Sunday, June 12, 2011

Teranung Nelang!!

Mesti para pembaca berkata..hapdet jugak blog ni akhirnya..hehehe..jangan marah ye! Salahkan tariff elektrik yang naik baru-baru ni..aku hanya kurangkan online untuk (kononnya) menjimatkan penggunaan elektrik..hehe

Definisi: Nelang dalam bahasa dialek Terengganu berarti tidak gentar atau dalam bahasa Inggerisnya 'daredevil'.

Semalam merupakan hari yang paling mengujakan untuk aku dalam tahun 2011 ini. Kerana apa??
Yes!! Semalam Terengganu berjaya memenangi piala FA selepas menumpaskan negeri jiran, Kelantan dengan keputusan 2-1. Perlawanan Final yang terhebat pernah aku saksikan melibatkan negeri tumpah darah aku ini dan juga perlawanan pertama dalam sejarah bolasepak Malaysia, Terengganu bertemu dengan Kelantan di final.

Kebiasaannya apabila Terengganu atau Kelantan bertemu mana-mana pasukan lain, maka penyokong masing-masing akan sentiasa sokong menyokong antara satu sama lain. Tapi, jika Terengganu bertemu Kelantan, lain ceritanya pulak.

Semalam, aku melihat kematangan penyokong kedua-dua pasukan ini di mana penyokong Kelantan mengucapkan tahniah kepada penyokong Terengganu dan menerima hakikat kekalahan mereka semalam. Respek kepada kedua-dua penyokong...kecuali 'part' korang baling mercun yang sebenarnya tak perlu tu. Hehehe..

Terengganu juga merupakan juara SUKMA untuk kali ketiga berturut-turut.

Jika tiada sifat 'nelang' di dalam atlet Terengganu masakan kami boleh berjaya sebegini...

TERANUNG NELANG!!!!!