Sunday, June 13, 2010

Redang Trip : Day 1

Hujung Mei lepas, aku ambik cuti 2 hari dan tambah dengan cuti Hari Wesak, dapatlah total 5 hari cuti..hehehe..

5 hari cuti ni aku gunakan untuk pulang ke kampung..so on the way balik tu tak sah kalu tak singgah untuk makan satar dan keropok lekor di Kemaman..


Keesokkan harinya, barulah aktiviti sebenar..iaitu bercuti di Redang. Sebenarnya ni plan dah lama..dekat dua bulan jugak budak-budak opis aku plan..baru jadi. Satu kepala RM350 utk trip 3 hari 2 malam di Redang..not bad laa..enche penganjur sangat pandai mengatur dan mengendalikan trip.

Tapi malangnya, aku tak dapat membawa sang isteri bersama-sama kerana dia sedang terkena buatan aku, dan ini masuk bulan ke 2..so, dengan alasan ini maka dia telah ditinggalkan di kampung..(padahal sebenarnya, poket aku agak kurang ketebalannya. Tak mampu den nak bayor)

Inilah feri yang kami naik..dulu-dulu aku naik feri rasanya dalam 2 jam lebih..tapi mengikut informasi enche penganjur, feri sekarang dah moden, lagi laju katanya..
Selepas 1 jam 30 minit..akhirnya kami tiba ke destinasi (memang betul-betul laju)...tapi tu bukanlah penginapan kami, kalu tak tak dapat laa harga semurah tu..resort dalam gambar di bawah ni namanya Laguna Redang dan menurut risikan aku dengan penduduk tempatan, rate semalaman di sini adalah lebih kurang RM450..memang aku tak mampoo,,
Dan selepas mendarat...inilah permandangannya..cantik kan??
To be continue..........

No comments: