Saturday, June 26, 2010

Kerja..Invest?? Sacrife??

Aku rasa dalam masa 2 minggu ni, aku betul-betul sibuk dengan kerja. Sejak bos baru masuk, sangat banyak 'bad-log' yang perlu disettlekan..dan aku harus ke sana-sini dan balik ke rumah lewat malam setiap hari..

Ada bos yang cakap.."You ni muda lagi, u must invest dari awal..sacrifice laa sikit" dan macam-macam lagi lah..
Tapi pada aku "Invest tu bole..sacrifice pon takde masalah...tapi takkanlah kena tinggalkan segala-galanya" Macam prinsip yang sentiasa aku pegang..harini aku mati, esok dah ada orang ganti aku dalam opis...tapi jika aku mati harini, di hati anak-anak dan keluarga aku, pemergian aku tidak dapat diganti oleh sesiapa pun..so, Lu pikir laa sendiri..

Dalam bulan ni, aku kerap pergi ke negeri tanah tumpah darahku..Terengganu..disebabkan agak kerap, aku meminta opis untuk menyediakan tiket kapal terbang untuk kemudahan..penat dowh drive..sekali sekala takpa, tapi kalau selalu..kena mintak cuti lepas tu..

Lapangan Terbang Sultan Mahmud baru sahaja selesai proses penambahbaikan atau omputih kata 'renovation'..dengar khabarnya dari KT dah boleh terbang terus ke Mekah..

Ni adalah dewan perlepasan domestik..simple aje sebab buat masa sekarang aku kira baru ada hanya 4 ruang perlepasan..maksudnya dalam satu-satu masa, maksimum 4 kapal terbang bole parking.

Ni adalah keadaan dalam lapangan terbang...departure floor..perhatikan hiasan kayu di sebelah kiri gambar..

Dan ini adalah close upnya...agak cantik jugak bila binaan moden digabungkan dengan seni tempatan...baru nampak ada identiti yang tersendiri..

Dan beginilah aku dalam bulan ni..sentiasa melihat awan...rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan SELAMAT HARI BAPA untuk diri sendiri dan juga seluruh bapa di dunia termasuk bapa aku sendiri...Encik Salleh bin Abdullah..

*Gambar-gambar hanya diambil oleh kamera henpon Sony Ericson Aino berkuasa 8.1MP sahaja..jika kualiti kurang elok seperti yang dijanjikan, harap maaf..

2 comments:

Nurita Zakaria said...

already follow u...
plz follow me back...
http://nuritazakaria.blogspot.com/

nmfairus said...

totally agree with u.
in this life, there are 4 balls
3 bola kaca, 1 bola kulit.

1. Bola kulit - macam bola world cup = Kerja, sepak macam mana pon tak pecah.
2. Bola kaca01 = Family, kalu u sepak, dia pecah, sengsara
3. Bola kaca02 = Friendship, sepak ia pecah, merana
4. Bola kaca03 = Healthy, sepak ia pecah, merana