Monday, October 30, 2006

Balik KL

Sebenarnya aku dah balik ke KL ni dari hari Jumaat lagi da, cuma takde kesempatan nak log in ke internet. So hari ni baru dapat melangkah ke dunia siber sebab harini first day aku masuk opis balik...hehehe..

Sori laa, gambar raya tak dapat nak diupload lagi sebab aku lupa mana aku letak kabel henpon..keta aku pun tak terbaiki lagi, ingat hari jumaat ni aku nak hantar masuk bengkel, harap-harap sempat siap laa dalam ari ahad. Patah kaki laa jugak aku nanti, tapi takpe, tak keluar rumah bermakna tak banyak laa jugak duit keluar..hehe

Hari raya ni betul-betul mengeringkan duit aku, tinggal berapa ringgit saja ni untuk survive hingga gaji..kadang-kadang aku jeles tengok member-member yang kerja swasta, gaji diaorg dua kali ganda dari gaji aku..yelaa, kalau aku tinggal dikawasan terpencil sikit takper laa jugak, tapi ni di KL, setakat RM2000 pun tak sampai, jawabnya aku masuk dalam golongan miskin laa..

Tapi aku kenalah bersabar, mungkin ini je rezeki aku, dan ini harus aku terima sebagai ketentuan Ilahi, mungkin ada hikmah disebalik semua ni...

Friday, October 20, 2006

Esok balik

Esok aku akan memulakan perjalanan ku balik kampung. Alangkah rindunya aku untuk berjumpa dengan Mi dan Abah...

Tapi di sudut hati aku, aku risaukan Melmel. Kesian aku tengok dia beraya keseorangan tahun ni..jika dikenangkan, sebak jugak la hati ni..betul-betul aku risaukan dia..

Wednesday, October 18, 2006

Half Day part2

Setelah seharian mencari bengkel ketuk bodi yang murah..last-last destinasi aku ke Pusat Servis Proton di Mutiara Damansara. Kat sana diaorg suruh pulak aku pegi Seksyen 13, PJ sebab kat sana je ada Pusat Ketok Bodi Proton Edar. So, mengembara laa lagi aku dari Damansara tuh ke Seksyen 13 PJ. Sesampai disana, pegawai yang buat checking keta aku menganggarkan bahawa kos pembaikian kereta aku mencecah RM2500. Kejadahnya, aku cakap dalam hati, dulu time mula-mula aku eksiden, cina tuh cakap dalam 450 bole settle dah..sekarang ni 2500??

So, aku pergi kepada opsyen ke-2, Claim Insuran..

Lepas berbuka di Midvalley Megamall semalam (selepas shopping sakan start kul 2 ptg hingga berbuka), aku pun pergi ke Balai Polis Subang Jaya untuk membuat repot polis..

Selesai tak selesai dalam kul 10 jugak laa...

Cuma apa yang aku perasan, setiap hari mesti ada orang di Malaysia ni eksiden..banyak giler report polis.Dikesempatan tu, ada laa jugak aku berborak dengan polis yang bertugas, katanya memang purata dalam 25-50 kes sehari. Korang bayangkanlah, kalau minimum 25 kes sehari kalau darab 365 hari dah ada 9125 kes, tuh untuk satu balai je tu..patutlah industri ketok bodi di Malaysia nih buat banyak duit. Ada tauke dia yang bawak BMW..tapi kebanyakkannya low profail, pakai singlet dengan seluar pendek apek jual beras je..takut kena rompak agaknya..
Tapi biasalaa..ada kebanyakkan kes yang direpot kepada polis hanya bertujuan utk menebus insuran..macam aku..hehhe

Pagi tadi, aku baca balik repot yang aku buat semalam untuk deal dengan orang bengkel..sekali baru aku terperasan, aku tersilap tulis no plat keta aku...ciss punya sellowww aku sekarang ni..

So, aku pegi balik balai polis subang jaya dan as usual ada ramai yang sedang buat report..malangnya untuk aku, untuk membetulkan repot aku, aku harus tunggu pegawai yang bertugas semalam bertugas kembali kerana hanya dia yang boleh mengubahnya...that is Jumaat ni..shit memang keta aku takkan sempat siap sebelum Hari Raya.

Mati laa aku, apa yang aku nak jawab depan Mi n Abah. Kena bebel sudah pasti, tapi yang paling aku tak suka nak dengar ialah, macam ni ke nak kawin? Jaga keta pun tak reti..nak jaga anak orang konon!!

Hmm..padan muka aku...

Oh ya..lagi 7 hari nak raya!!!

Tuesday, October 17, 2006

Half Day part1


Hari ni aku rasa macam nak ambik half day, sebab macam-macamana pun, aku kena jugak cari masa pegi baiki keta aku yang kemik tu..Kalau tak, mak aku akan membebel sepanjang hari raya.

Oh ya, tinggal lagi seminggu umat Islam akan menyambut Hari Raya, jadi aku akan buat countdown sehingga hari aku balik ke kampung tercinta, Terengganu.

"Senyum Sokmo"

Monday, October 16, 2006

Chelsea!! Chelsea!!!



Last night, Chelsea had won 1-0 in a game with Reading FC but for me last night winning was not worth it all.. Chelsea lost both of their talented goalkeeper..

At first I thought that both of them just get dizzy after a collision with opposition's player but after looking at this, i just can say "What the fuck????"

Well, I think Barcelona had their early party last night...but I still hoping for a miracle and support Chelsea...even with 'Hidalgo' err sorry Hilario as a sub keeper.

P/S: I feel really sad for Real Madrid as they played like a kindergarten boy in Getafe's match. They could've won the match if they play like a real Real Madrid players ( err but our national team played like a new born babies)

Friday, October 13, 2006

Luahan Hati Orang Proton

Ni aku dapat dari kawan kawan yang forwardkan ke email aku, macam menarik jugak laa, kalau orang nie 'kencing' n cakap dia orang Proton, memang hebat laa sebab details dia tu, mcm betul... try laa baca...

Assalamualaikum,

Yang ni saya kena jawab la sebab banyak sangat misinformation. Biasanya information yang berpindah dari satu mulut ke satu mulut yang lain akan berubah menjadi sensasi. Itu lah masyarakat kita. Kita bukan mendapat firsthand info tapi berdasarkan cerita yang telah ditokok tambah. Ini dia cerita dari orang dalam yang duduk ditengah-tengah R&D PROTON.

"Saya ada kenalan dari kastam boleh confirmkan perkara ni.. member saya kerja kastam kat kelang dan beliau sendiri yang maklumkan yg salah satu tugas dia adalah buat checking penerimaan barangan proton untuk di pasangkan di negara ni. Satu kontena enjin je.. manakala kontena lain adalah pintu, body dan sebagainya. sama lah dengan kereta lain juga."

Kalau kita lalu kat kawasan glenmarie tu, akan ternampak lah satu tanda... Kilang Enjin Proton. Tanda tu tak duduk kat situ untuk suka suka je. Kalau kita jengok kat dalam.... Boleh nampak besi cair yang dituang kedalam acuan untuk membuat enjin block. Memang proton ada mengimpot enjin tapi dari kelas 1.2 dan 2 liter. 1.2liter untuk Savvy (enjin Renault) dan 2.0liter untuk Perdana. Tapi untuk enjin 1.3, 1.5, 1.6 proton buat sendiri. Untuk pintu pulak... hanya kereta-kereta Perdana sahaja yang proton beli pintu dari Mitsubishi. For your information, Untuk membuat pintu sahaja memerlukan dekat 20 acuan. Bayangkan lah 4 pintu. Modal itu shaja sudah hampir RM50 juta. So untuk kereta yang volume kecil, kita beli dari luar. Untuk kereta Isawara, Wira, Waja, Gen2, Savvy... 100% body dibuat di Malaysia.

"Bayangkan dah 20 tahun menanti kereta Malaysia yang sebenarnya tak keluar-keluar lagi. Bagi yang berkemampuan sudah tentu tak mahu menggunakan injin kenderaan berteknologi 70an, 80an dan 90an yang diubahsuai. Sudah tentu ramai nak teknologi terkini dan sebenarnya milik kita. Secara umumnya proton masih belum ada enjin sendiri lagi.. jadi adalah sukar hendak dikatakan kalau ianya adalah kereta Malaysia yang sebenarnya. Pengeluaran kenderaan adalah berdasarkan injinnya barulah boleh dikatakan ianya kenderaan negara sebenarnya."

Disini lagi ada misinformation. Memang untuk kereta Perdana kita impot enjin dari Jepun. Untuk Savvy kita gunakan enjin Renault. Untuk Isawara, Wira dan Waja kita buat enjin di Malaysia walaupun design original dia dari Mitsubishi. Tapi enjin Gen-2 adalah enjin terkini yang direka oleh jurutera Proton dan dibina di Malaysia. Enjin tersebut menggunakan teknologi terkini. Jadi kenyataan diatas agak menyesatkan sedikit. Naza, Perodua.... Masih lagi membawa enjin dari luar. Modal untuk mereka dan mengeluarkan enjin ni amat besar. Nak dapat return pun bukan nya sekejap. Tapi demi maruah dan kemajuan, kita korbankan keuntungan jangka pendek. Selagi kita tidak mengeluarkan enjin sendiri.. selagi itu kita tidak tahu. Sekarang kita telah pun mengeluarkan enjin sendiri... orang masih tidak percaya. Itu lah masalah orang kita... memandang rendah kebolehan anak negara sendiri.

"Selama ini proton bergantung kepada Mitsubishi sebagai rakan teknikal. Oleh kerana kontrak selama 20 tahun telah tamat. Maka proton terpaksalah mencari rakan teknikal yang baru dan bermulalah masalah melanda proton. Sudah tentu rakan teknikal baru tidak mahu meneruskan rekaan dan teknologi mitshubishi lagi. So apa kan jadi pada kereta proton yang ada sekarang ni untuk masa akan datang."

Tidak wujud kontrak 20 tahun dengan Mitsubishi. Mereka adalah rakan kongsi. Bertahun tahun kita berkerjasama dengan Mitsubishi tetapi teknikal apa yang mereka turunkan. Kalau kita pernah berkerja dengan orang Jepun atau Korea, mereka inilah yang paling kemut ilmu. Tapi bab nak korek ilmu kita, dia orang rajin habis.Korang jangan terkejut bila saya cakap yang idea kita pun banyak yang Jepun curi. So bila kita mula menuntut teknologi baru dari mereka... mula lah nak caj dan nak ikat royalti yang tak munasabah. Nak mintak copy teknikal drawing zaman dulu sekeping pun dia orang caj beribu ribu. Mulalah kita pandang teknologi dari barat dan teknologi sendiri. Sebab itu kita beli Lotus.. Kita ignore Jepun. Bila kita design sesuatu yang lebih baik... laju je dia orang hantar balik information ke Mitsubishi. Last-last kita pun mula bersikap secrecy dengan dia orang... lama lama diaorang fed up dan mintak keluar. Lagi pun dia orang dah nampak afta nanti dia orang akan masuk balik ke Malaysia.

Perodua... kenapa daihatsu/toyota memberi enjin latest dia orang.... Sebab Perodua tu 100% milik Toyota/Daihatsu. Dah lama UMW menjual saham dia orang kepada Jepun. Proton.... Milik Malaysia.

"Mungkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu yang proton yang digunakan pakai sekarang adalah barangan Mitshubishi. Samalah seperti kereta lain.. tukar lambang je.."

Inilah susah orang kita ni.... Banyak mendengar cerita sensasi yang banyak ditaruk banyak rempah ratusnya..... Memang pada mulanya kita belajar... selepas itu kita buat sendiri.Saya adalah seorang yang terlibat dengan kerja kerja tersebut.

Saga - base dia Lancer lama. Kita Cuma tukar depan dan belakang sikit.

Iswara - base Saga, kita mula belajar untuk design kereta sendiri. Masa ni Mitsubishi dah tak berapa setuju bila kita menubuhkan R&D. So kita menggunakan khidmat penasihat dari UK.

Wira - Disini berpuluh puluh designer dan engineer Proton dihantar ke Jepun untuk kerjasama design kereta baru. Proton dan Mitsubishi kongsi modal. Hampir 2 tahun kami disana. Bahagian tengah dikongsi bersama. Depan dan Belakang, design asing-asing. Lampu depan dan belakang share sebab nak kurang kan cost. Hasilnya Proton Wira-Mitsubishi Lancer.

Orang akan kata hah kongsi je sebab tak tahu buat kerja.... Tapi ada orang kata apa apa bila Ford dan Mazda berkongsi bahagian tengah? Ford Laser dan Mazda 323 adalah kereta yang sama. Ada orang komplen? Bila orang Malaysia yang buat begitu... orang Malaysia sendiri yang nak mengutuk. Tak ramai yang tahu seksa bekerja kat Jepun sebab dia orang suka curi idea. Bayang kanlah semasa kami design dashboard untuk Wira... masa tu Mitsubishi sudah pun siap soft tooling mould untuk dashboard kereta dia... Bila mereka tengok dashboard Proton, Mereka sanggup letak designer dia depan design kita untuk mengubahsuai kembali rupa bentuk dashboard mereka. Kalau kita pernah tengok dashboard mitsubishi lancer... hampir samakan. Itu mereka yang meniru bukan kita. Ianya menunjukkan kita bukan tak pandai... Cuma masyarakat sendiri berfikiran macam itu.

Perdana - untuk membuat satu satu design bukannya murah. Nak balik modal pun lama. Jumlah kereta yang dijual pun kena banyak. So kalau nak buat Perdana.... Sampai habis pun tak balik modal. So yang ni memang kita ambil kereta dari mitsubishi dan pasang di Malaysia. Cuma kita tukar depan dan belakang, dan bahagian dalaman.

Tiara - Tiara adalah bukan product Proton. Ia adalah keluaran DRB. Tapi kita kena tunduk dengan arahan dari atas untuk mereka menggunakan lambang Proton.

Waja - Waja adalah permulaan kita untuk menunjukkan kita mampu melakukan kerja sendiri. 100% didesign orang orang kita. Tapi untuk kejuruteraan kita memerlukan consultant dari luar.. mainly dari Eropah dan Amerika. Bukan sebab tak pandai tapi kita tak cukup kakitangan. Nak design kereta bukan seperti menjahit baju. Kebaikan dari mengambil consultant dari luar memang membuka mata kita... kita adalah setaraf dengan kebolehan mereka. Nak design kereta ni memerlukan beratus ratus kakitangan. Bukannya sedikit.

Gen2 - 100% didesign oleh orang kita. Consultant dari luar hanya sedikit sebab kakitangan kita semakin ramai. Kita mula menggunakan enjin yang didesign sendiri.

Savvy - 100% dedesign sendiri. Cuma enjin sahaja kita menggunakan Renault sebab kita tidak ada enjin bersaiz kecil. Well.... Kehebatan enjin Renault sudah terbukti bila mereka memenangi F1. Disin banyak berita palsu disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab.Contohnya... Savvy adalah Tiara dan menggunakan chasis Tiara lama. Savvy tidak ada kena mengena dengan Tiara. Savvy adalah baru, 100%. Tidak ramai yang tahu bahawa Savvy menggunakan HTHS steel (High Tensile High Strength Steel). Sebab tu body Savvy kuat. Memang ada terpampang kereta Savvy kemek kerana accident. Well... kereta mercedes, volvo, BMW pun kemek bila accident. Tapi tak ramai yang tengok keadaan dalaman Savvy yang accident tu... In fact. Kukuh. Saudara saudari... Bila kita design kereta ni.. yang paling penting adalah keselamatan penumpang. Memang kereta didesign untuk crumple bila ada impact. Itu untuk menyerap daya hentakan supaya bukan manusia yang menerima hentakan kuat. Rating TUV Germany memberikan 3 star untuk Proton. BMW 5 series pun dapat 3 star. Ramai yang kata Savvy ni tak sedap bila memandu. Tapi tanyalah yang bercakap tu... adakah mereka pernah memandu Savvy. Kebanyakan nya tidak. Hanya mendengar dari orang lain.

Lain lain - Ada banyak lagi yang saya tak boleh cerita sebab ada secrecy act. Proton pun ada design kereta untuk company lain dan ada membuat part untuk company lain. Proton ada juga buat reverse engineering untuk motosikal lumba (tahun tu dia champion) tapi kita tidak boleh menceritakan sebab dasar secrecy kita. Mungkin sesetengah orang yang memakai certain kereta mewah tidak tahu yang part kereta mereka dibuat di proton. Kalau Proton tak elok... masakan mereka mengkontrakkan proton untuk membuat kereta mereka.

"Berbalik kepada masalah yang sedang dihadapi oleh proton. Kenapa ianya harus berlaku perkara sebegini. Apakah yang sebenarnya telah berlaku dan dibuat oleh proton dalam masa 20 tahun untuk membina kenderaan nasional sendiri. Memang ada R&D proton cuba mendapatkan struktur dan bahan-bahan untuk membuat injin tapi gagal mendapatkan resepinya."

Proton memang dah ada enjin sendiri. Yang terpasang dekat Gen-2 tu apa dia. Bab-bab bahan untuk membuat enjin tu senang je. Kebanyakan pengeluar kereta menggunakan besi yang sama sebab pengeluar besi dalam dunia ni bukan banyak. Kita Cuma bagi specifikasi je. Nak design enjin tu yang susah. Transmition yang paling susah. Untuk info lah... kami masih lagi dalam proses untuk mereka cipta transmition sendiri. Bukan macam nak buat karipap tau.

"Penubuhan proton sejak 20 tahun yang lampau tidak mencapai objektif yang sebenarnya. Dimana silapnya? Berapa ramaikah yang tahu bilakah ilham proton ini sebenarnya timbul dan berapa lamakah usaha dilakukan bagi membolehkan impian ini tercapai."

Mungkin ramai yang mengganggap hanya seorang perdana menteri sahaja terlibat. Cuma pada zaman Tun M baru persetujuan dapat dicapai setelah Mitshubishi bersetuju menjadi rakan teknikal dengan bersyarat. (syarat ni tak bolehlah diberi tahu.. sebab ianya adalah OSA)

Penubuhan Proton lebih mencapai objectif nya. Pada mulanya Proton hanya di rancang untuk membuat kereta bukan untuk merekacipta kereta. Kita menubuh R&D, Mitsubishi tidak setuju. Ye la... siapa nak bagi kita pandai kan. Cuba check dekat Perodua, berapa ramai jurutera dari Proton bekerja dekat sana, Head of R&D Perodua...bekas Proton, Head of Styling...bekas Proton, Head of Planning...bekas Proton, Head of Production...bekas Proton (rasa-rasanya dah kena kebas dekat Naza), Head of Engineering Services...bekas Proton. Ratarata mereka yang senior dekat sana dari proton. We trained them... orang lain ambil cara senang je.

Naza pulak.. Head of R&D....bekas Proton. Head of Production...bekas Proton. Honda pun ramai bekas Proton, DRB Pekan... Head dia pun bekas proton, Inokom... head dia pun bekas proton. Itu kira head je...bukan lagi kira engineer dan designer. So it meets its objective untuk memajukan orang-orang kita. Mainly orang Melayu. Naza sendiri tidak menyangkal kereta Naza mainly didevelop oleh bekas kakitangan Proton. So... orang Proton tak bagus?

Kita belum lagi kira bekas pekerja proton yang diambil oleh consultant luar negara... dari America, Eropah sampai ke Jepun.Tau tak kita kakitangan Proton telah memenangi pertandingan mereka design kereta anjuran Ford. Beliau mendapat tempat pertama. Bukan bertanding diperingkat Malaysia. Tapi di peringkat antarabangsa. Memang beliau mendapat tawaran kerja dari syarikat kereta gergasi Amerika dan Eropah. Tapi kami tabik bila dia decide nak stay dekat Malaysia sebab taknak anak-anak membesar dinegara lain. Ada orang tau...?

"Selama 20 tahun proton pergantung kepada pemerintah yang sepatutnya telah boleh berdiri dengan sendirinya sekarang ini selepas perjanjian tamat. Ibarat kata.. berapa lama perlu bergantung.. tak kan dah 20 tahun nak merangkak lagi.. nak tambah masa untuk merangkak lagi.. so bila lak nak belajar berdiri dan berjalan sendiri tanpa dipimpin lagi..sebab tu exPM kata.. kalau dah tak boleh tutup aja..."

Proton boleh menjadi lebih baik kalau tidak ada tanggung jawab kepada negara. Senang aja... buang sahaja pengeluar-pengeluar yang bermasalah. Tapi apa akan jadi dengan ekonomi. Itu tanggungjawab Proton untuk negara. Bayangkanlah penjanaan ekonomi proton untuk negara... berapa banyak kaki tangan Proton... 8000. Berapa banyak kakitangan syarikat yang secara lansung untuk membuat part Proton...100,000 orang. Berapa banyak bank dapat untung, berapa banyak syarikat bumiputra yang naik? Bayangkanlah kami boleh membantu sedangkan polisi kerajaan tidak membantu. Cuba ingat sebelum timbulnya proton. Berapa banyak wakil jualan bumiputra untuk kereta toyota, nissan, honda? 0... Kosong.

Mengenai masalah AP pulak perkara tu bukan perkara baru. Mungkin ada yang tak tahu yang proton juga mendapat AP. Kalau tak.. sure harga kereta proton tak serendah sekarang ini. Tak percaya boleh check duti import yang dibayar untuk sebuah kereta proton. Nak check duti import tak susah sgt.. cuma bandingkan harga kereta proton di kawasan bebas cukai.

Kita memang tak payah bayar duti impot sebab kita buat kereta kat dalam Malaysia. Tapi tetap kena cukai. Kita tak ada AP. Yang Proton kecewa kenapa terlampau banyak AP dikeluarkan. Lepas tu sebijik-sebijik kerajaan kena tipu. Bayangkan lah kalau kereta KIA yang dibawa masuk ke Malaysia... harga yang di declare adalah RM8000. Tak masuk akalkan bila kastam approve benda ni. Paling murah kereta yang pernah dibuat adalah dalam dunia ni adalah lebih kurang RM18,000. Itu baru bahan bahan dia. Belum lagi kira cost modal acuan, cost tenaga kerja, cost R&D. Bayangkan lah banyak mana kerjaan rugi pada cukai. Bayangkanlah banyak mana Naza untung.

Dasar Automotif Negara di perlukan bagi meneruskan perjuangan yang belum tercapai disamping menjaga serta melindungi pemilik kereta proton sekarang ini. sejauh mana boleh bertahan tak tahula..kalau tidak akan bertimbunlah bakal besi buruk bila tiada lagi sparepart proton (asalnya milik Mitsubishi) dan akan timbulah barangan made in Jinjang atau sewaktu dengannya.

Saudara... Dalam banyak banyak negara pengeluar kereta, Malaysia lah yang paling kurang memprotect industry automotive mereka. Rakyat Malaysia juga lah yang paling tidak patriotik dalam hal-hal kereta ni. Walaupun kita telah merdeka, minda kita tetap diajar barangan lain lebih elok dan tidak membantu barangan sendiri. Saya ambil contoh... Thailand membuka pintu mereka untuk industri automotif... tapi ada syarat. Kereta yang dibina di Thailand harus lah di export keluar lebih dari yang dijual dalam negara nya. Korea... cuba pergi ke Korea dan lihat sendiri disana. Nak cari kereta yang bukan dari Korea...susah. Sebabnya...

1. memang mereka patriotik.
2. Cuba pakai kereta import... Lembaga Cukai mereka akan menyusahkan pembeli kereta tu. Sebab kata mereka tentu banyak duit.

Jepun... Semasa mereka belajar membuat kereta hampir 80 tahun dulu... nak naik bukit pun boleh undur (baca sejarah toyota), tapi rakyat mereka tetap bangga dan tetap membeli. Cuba kat Malaysia.... Kutuk lagi ada.

Saudara semua... kejayaan sesuatu project negara bergantung kepada sokongan dari rakyat sendiri. The more people buy, the cheaper things can be. Economic of scale lah tu. Lagi banyak dijual, lagi rendah cost pembalikan modal untuk setiap kereta. Nak buat sebijik kereta hampir 1 billion cost dia. Macam mana nak balik modal kalau kita tak ambil untung. Kilang enjin lagi mahal... tapi kita korbankan keuntungan kerana kalau kita dok asyik beli enjin dari luar, masa mana kita nak belajar dan maju. Proton baru 20 tahun. Korea mengambil masa 40 tahun untuk kereta dia tiba ditahap ini. Jepun sudah 80 tahun, Barat sudah 100 tahun. Ini industri kereta. Kalau orang suruh kita fikir nak buat plastik aiskrim tu pun majority kita tak boleh. Ini kereta. So yang mengutuk tu... fikir. Lagi banyak kita jual, lagi murah kita boleh jual... lagi banyak duit, lagi baik pembangunan yang kita boleh buat. Setiap test dan setiap bahan baru yang nak direka memerlukan wang yang banyak.

Masalahnya sekarang siapakah yang bakal atau boleh dijadikan rakan teknikal. Walau pun volkswagen nak join ngan proton tapi persoalannya boleh ke..?

Kenapa..saya kata macam tu..sebab Volkswagen ni guna euro. Sudah tentu la harga kereta proton pada masa akan datang lebih mahal lagi. (salah satu sebab isu AP keluar) Nak mohon Nissan atau Honda atau Toyata jadi rakan teknikal memang agak sukar.

Errr.... Ini kita bagi hint sikit sebab teruk sangat dah ni. Kita tengah develop kereta dengan VW. Sebab tu kita jangan dengar saja orang cakap.

Kalau semua AP ditarik balik lagi banyak masalah akan timbul.. salah satunya adalah AFTA. Mampukah negara kita membayar ganti rugi kepada negara lain yang telah melaksana AFTA. Mungkin ada yang tak sedar yang negara kita telah membayar ganti rugi RM billion sebab menangguh perlaksanaan AFTA sebelum ni kapada negara Asean yg berkaitan.

Memang kita akan kena penalti sebab ada perjanjian AFTA. Tapi bukan kita nak tarik AP macam tu aja. Jalan penyelesaian masih ada. Kalau negara lain boleh ada polisi dia orang yang membantu industri kereta mereka... kenapa kita tidak boleh. Kerana AP China boleh mengeksport kereta mereka ke Malaysia (kereta Chery hampis masuk), tapi polisi China masih lagi tidak membenarkan kereta kita masuk kesana. Memang dia kata boleh masuk tapi dah 5 tahun mencuba pun belum dapat kelulusan lagi. Banyak syarat lagi. India... nak masuk kesana kena letak deposit USD200 Million. Belum lagi nak set up kilang dan infrastruktur jualan. Cuba masuk kat Korea... Kita nak jual kain kita kat sana pun diaorang tak nak beli walau pun kualiti kita bagus. Kuat nya patriotik diaorang. Kita... apa yang nama lain selain dari barang sendiri mesti bagus punya.

Bagi yang nak membandingkan kereta kita dengan kereta German.... Bukan tak boleh buat. Boleh... tapi sanggup ke bayar harga kereta German untuk kereta buatan Malaysia.

Naza yang rata rata import kereta Cuma tukar bumper pun boleh jadi taraf kereta nasional. Perodua yang tak pernah design kereta sendiri (cuma design bumper depan belakang) pun dapat taraf kereta nasional... Proton sekurang-kurangnya telah mendidik ramai anak bangsa dalam kemajuan teknologi. Dah ramai hasil dari pengalamn bekerja dengan proton diambil untuk sektor R&D ditempat lain. Bayangkan lah satu kumpulan Advance Engine Research Proton terus diambil oleh Petronas. Bukan sorang.... Kesemuanya. Nak kerja dengan R&D proton..... Paling minimum 2nd class upper. 1st class berlambak. Selepas berpengalaman... Perodua, Naza ambil.

Tapi saya tak marah bila orang kata macam-macam pasal proton. Itu hak mereka. Tapi fikirkanlah tenaga yang kami beri untuk memajukan negara dalam bidang teknologi. Boleh sebut tak company mana lagi dalam bidang industri yang betul-betul menggunakan kepakaran anak Malaysia dalam bidang R&D ni. Kalau kita tidak belajar... sampai bila kita tidak akan tahu. Dan sampai bila kita akan bergantung dengan orang luar.

Tapi bab support selepas jualan.... saya sendiri pun tak puas hati. Sabotaj pun Proton dah biasa kena.... Orang curi part semasa delivery kerata tukar dengan part tiruan atau lama. Yang kena komplen... proton. Tapi yang hairannya semasa Perodua recall balik 4000 unit Myvi.... Tak ada pulak yang kutuk. Letak sebelah sebelah Myvi dan Savvy... check performance dia. Then baru tahu nak kata apa. Jangan dengar orang cakap je... test sendiri. Baru tau.

Tak lama lagi akan keluar Savvy Auto-Manual.... Maksudnya dua-dua jenis gear ada dalam kereta. Malas nak tukar gear... swith to auto. Nak main ciluk-ciluk... switch to manual. Errr.. siapa kata kita guna tecnology 70an?.....

Good Bye my Mentor

Arini adalah hari terakhir Pengarah Bahagian aku berada di Jabatan ini. Lepas ni, dia akan ke Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi..Maybe, she get fed-up with this fucked up Agency..

Nway, good bye to my mentor. This is the path that you've always wanted..

Hmm, it seems to me that I also have to pace my way out from here..

Thursday, October 12, 2006

Hari ini

Hari ni ialah hari yang ke 18 umat Islam menjalani ibadah Puasa. Lagi 2 minggu nak menyambut Hari Raya.

Tapi rasa sayang pulak nak tinggalkan bulan Ramadhan ni walaupun mula-mula dulu berdebar-debar time Penyimpan Mohor Besar Diraja nak umumkan tarikh berpuasa..

Alaa..sama jugak time mula-mula kawin, berdebar debar jugak, tapi bila dah lama, gaduh-gaduh... hehehe..

Hari ni, kalau nak dikirakan, aku agak sibuk, tapi kalau terlalu sibuk, kepala aku bole pusing-pusing...so, aku buat segala kerja dengan 'pace' aku yang tersendiri.

3 keping kad hari raya dan sekeping kad deepavali dah aku sediakan untuk Bahagian-bahagian di Jabatan aku ni. Nak kasi semua bahagian, nanti bankrupt pulak aku..

Thursday, October 05, 2006

Pusat Angkasa Negara

Semalam ,PM merasmikan Pusat Angkasa Negara di Banting, Selangor dan aku berada di sana untuk menyaksikannya, sebagai penyambut tetamu!!!

Ketua Pengarah aku diminta untuk memberi beberapa orang penyambut tetamu, dan dengan bangganya dia menulis nama aku dan Mohan, serta dua lagi ppt yang terkenal kerana kesibukannya dengan tugas. Aku thought it might be fun, so I just go.

Rupanya-rupanya tidak laa sebest yang disangkakan jadi penyambut tetamu ni..kerana Pusat Angkasa sudah ada orang untuk menjadi penyambut tetamu dan diaorg ada pakaian batik yg seragam, diulangi pakaian batik yang SERAGAM. Aku dan yang lain nie cuma pakai baju pejabat yang biasa. Malu giler...

Last-last aku pakat dengan Mohan, kami blah awal....

Monday, October 02, 2006

Problem Lagi???

Minggu lepas, Pengarah Bahagian aku datang jumpa aku, air mukanya nampak cemas dan sedikit gembira. Rupa-rupanya permohonan transfernya berjaya, dan 2 Oktober dia harus melapor diri di tempat baru..akan tetapi nasib baik jugak laa dia mintak tangguh selama dua minggu untuk settle kan semua kerjanya yang terakhir di Jabatan ini.

So, lagi dua minggu, segala beban Bahagian Perkhidmatan akan berada di bahuku..sekarang pun dah seram sejuk..

Minggu depan, untuk pertama kalinya aku akan mengendalikan Mesyuarat Lembaga Tatatertib di Jabatan. Hmmm, aku tak tahu laa nasib budak-budak yang akan dibicarakan nanti. Tapi, pendek katanya, lebih baik diaorg survey kerja lain dulu laa daripada tunggu keputusan lembaga bersidang, aku rasa diaorg takde harapan. Lagipun, aku dah kasi mereka chance dah lama. Dah dua tahun tapi masih tak berubah, memang dah takde ubat..

Buang duit rakyat je bayar gaji kalau skejap datang pastu tak datang-datang, pastu datang balik, pastu lesap pulak..kadang-kadang datang awal pagi time pukul 10 dah lesap, tup-tup pukul 5 dekat nak punch out, tercegat kat mesin punch, mcm dah penat benor buat kerja..kalau macam nie, mcmana negara kita nak membangun.

Bukan nak kata aku ni tak meng'ulor' tapi biarlah berpada-pada, kerja mesti siap beb, kekadang tuh aku keluar pegi minum tengahari sampai pukul 2.30 petang, tapi atleast aku akan pastikan kerja aku siap sebelum jam 5 petang atau sebelum aku keluar pergi mana-mana...itulah aku...

Puasa

Akum, lupa aku nak ucapkan Selamat Berpuasa untuk Seluruh Umat Islam di dunia dan buat mereka yang bukan beragama Islam dan nak join berpuasa di bulan Ramadhan, anda sangatlah dialu-alukan.

Puasa ni bukannya menyiksakan tubuh badan, cuma sedikit disiplin diri dan "wah-laa" anda akan rasa tubuh anda bertambah segar dan mungkin slim sikit daripada dahulunya..tapi silap gaya, makin besar pun ada.

Hehehe..Nway, harini 9 Ramadhan, maksudnya sudah 9 hari umat Islam berpuasa, bulan untuk ibadah..