all in control, which you dont have to worry Mr President.

To which Bush shouted: Next leader please!

Dollah stood up and shake the Presidents hand:Thank you so much for your time.

Later outside the Oval Office, TV3, Bernama, NST and all their spin doctors crowded around Dollah for a brief press conference.

A reporter questioned: How did the meeting go Pak Lah?

Pak Lah looked him in the eyes and said: Suatu perjumpaan yang sangat penting dan bermakna.

Saturday, April 12, 2008

UDINHO

Kali ni 'off topic' jap...aku nak memperkenalkan kawan aku.

Orang panggil diaUdin..berusia 28 tahun dan masih single n available..

So, I'm just doing him a favour coz he is the type of guy who has series of unfortunate love stories. To girls out there, pm me if you want Udin's number..hehe

Udin,
Ko jangan cakap aku tak pernah tolong ko cari awek...

Welcome to the world


Sangkaan aku tepat, tak sempat kami balik ke Terengganu, Maymel sudah dimasukkan ke wad bersalin. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan selamat.

Selamat datang Emi Wardhiah ke dalam kehidupan ku..

Kepada Maymel, terima kasih kerana melahirkan bayi yang comel untukku..pengorbananmu akan dikenang selamanya dihati ini..

Emi Wardhiah, kaulah penyeri di rumah kita sekarang. Walaupun bersengkang mata untuk menjaga mu dimalam hari, namun hati ini puas kerana kini dia telah bergelar seorang bapa.

Maymel dan Emi Wardhiah..I love both of you with all my heart.


Friday, April 04, 2008

Dejavu

Hari ni Mi n Abah akan sampai pukul 10 malam..lega rasanya bila ada orang tua yang lebih berpengalaman di samping kita di kala nasihat dan panduan mereka sangat diperlukan. Harap-harap semuanya akan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Amin.

Risau jugak aku bila Maymel asyik mengadu sakit-sakit..aku hanya mampu tenangkan perasaannya aje. Muka pun kena nampak konfiden..walaupun di dalam hati sebenarnya dah macam enjin F1.

Hari ini juga, bos aku khabarnya dah dapat surat tukar. Senyum lebar dari pagi bila JPA luluskan permohonan pertukarannya balik ke negeri asalnya. Mungkin juga gembira kerana yang tersayang juga di sana. Hmmm..macam pernah ku alami situasi ini..

Dulu bos aku dapat tukar, aku pun tukar sekali tidak lama lepas tu.
Sekarang bos aku tukar lagi, harapnya berlaku sekali lagi..dejavu!

Wednesday, April 02, 2008

Masanya hampir tiba

Jam 5 pagi tadi, Maymel kejutkan aku. Dengan mamainya aku pun bangun laa.. Dia memberitahu aku bahawa ada cecair yang keluar dari badannya lalu menunjukkan tompokan pada katil kami.

"Hmm...ni kencing malam kot" tanyaku dengan mata hampir terpejam..

"Takde pulak rasa terkencing"

Aku dah berdebar..aku rasa risau..

Adakah masanya hampir tiba??

Pagi yang gelap..kini sudah terang

Hari ini, seperti biasa aku hantar isteri ke tempat kerja sebelum aku menghala ke arah bertentangan demi mencari sesuap nasi. Namun didapati pagi ini agak berbeza kerana ianya lebih cerah dari biasa.

Kedengaran sudah riuh di Kementerian yang berteknologi tinggi dengan lobi aras 1 bernilai jutaan ringgit bahawa orang yang selama ini digeruni dan ditakuti tidak kurang juga dikutuk dan menjadi isu hangat di kedai-kedai kopi berhampiran telah ditukarkan ke bangunan yang tidak berapa jauh dengan Kementerian lamanya.

Maka segala rakyat jelata di sana telah menyambut berita ini sebagai satu rahmat yang turun dari langit, konon-kononnya mereka telah mengeluarkan belanja dari poket mereka sendiri untuk membeli pisang untuk disedekahkan. Tidak kurang juga yang menjadikan perkara ini sebagai satu peringatan supaya tidak mengulangi perbuatan durjana yang sama.

Kepada "you know who" :- Ingatlah..bahawa tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah. Pangkat dan darjat yang dikurniakan hanya sementara, Allah telah tunjukkan bahawa dalam masa sehari segala-galanya boleh berubah. Renungilah kejadian ini sebagai satu hikmah atau hidayah dari Allah kerana Allah Maha Menyayangi..

P/S: Terimalah lagu dari Hujan- Pagi yang gelap (modified)

Lebih tua dariku
Harap sabar menunggu
Pemergianmu ku tunggu

Bukan maksudku mendiam
Memang niatku menyimpan dendam
Hakikatnya benci yang mendalam

Jalan ini kan membantu
Hari esok siapa yang tahu
Kata KSN dengar sahaja
Cerita banyak pun dah tak guna

Pagi yang gelap, kini sudah terang
Aku macaimu dan engkau bos
Ku amat sakit hati dengan mu

Pagi yang gelap, kini sudah terang
Aku macaimu dan engkau bos
Tak ingin ku pulang ke masa dulu..

Tuesday, April 01, 2008

Penderhakaan




Lihatlah betapa selambanya dua orang yang tidak pernah tahu adab dan adat orang-orang Melayu mempersendakan institusi Kesultanan Melayu.
Yang kurang tinggi tu adalah Sean Todt, bekas Ketua Eksekutif Team F1 Ferrari dan sekarang nie berpacaran dengan pelakon antarabangsa Malaysia, Dato' Michelle Yeoh. Manakala seorang lagi adalah pakcik kepada menantu PakLah, Patrick Lim..atau Patrick Badawi.
Kalau zaman dulu-dulu ni, dah boleh kena pancung dah..
Please be more sensitive and respect our King.