Wednesday, September 27, 2006

Akhirnya Aku Grad sebagai PTD















19 September 2006, Majlis Penyampaian Anugerah Fellow Intan dan Diploma Pentadbiran Awam INTAN.

Thursday, September 14, 2006

Gaji oh gaji !!!!

Sudah tiba masanya pihak kerajaan menyemak balik tangga gaji kakitangan awam (http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0913&pub=Utusan_Malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_01.htm).

Pada pendapat aku yang baru duduk 2 tahun di KL, memang taraf hidup di Kuala Lumpur bak kais pagi makan pagi, kais petang makan petang bagi peringkat sokongan. Bagi Pegawai Profesional , gred 41 masih hidup segan mati tak mau, cuma bila sudah menduduki tangga 48 keatas sahaja barulah boleh bernafas sedikit. Ini adalah pengalaman dan pengamatan aku sebagai seorang kakitangan awam.

Jika dibandingkan, gaji kakitangan awam di Singapura adalah jauh lebih tinggi dimana gaji mereka tidak boleh kurang dari SD$2800 sebulan. Itu baru gred sokongan, mcmana pulak gaji untuk Pegawai Profesional?? Disini gaji yg bersamaan dengan SD$2800 sebulan hanyalah apabila seseorang itu menjawat gred 48 yang mana dia harus mengambil masa sehingga 15 tahun dalam perkhidmatan untuk mencapai peringkat itu.

Macamana dengan gred sokongan seperti N17 ( Kerani), yg mempunyai gaji pokok hanya RM 656.30?? Hmm, memang makan maggi laa hari-hari...kalau yg dah ada keluarga?

Jadi adakah releven rasuah dapat dibanteras di negara kita?

Tuesday, September 12, 2006

Finally



Akhirnya, lepas minggu-minggu yang mengecewakan, dapat jugak aku seekor ikan patin yang berukuran lebih kurang 30cm dan berat lebih kurang 2kg.

Walau bagaimanapun, sebenarnya ikan ni 'accidently' tersangkut pada mata kail aku. Umpan aku masih "well preserved" tapi di mulut ikan ni sebenarnya dah rabak dengan belasan mata kail pemancing lain dan ada mata kail bersama tali tangsi yang masih terlekat di mulut ikan ini. Tali ini laa yang terbelit dengan mata kail aku yang menyebabkan, aku mendapat ikan terberat malam itu.

Kebetulannya pulak, time kami pegi memancing tu adalah pada "Malam Merdeka" , jadi aku dah memerdekakan diriku daripada kemarau ikan. MERDEKA!!!! MERDEKA!!!! MERDEKA!!!!