Saturday, April 17, 2010

Koleksi baru

Aku baru lepas PTK. Tapi kejadian yang menimpa-nimpa lepas tu, membuatkan aku takdak mood. Betul betul takdak mood nak buat keja..

Tapi hidup mesti diteruskan..keja memang tak pernah abih..tak kesah laa orang nak cakap aku lembab ke, tak fingertip ke,..yang penting aku buat keja aku..yang ko yang bagitau awal-awal macamana ko nak apsal?? Bila aku dah buat baru nak komplen..

Shuh shuh..dah dah..aku nak citer pasal koleksi baru aku nih..walaupon sebenarnya takdak laa baru sangat..

Aku ni penggemar perfume. Dah banyak botol dah perfume abih di tangan aku..dan dah beribu riban dah duit abih beli perfume..
Baru-baru ni aku beli lagi sebotol perfume..

Nama dia Homme, datang dari keluarga Dior.. so nama penuh dia Dior Homme..

Baunya memang menarik walaupun family Dior nih, perfume nya memang agak spicy skit..terutama Farenheit, abang kepada Homme nih..yang aku tahu Homme ada sorang lagi adik..namanya Higher..aku tak sempat berkenalan lagi..

So, maybe lepas ni aku akan keluarkan review aku pasal perfume-perfume aku yang terdahulu..

Wednesday, April 07, 2010

2 adalah umurnya


Hari ini aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana genap 2 tahun aku diberikan rezeki zuriat. Ya, anak sulung aku dah pun berusia 2 tahun pada hari ini. Rasanya macam baru semalam aku dapat anak..hari ni dah pun 2 tahun.

Time kecik nampak cute aje, maklumlah tak dapat 'kaki' lagi...


Bila dah dapat kaki, mula lah nak duduk sendiri..

Bila dah besar lagi, mula lah pandai melaram...

Harapan dan doa agar jadilah muslimah yang baik dan menghormati orang tua..semoga dikurniakan kebijaksanaan supaya berjaya..semoga menjadi seorang yang beriman supaya boleh mendoakan kedua ibu bapanya..semoga diredhai supaya diberkati hidupnya.

SELAMAT HARI LAHIR YANG KEDUA, EMI WARDIAH.

DADDY SAYANGKAN KAMU!

Friday, April 02, 2010

PROTON OH PROTON

(ni aku cilok dari Tuka Tiub)


(sila klik gambar untuk imej lebih besar)

Kenapa Proton tak jual harga macam kat Arab Saudi?
Apa istimewanya orang Arab?

Kata RAKYAT DI DAHULUKAN ...kah kah kah..

Kenapa ARAB LEBIH DIUTAMAKAN...kah kah kah


NOTA BANDUNGAN

Harga Persona kat Saudi = SR 36,100
Harga Gen2 kat Saudi = SR 33,600
Harga Waja kat Saudi = SR 37,950

1 Saudi Riyal = RM 0.94

Maknanya harga Persona kat Saudi = RM 33,934
Maknanya harga Proton Gen2 kat Saudi = RM 32,256
Maknanya harga Waja kat Saudi = RM 35,673

Satu Malaysia bayar RM 66,799.97 untuk sebuah Waja di Malaysia !
RM31,126.97 lebih MAHAL!