Saturday, May 22, 2010

Hari Keluarga Sektor Pengurusan

Hari ni buat pertama kalinya ofis aku buat Hari Keluarga khas untuk sektor kami kerana sebelum ini Hari Keluarga dibuat secara besar-besaran dan kadangkala ianya tak mencapai tujuan sebenar Hari Keluarga dibuat..kalau bukan kerana Bos Besar kami yang beriya nak buat aktiviti ni, rasanya sampai pencenlah kami tak merasa Hari Keluarga yang dibuat khas untuk kami.

Venue Hari Keluarga kami adalah di Taman Wetland, Putrajaya dan ini juga merupakan kali pertama aku jejakkan kaki ke Taman Wetland ni..lawa jugak rupanya.

Dan macam biasa jika ada Hari Keluarga, adalaa sukaneka..dan aku tak terlepas daripada menyertai acara-acara yang ditetapkan..hehehe

Tapi, permainan yang kami mainkan makin lama makin pelik (sebenarnya pemain-pemainnya yang ada idea pelik-pelik). Macam gambar kat atas, sebenarnya ni permainan 'Sambung Kasih' di mana pemain-pemain harus mencari apa-apa barang yang ada esp. tali dan menyambungkannya. Sapa yang mempunyai sambungan paling panjang, mereka laa menang..tapi akhirnya ini laa yang berlaku..tali dah abes, mereka sambung badan mereka pulak.

Tapi ada jugak yang buat side-game..ni pertandingan "Perut Terkedepan" dan pemenangnya adalah abang baju merah..


Akhirnya, kami tak jugak balik dengan tangan kosong..ada 5 hamper (4 tempat ke-3 dan 1 tempat ke-2) serta satu hadian cabutan bertuah..

Overall, aku rasa sangat gembira pegi Hari Keluarga tahun ni..di mana Hari Keluarga telah mencapai matlamatnya dan aku dapat lihat hubungan antara bahagian-bahagian dalam sektor kami takde 'gap' buat pertama kalinya. Tahap segan antara pegawai dan staf juga pada tahap minima..syabas kepada Urusetia kerana dapat menjadikan Hari Keluarga ini sangat bermakna.


And last skali..mcm biasalaa testing skill skit..warm-up nak pegi Redang next week..mesti banyak view yang menarik untuk ditangkap nanti...hehehe

1 comment:

Funny Animals said...

ph fantastic wonder. i will travel there