Thursday, December 03, 2009

Coke dan Pepsi



Pada tahun 2009 ini wacana politik dalam negara kita cuba menyebarkan berita tentang kemungkinan terwujudnya sistem dua parti – Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Malah huh hah huh hah tentang sistem dua parti ini telah tersebar lama. Ada yang menyeringai gembira seperti di malam pertama bedua-duaan di bilik bersama kekasih bila mendengar kemungkinan ini.

Sistem dua parti ini adalah satu penipuan. Satu illusi yang dirancang oleh kaum pemodal. Satu pemesongan projek demokrasi yang amat terancang untuk mengkaburi mata orang ramai agar gagal melihat intipati politik dan makna hakiki demokrasi.

Lalu saya bertanya adakah sesiapa yang dapat membezakan Pepsi dengan Coke? Adakah sesiapa yang dapat membezakan Adidas dengan Puma? Hakikatnya - pemilik saham Pepsi adalah juga pemilik saham Coke. Hakikatnya - Puma dan Adidas adalah dua beradik yang membuka peniagaan yang sama – satu kedai di kiri jalan dan sebuah lagi di kanan jalan. Kedua-duanya mengamalkan sistem kapitalis yang berlandaskan keuntungan. Yang membezakan hanya ejaan nama yang bermula dengan A dan P.

Kita wajib sedar bahawa kaum pemodal akan terus merancang untuk memastikan kepentingan ekonomi mereka selamat. Apa yang mereka pertahankan bukan saekar kebun getah atau sebuah Kancil. Yang mereka pertahankan ialah sistem ekonomi kapitalis yang selama 150 tahun ini telah mengembongkan saku dan dompet mereka. Sistem ini telah menjadikan mereka senang lenang dan kaya raya dengan harta berbilion-bilion dolar dan ringgit.

Kuasa yang mengancam dan menyusahkan kehidupan umat manusia dalam dunia hari ini sebenarnya adalah kuasa kaum pemodal. Kaum pemodal inilah yang merancang untuk memastikan parti apa yang naik and parti apa yang turun. Siapa dapat jadi menteri dan siapa yang akan dipencenkan. Para politikus dalam sistem kapitalis ini hanyalah Mat Heboh yang diupah berlabun di parlimen untuk mengubal undang-udang dan memastikan kepentingan kaum pemodal dijaga rapi.

Perhatikan bagaimana undang-undang yang diluluskan di parlimen TIDAK akan dan TIDAK pernah menyebelahi kepada kepentingan kaum buruh atau kaum pekerja. Perhatikan cukai mukai yang di kenakan. Pemotongan cukai untuk kaum pemodal akan diutamakan. Dalam masa yang sama mereka yang miskin akan berselirat dengan cukai mukai. Kalau tidak percaya sila tunggu cukai baru : Cukai Barang dan Khidmat. Akan terlondeh seluar dalam Mak Minah dan akan tergadai Kapcai Pak Ali bila cukai ini sampai.

Jika masih belum yakin biar saya nyatakan satu lagi contoh terbaik : lihat apa yang terjadi kepada dasar kerajaan Pakatan Selangor yang melarang bangunan didirikan di lereng bukit. Ini cita-cita Pakatan Rakyat ketika berkempen untuk membawa kebaikan dan keselamatan kepada warga. Lihat apa yang berlaku dibelakang tabir. Kaum pemodal – pemaju dan para kontrektor telah melobi. Akhirnya larangan ini ditarik kembali. Kenduri menarah bukit diteruskan kembali.

Lihat pula apa yang terjadi apabila berlaku runtuhan di Bukit Antarabangsa. Laporan yang ingin diumumkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor gagal kerana laporan ini disimpai oleh Akta Rahsia. Akta seperti ini semuanya diwujudkan untuk memastikan kaum pemodal – syarikat pemaju , kontrektor dan syarikat air - terselamat dan keuntungan mereka terjamin. Yang mati terkambus telah selamat ditalkinkan - jangan buat bising biarkan badan mereka dimakan cacing.

Ini bukan tohmah, propaganda atau berita putar yang saya ajukan kerana saya muflis dan tidak memiliki harta kekayaan. Ini adalah hakikat dihadapan mata kita. Buka mata dan dengar. Buka telinga dan lihat. Klik komputer dan baca. Jangan menjadi Mat Malas. Ketuk kepala lutut dan goncangkan kepala untuk berfikir. Nilai dan fahami mana yang tohmah, mana yang putar alam dan apa dia kebenaran

Kaum pemodal dan para kapitalis bergerak dengan licik. Ketika ini kaum pemodal di Malaysia melihat dan membaca tanda-tanda politik yang sedang berlaku dalam negara ini. Mereka menyedari bahawa gaya dan politik lama yang selama ini membawa keuntungan yang amat lumayan tidak mungkin akan berterusan. Apa yang terjadi pada 8 March 2008 mengajar mereka untuk memahami bahawa warga dalam negara ini mahukan perubahan dan sedang menuntut hak demokratik mereka.

Dengan arif dan dengan wang ringgit - kaum pemodal merancang untuk melahirkan apa yang dipanggil sistem dua parti. Contoh sistem dua parti ini sedang kita lihat berjalan dengan lancar di United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Di UK ada Parti Konservatif dan Parti Buruh. Di Amerika ada Parti Republican dan Parti Democrat.

Parti-parti ini bertukar ganti untuk menjalankan pentabiran. Madame Thatcher dari Parti Konservatif akhirnya diganti oleh Tony Blair dari Parti Buruh. George Bush Senior dari Republican di ganti oleh Bill Clinton dari Democrat. Kemudian Clinton di ganti oleh George Bush Junior yang kemudiannya digantikan pula oleh Barack Obama dari Parti Democrat.

Parti politik dan susuk yang memimpin pentabiran kelihatan ini bertukar berganti. Tetapi hakikatnya sistem ekonomi kapitalis tidak berubah. Inilah dia silap mata Pepsi Cola dan Coca Cola yang selama ini telah berjaya menipu. Kapitalisma tidak berganjak. Kaum pemodal tidak hilang keuntungan walau parti mana pun yang naik atau turun.

Justeru, perubahan antara Democrat ke Republican atau dari Konservatif ke Parti Buruh hanyalah satu ilusi untuk menipu orang ramai. Tidak ada apa-apa perubahan yang hakiki telah berlaku. Tuan punya bank masih kaya raya. Tuan punya kilang masih memerah tenaga buruh murah. Para kontrektor masih membalon orang ramai. Cukai masih di tahap yang sama. Kaum pemodal terus melipatkan gandakan keuntungan.

Orang ramai dan para pengundi digula-gulakan dengan perubahan dari parti ini ke parti itu. Dari presiden yang ini ke presiden yang itu. Ini adalah helah kaum pemodal agar orang ramai tidak akan menuntut perubahan sistem yang sedia ada.

Didalam kempen-kempen pilihan raya kita akan mendengar labon dan heboh heboh dari Mat Heboh yang ingin menjadi YB. Teliti dengan rapi : mereka semuanya berjanji untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang lebih baik dari yang sedia ada.

Apa sebenranya janji-janji para Mat Heboh bakal YB ini? Mereka berjanji akan menjalankan pentabiran dengan lebih cekap, lebih amanah dan lebih bersih. Ini ertinya mereka berjanji akan menjadi Mat Heboh yang lebih cekap, lebih amanah dan lebih bersih kepada kaum pemodal. Merekalah Mat Heboh yang terbaik untuk mengendalikan sistem ekonomi kapitalis ini.

Tidak pernah kita mendengar bahawa yang haprak dan yang membawa kemudaratan terhadap umat manusia hari ini ialah sistem ekonomi kapitalis yang mengajukan rukun iman : keuntungan maksima.

Rukun iman inilah yang sedang membawa porak peranda kepada kita semua hari ini. Keuntungan maksima yang dijadikan rukun iman ini akan membolehkan apa sahaja dilakukan asalkan ianya membawa untung. Balak dikeluarkan kerana ianya membawa untung. Pelacur datang dari China kerana ianya membawa untung. Hospital diswastakan kerana ianya membawa untung. Dadah diniagakan kerana ianya membawa untung.

Jika kita menyedari hakikat ini maka kita tahu bahawa sistem dua parti ini adalah kong kalikong. Tidak ada apa apa perubahan hakiki yang akan berlaku jika yang diajukan untuk dipilih hanyalah siapa yang lebih cekap mentabir sistem kapitalis.

Adakah Barisan Nasional lebih baik untuk keuntungan kapitalis atau Pakatan Rakyat yang akan mentabir dengan baik sistem kapitalis ini? Jika ini yang dipersoalkan maka saya jamin kita semua kena tipu oleh kaum pemodal dengan sistem dua parti yang sedang mereka rancangkan.

Apa yang seharusnya kita tuntut bukan sistem dua parti. Bukan siapa yang lebih cekap dan lebih amanah mentabirkan sistem kapitalis. Yang wajib menjadi rukun iman kita ialah menghancurkan sistem ekonomi yang berasaskan keuntungan maksima. Yang menjadi rukun iman kita ialah kita berjuang untuk melahirkan sistem ekonomi yang berasaskan kebajikan untuk umat manusia.

Sistem dua parti atau dua ratus buah parti ini tidak memiliki apa-apa makna yang hakiki jika kita masih lagi dalam sistem ekonomi yang berimankan keuntungan maksima. Apa yang wajib kita sokong bukan mereka yang berijazah, berdatuk, bertun atau berserban - ini tidak penting. Yang penting ialah mereka yang kita pilih akan berani bangun berjuang untuk melahirkan satu sistem ekonomi yang berimankan kebajikan untuk manusia.

Kita jangan ditipu untuk diberi pilihan sama ada untuk membeli kasut Adidas atau kasut Puma. Kita mahukan kasut kulit yang baru. Kita jangan ditipu untuk memilih Coke Cola atau Pepsi Cola. Kita tidak mahu minuman itu. Kita mahu air advocado yang sehat untuk umat manusia.

nota: tulisan ini boleh diambil untuk membuat kebaikan

*diambil dari Tukar Tiub. Terima kasih En. TT.

Sunday, November 01, 2009

Jangan berak merata-rata


Hohoho..satu penemuan telah dibuat oleh pihak Amerika di mana mereka telah menjumpai tahi opss..najis berusia lebih 14,000 tahun yang lalu dan masih menjumpai DNA manusia bagi membuktikan najis itu adalah kepunyaan manusia, bukan monyet atau dinaso.

So, morale of the story...

Jangan berak merata-rata sebab sekarang orang sudah boleh mengetahui siapakah anda.
Jadi, silalah flush selepas melepas..kah kah kah...

Jika anda terjumpa najis dan ingin mengetahui siapakah gerangan tuan najis tersebut yang tidak mempunyai kesedaran sivik..jumpalah mamat di bawah ini..

Friday, October 30, 2009

KSU oh KSU

Terkesima dengan komen saudara Sme..aku terpaksa meng"update"kan blog aku yang dah berkurun lamanya tak terusik...nanti kena tutup akaun kang naya..tak bole ber'blog' lagi..

Well, jika anda mengikuti arus perdana sekarang, antara berita ter'hot' adalah ex-KSU MOSTI ditangkap kerana mengambil rasuah dalam 10 kes berbeza dan jumlah keseluruhan suapan yang diterima adalah lebih kurang RM59 ribu.

Anda boleh cari beritanya di sini.

Tapi macam tak logik pulak. Gaji seorang KSU yang gred nya Turus 3 adalah lebih kurang RM18 ribu termasuk elaun..dan dia hanya mengambil RM59 ribu?? Sungguh tak berbaloi..

Dan dia gunakannya untuk bayar zakat (RM25 ribu), ubahsuai rumah (RM15 ribu), bayar utang kredit kad (RM9 ribu), masukkan dalam akaun bini (RM8 ribu) dan bayar cukai pintu (RM15).

Sungguh tak masuk dek akal..

Bayar zakat?? Kah kah kah..
Bayar cukai pintu 15 inggit pun nak kena mintak duit rasuah ke?? Dia mintak aku tolong bayarkan aku boleh tolong bayarkan..untuk tahun depan skali pun aku boleh bayarkan...macam sengkek sangat dari gaya media menerangkannya..

Tapi, betul ke KSU ni sengkek??



Wednesday, September 16, 2009

Minyak oh minyak

Dalam sehari dua ni, mesti semua nak balik kampung...segala kos-kos patut diambil kira termasuk harga minyak..sebut tentang harga minyak ni..aku ada jumpa artikel dalam blog Sme yg jugak dicilok dari blog orang lain...Layan..zaazzz..

dipetik dari


http://www.jahilgoblog.net

Karya Matkeri


RON ? = ROsmah + Najib

"Mail Sabri kata harga minyak tak naik. Ianya kekal. Sama ja. Ada minyak harga dua hengget. ada minyak ada sringgit lapan kupang. Sama ja. Tadak beza apa pun. Apa pun tak naik.

Semua maintain. Steady.

Cuma, katanya, minyak RON97, yang selalu rakyat pakai tu, dia naikkan taraf kepada minyak premium. So, bila dah naik taraf ni, otomatik la harga pun canak naik. RON97 naik dari RM1.80 ke dua ringgit.

Tapi jangan risau, katanya. Sebab rakyat masih boleh isi minyak dengan harga RM1.80 lagi, guna RON95. RON97 dah ‘upgrade’, kalau mau yang ‘tak upgrade’, guna RON95. Harga sama. Warna pun cantik, kuning. La ni petrol pam dah macam lampu trafik light. Ada merah, kuning, ngan hijau. Cantik kan? Cantik kan? Kan? Suke tak? Suke tak? Tutp matee! Tutup matee! Suurrrpriissssseeee!!!

Ada jugak yang kena tendang perut bulan2 posa ni.

Soalan pertama, apakah RON97 yang telah dinaiktaraf menjadi minyak premium itu lebih baik kualitinya sebelum harganya dinaikkan? Adakah minyak ini telah dicampur dengan formula2 hebat yang boleh membantu menambahbaik enjin, samada dari segi ‘ketukan’ ka hapa ka? Adakah dengan menggunakan RON97 yang lebih mahal ini, proton wira 1.3 aku bertambah pikapnya sampai ke tahap aku tak perlu tutup ekon setiap kali meghagaih bukit?

Jawapannya sudah tentu tidak! Dan kalau jawapannya adalah ‘tidak’, jadah hapakah yang kamu naikkan harga minyak yang sama kualitinya ni, tapi tiba2 jadi mahal keesokan harinya? Bukankah itu namanya kamu sengaja menaikkan harga minyak? Bukankah harga minyak sebenarnya telah naik?!

Ini macam pi market nak beli ikan temenung, tiba2 tokey cakap sekilo kena tambah lagi dua ringgit. Tanya pasaipa, dia kata ikan temenung dah jadi ikan premium. Tanya dia lagi ikan temenung yang dia jual harini semua masuk univesiti ka? Ada ijazah semua ka? Isi manis lagi ka? Sisik makin kurang ka? Dia kata dak, sama ja. Tanya lagi ikan temenung kurang ka kot tengah laut la ni? Dia kata dak, belunggok huk lagi. Paihtu kenapa naikkan harga ikan temenung? Dia jawab harga tak naik, tapi taraf ikan temenung ni dah naik, jadi premium.

Tapi harga ikan temenung mahai dari kemarin. Kita kata tak puas hati. Dia kata kita bulih beli ikan puyu, ikan puyu harga sama macam ikan temenung kemarin. Tapi ikan puyu bukan ikan temenung! Kita jawab bantah. Tapi ikan jugak! Dia betah. Tapi kita tak bulih makan ikan puyu, nanti naik ruam. Kita bagi sebab. Dia suruh makan ikan temenung. Tapi ikan temenung mahai! Kita jawab. Bukan mahai, itu harga untuk ikan premium!

Last2 ada yang kena takek dengan parang tengah2 market tuh.

Naik harga cakap la naik harga! Dok pebodo orang pasaipa? Cakap. Harga dah naik. Kalau nak murah, beli yang rendah kualiti. Yang ni dah naik harga. Yang sama. Harga ja beza, lebih mahai. Kan senang?

Soalan kedua. Kenapa naik harga petrol? Mail Sabri dilaporkan dalam tibitiga malam tadi sebagai berkata sebab harga minyak dunia dah naik sampai USD82 setong.

Aku tak pernah hisap rokok. Jauh lagi nak hisap dam atau hidu gam. Tapi masa mengaji dulu, ada sekoq dua kawan2 yang dok wat kerja loklaq ni. Jawapan Mail Sabri ingatkan aku kepada sorang kawan yang overdose ganja. Samada dia hidu gam, atau telebih hidu petrol, aku tatau, tapi statistik tahun bila yang dia rujuk kata harga minyak dunia dah naik sampai USD82 setong? Harga minyak dunia tak pernah lepas USD75 selepas merudum jatuh sampai ke USD40 tuhari. Samada dia di bawah pengaruh ganja, ataupun sengaja nak membodohkan rakyat sekali lagi, itu aku serah pada pembaca semua. Tapi mengatakan minyak dunia dah naik ke 82 dolar setong adalah statement yang sangat bengong. Tak masuk akal. Dan hanya boleh dilafazkan oleh orang2 yang hilang akal sahaja!

Jadinya, kalau kenaikan bukan disebabkan oleh kenaikan minyak dunia, jadah hapakah yang dinaikkan jugak harga minyak? Adakah sebab BN dah senak tak tau nak kaut duit tang mana, maka last kopek, pau rakyat sekali lagi?

Soalan terakhir. Adakah kualiti RON95 sama seperti RON97? Jika rendah kualitinya, kenapa harganya sama seperti RON97?

Jawapannya jugak adalah tidak. RON95 lebih rendah kualitinya daripada RON97. Dan ada beberapa laporan mengatakan bahawa sesetengah enjin tidak sesuai menggunakan RON95.

Kesimpulannya?

Harga minyak memang dah naik. BN bodohkan rakyat melalui Mail Sabri mengatakan harga tak naik. Rakyat disuruh menggunakan minyak yang rendah kualitinya, tanpa sebarang kebaikan kepada kenderaan, dan disuruh membayar pada harga yang sama!

Mail Sabri kata harga minyak kenderaan tidak berubah, cuma ianya telah ditingkatkan kepada premium.

Rakyat juga akan kata PRU13 ini kerajaan tidak berubah, cuma kami akan gantikannya dengan Pakatan Rakyat, kerajaan Malaysia yang telah dinaiktaraf kepada tahap premium."

Hmmm

Rasanya sejak awal puasa..langsung aku tak menjenguk blog ku nan satu ini..Entahlah, terlalu banyak komitmen rasanya..siang hari dengan kerja lah, malam dengan minigame di Facebook lah..main Travian lah..macam-macam lagi sampai aku takde minat dan masa untuk update blog.

Mungkin juga aku dah bosan dengan gaya penulisan aku..yang aku rasa agak serius dan macam orang tua (tau tak per..).

Tapi, memandangkan ada juga yang menjenguk di sini, dan ada juga orang 'sound' aku suruh aku update blog...bermakna aku ada juga peminat...hehehe

Masalahnya, aku tidaklah serajin orang lain, yang senantiasa meng'update'kan blog nya bersama-sama dengan gambar mereka yang terkini..tidak..aku tidak se'obses' itu...hehehe

Nway, aku cuba laa sentiasa menjenguk di sini..update apa yang patut..okey..

Wednesday, August 26, 2009

Ramadan Al Mubarak

Punya lama aku tak update blog ni...kesian...

Tup-tup dah masuk bulan Ramadan..bulan paling mulia dalam Islam, semua umat Islam diwajibkan berpuasa (tapi ada jugak yang tidak berpuasa)

Hari ini 5 Ramadan, aku nak share sedikit tazkirah bersama korang (hak ni aku cilok dari email yang membe forward kat aku)

Rahsia Solat Awal Waktu

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. . Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita


Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

Friday, July 10, 2009

A bit of this and that

Ladies and gentleman, its nearly been a month since i last wrote..Sorry.

Actually there are lot of things I want to share..but I am to lazy to write (or type).


But anyway here some of the headlines :


MJ
He is already dead..the world mourns his loss..but why didn't appriciate it while he is still around??

Humans...

Yasmin Ahmad
She is one of the best in what she do..Al-Fatihah

Nantilaa aku sambung...



Thursday, June 11, 2009

REAL MADRID

Today, Real Madrid may close a record breaking signing. Manchester United has released a press statement that they are giving up on Ronaldo saga and accepted the €80 million bid for the FIFA World Player of the Year. 

Earlier, Real has signed AC Milan's ace, Kaka with €68 million. 

I am really happy..extremely happy!! Finally, Real has made the right move..

Where did Perez gets the money?? Do I seem like I care?? No!!

Beware Barca..next season will be tight.. 

Monday, June 08, 2009

Ada apa dengan Jun?

Kehidupan sehari-harian dah jadi makin mencabar..makin gile.
Nak update blog pun rasanya takde masa..malas dan takde mood..
Anyway, life must goes on..

Terengganu Negeri Ku

Khabarnya negeri Terengganu telah diserang oleh raksasa. Kebetulannya, Ultraman telah mengambil cuti rehatnya yang masih berbaki 40 hari dan bercuti di planet Pluto sebab Bumi sekarang sudah panas (global warming laa katakan...)

Akibatnya, Stadium Sultan Mizan yang baru sahaja dibina sempena SUKMA tahun lepas telah roboh.

Kecoh seantero negara mendengarkan perkara ini. Banyak pihak diminta mengemukakan laporan mereka. Dengar perkhabaran dari Kerajaan Langit, Ultraman pun kena surat tunjuk sebab dari KSN. Rasanya, akan dikenakan tindakan tatatertib kerana bercuti tanpa kebenaran Ketua Jabatan (Sapa Ketua Jabatan dia??)


Gambar semasa kejadian telah berjaya diambil oleh wartawan terkemuka negara, Karam Sinki Wan Alia.

No 6 ??

The Sun pada 4 Jun telah melaporkan bahawa Malaysia telah diletakkan sebagai negara ke-6 yang mempunyai perkhidmatan awam paling efisien. Survey yang dibuat meletakkan Singapura, Hong Kong, Thailand, Korea Selatan, Jepun sebagai negara yang mempunyai perkhidmatan awam yang terbaik di atas Malaysia.

Walaubagaimanapun, India diletakkan pada kedudukan paling akhir. Antara negara lain yang terlibat adalah Taiwan, Vietnam, China, Filipina dan Indonesia.

Ke-6 daripada 12 negara ?? Bagus ke??

Politik

Disebabkan pengaruh Tahun Lembu amat kuat kepada ahli politik kita, maka aku pun taknak campur sangat berkenaan perkara ini..

Tak pasai-pasai aku berjangkit Influenza Lembu diaorang nih..

Barcelona

Sedia maklum, Barcelona adalah juara piala Champions League. Ok skit laa, MU tak menang.

Roger Federer

Semalam berlangsungnya perlawanan akhir Roland Garros iaitu salah satu daripada 4 Grand Slam di dalam dunia tenis. Pertandingan di gelanggang tanah liat ini juga merupakan satu-satunya Grand Slam yang masih belum dimenangi
oleh idola tenis ku, Roger Federer walaupun telah memasuki perlawanan akhir 5 tahun berturut-turut..disebabkan dia kena lawan Rafael Nadal.

Namun, tahun ini Nadal telah ditewaskan oleh Robin Soderling pada pusingan ke-4 dan bertemu Federer pada perlawanan akhir semalam.

Soderling yang tidak pernah menang bertemu Federer, seperti dalam jangkaan tewas sekali lagi dan seterusnya menobatkan Federer sebagai juara dan mengakhiri nasib malang Federer, 5 tahun berturut-turut sebelum ini..
Kudos to Roger..

Saturday, April 25, 2009

The Ministry of Tsunami and bla bla bla

This post is long overdue actually..it was in my draft since April and now its nearly 2 months late. 

The Ministry
Anyway, nothing much to tell..we have a new General Secretary. A woman..again..but a very aggressive woman, she makes all of us doing things faster and in order. Delayed in works means you are no longer relevant and wanted..until today, we have 3 casualty including our former G.S. and it will increase, believe me.

Life
Since 1st April, life would never be the same. I thought it was only me who hadn't get enough sleep, complaints from wife coz I got no time for family, bla bla bla.. but then I met my batch mate in a meeting and they complain about the same thing..I was wondering, what kind of life that we are heading to? 

Actually, its the price we have to pay to be what we are now. Tortured. Physically and mentally until your life on a thin ice. You must be resilience and smart.  If not, you maybe success in your career but deep inside, you know you've lost..
As for me..BUAT BODO AJE LAA!! 

Friends
One of my friend get married last 2 week. I'm glad and happy for him. Sorry bro, I didn't come to your wedding reception but I would like to congratulate you and hoping you are happy ever after like was told in those faity tale books..

My other friend got her posting in Geneva, Switzerland. Congrats too..hope you do well there..and if there are chances for me to go there for a short visit, please make yourself free to be my tour guide..hehe

Football
EPL - M.U champions again..I'm not happy with that but I must admit they are good. This season they are strong but I know Chelsea will bounce back next year. Chelsea!! Chelsea!!! 

La Liga - Our Arch-rival, the Catalans are the Champions this year..once again, I must admit they are in phenomenon performance. They beat us 2-6 in our own yard..damn!! But, my heart will still with Real Madrid!! 

UEFA Champions League - Champions vs Champions : M.U vs Barcelona. Both are my rivals. I can tolerate with Barca but not with M.U. So, I hope Barca will take the cup home. 

Malaysian Super League - Ada aku kesah?? 

Tennis
Last night Roger "Fedex" Federer beats Rafael "the clay master" Nadal in Madrid Open. Federer's triumph also ended a remarkable run of success on clay for Nadal. Kudos to Federer!!  


Tuesday, April 07, 2009

HAPPY BIRTHDAY SEMEK DEBEK

Hari ni genaplah setahun umor anak perempuan aku, Emi Wardiah. Aku panggil dia "semek debek". Dari 'mother tounge' aku, dialek Terengganu yang bermaksud, budak perempuan yang berisi..hehe. Rasa macam tak percaya ..sekejap aje dah setahun dia dilahirkan


Time nih rasanya baru berusia beberapa hari..


Menyusu pun belum pandai..leher pun masih lembik..

Pejam celik..pejam celik


Dah agak besar sikit




Kesayangan mumy dan dadi



Cita-cita nak jadi ustazah


Nak jadi ustaz takleh laa..dia nie pompuan

Pose bergambar
Gaya, mutu, keunggulan..

Dah bole berdiri



Emi Wardiah..Selamat Hari Jadi..Dadi sayangkan 'Semek Debek' Dadi nih..semoga besar nanti menjadi insan yang baik-baik dan diredhai..
Mumy..terima kasih kerana melahirkan 'semek debek' yang comel untuk Dady...I Love you..








Saturday, April 04, 2009

Little Refreshment

Aku dah tak tau apa nak diupdate. So aku postkan gambar aku masa bulan Februari lepas..


1. KURSUS PENGURUSAN TATATERTIB, DI CAMERON HIGHLANDS.


Ni adalah kedai makan 1st aku lepak..malam tu agak sejuk jugak laa sebab aku pakai tshirt aje. Jam dah pukul 10.45 malam..ni aje kedai yang bukak..aku order teh tarik aje. Tapi, tak sampai 5 minit, teh tarik aku dah jadi teh ais..


2nd day, lawatan ke Bharat Tea Plantation..


Day 3, Aku pegi ke Boh Tea Centre, Sungai Palas..




Ni adalah kayu pokok teh yang ditebang dan disusun rapi..bukan nak rebus buat teh..



Rupa-rupanya dijadikan dinding...suatu idea yang inovatif dan kreatif..


Hmm..mana gambar kursus ek?? Hehe..aku takde ambik sekeping pun time kursus..sori..


2. LAWATAN KE KOTA MARUDU


Next week lepas ke Cameron Highlands, aku disuruh pergi ke Kota Marudu untuk menghadiri Majlis Perasmian INFOSTI@MOSTI.. amenda menatang nih, jangan tanya aku..aku tak tau dan aku tak ambik tau...lagipun ni hanyalah lawatan 1 hari aje..


Setiba di KK, aku stay di Promenade Hotel..



View dari bilik aku...bosan gak laa trip ni sebab sekejap sangat..tak sempat nak jalan-jalan..


KL-KK tiba kul 8.30 malam, pastu 0600 pagi ke Kota Marudu, kul 1300 back to KK dan 1700 KK-KL..lebeh kurang 2200 aku dah sampai kat umah..just a 1 day trip..tapi aku tak kesah sangat jika ianya KK..sebab aku tahu aku akan ke sini sekurang-kurangnya sekali setahun..


Tuesday, March 24, 2009

Mood Swing

Entah kenapa aku rasa agak susah skit nak ber'blog' semenjak dua menjak nih..mungkinkah aku terlalu sibuk? Rasanya takde laa jugak..ada aje masa aku pegi minum, main ngan anak..tengok tv layan bola..

Entah-entah aku dah terkena penyakit 'M'. Sekarang nih macam-macam penyakit sedang merebak seluruh Malaysia. Anak aku baru aje sembuh dari demam panas, selsema dan batuk. Sekali datang dengan pakej 3 dalam 1. Tido pun tak cukup sebab dia selalu terjaga malam. Poket yang kering pun makin kering, dok asyik bawak pegi klinik aje.

Tapi tu penyakit yang ada ubat, macam penyakit 'M' aku nih cuma diri aku sendiri aje yang boleh mengubatnya. Bak kata omputih " it depends on your own will". Tapi penyakit aku nih, pandai datang dan pandai pergi..ikut mood laa katakan.

Sesetengah orang mengandaikan ini adalah penyakit biasa bagi kebanyakkan orang Melayu. Sinonim dengan huruf 'M' dikatakanya penyakit 'M'elayu..

Pada aku penyakit ni adalah penyakit global..setiap orang pun ada penyakit ni. Macam resdung laa. Cuma aktif dengan pasif aje penyakit tu.

Aku rasa dah ramai boleh agak apakah penyakit tersebut. Tapi bagi yang masih tak tahu lagi apakah penyakit yang melanda aku sekarang.

Itu lah yang dipanggil - PENYAKIT MALAS!

Monday, March 16, 2009

Its Been Too Long

Rasanya dah lama sangat aku tak update blog aku nih. Bukan dah tak minat, cuma 'workload' kerja aku dah bertambah semenjak aku menanggung tugas nih..

So, apa yang aku nak update aa?? Rasanya 3 hari 3 malam x abih nak citer nih..

Takpaa..tunggu aje update..

Tapi sekarang nie aku agak takde mood nak buat keja..nak kata emo, mungkin ada laa skit kot..

Kisahnya dari minggu lepas..Khamis, selepas aku selesai mengurusetiakan satu Mesyuarat Berkala yang wajib dilakukan disetiap jabatan/Agensi/Kementerian asalkan ianya hak milik Kerajaan Malaysia..selepas Mesyuarat tu, aku berasa agak hepi kerana dipuji oleh pelbagai pihak kerana dapat membuat preparation dan meng'handle'kan mesyuarat dengan baik. Tapi sebenarnya kejayaan ini adalah disebabkan oleh kecekapan staf-staf aku.

Jumaat lepas, aku terkejut beruk bila staf aku datang ke bilik aku dan tunjukkan surat pertukaran yang dia dapat dari bos aku menyatakan yang dia ditukarkan ke Bahagian lain berkuatkuasa 16 Mac..

So, hari ni aku agak takde mood..sebab right man aku dah takde..maknanya geng merokok aku juga berkurang sorang...

Monday, February 23, 2009

Lalalalala...Kerja lahh

Tadi aku tengok hit log untuk blog nih dah mencecah 1400 hits..baru aku perasan, lamanya aku x update.

Bukan aku taknak update, tapi buat masa sekarang beban kerja yang sangat banyak telah memaksa aku untuk menangguhkan segala kerja-kerja lain..

Takper, esok lusa aku akan update. Banyak juga laa trip kerja aku dalam Februari ni..

Adios!

Wednesday, February 04, 2009

PAC 2/2004

Sekarang dah masuk bulan Februari. Cepatnya hari berlalu sekarang ni. Aku pun dah semakin sibuk dengan tugas seharian.


Walau bagaimanapun, kesibukan tugas tidak dapat menghalang aku dari membuat mega-rafting dengan bebudak batch 2/2004 di IKWAS. Separuh dah kena Siri 1 di INTIM, Kemaman.
(hasil cilokan dari album sidang D)


Jadi pada 29 Januari lepas, bermulalah sesi PAC yang hangat dispekukan oleh bebudak batch aku.





Pendaftaran dibuka seawal pukul 8.30 pagi, tapi aku dah sampai semalam lagi bersama rakan-rakan. Konon nak beronggeng laa dulu malam sebelumnya. So, kami check-in di hotel murahan terdekat. Murahan pun RM110 sorang beb. Plan malam tu nak berkaraoke atau main pool. Rupa-rupanya, pekan Kluang nih dah mati seawal pulul 9.30 malam lagi..hampeh. Last-last kami beli daun terup dan main pakau aje kat bilik.




Selepas taklimat, kami diberi minum pagi dan kemudiannya terus kepada aktiviti-aktiviti yang penuh dengan elemen kejutan kepada kami semua.

Inilah bentuk bilik untuk aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Sepanjang 3 hari di IKWAS, kami telah disuruh untuk melakukan pengucapan awam (public speaking), pengurusan projek, penulisan minit, kertas cadangan, surat rasmi, pengurusan mesyuarat, di temuduga, bersolat dengan kehadiran diambil dan menari poco-poco. Kata lainnya, semua perbuatan kami adalah dinilai..mungkin di PAC yang akan datang, mereka akan memasang cctv di bilik untuk memantau perbuatan-perbuatan pegawai awam ni.. So,berhati-hatilah kalau rasa nak mencukur bulu-bulu badan yang berlebihan.

Hasilnya, pegawai-pegawai yang bersedia untuk memangku ke jawatan yang lebih tinggi seperti soklan wajib dalam temuduga.

Hari ini, sudah 2 hari aku kembali bertugas. Masih terbayang-bayang di ingatan aku kenangan terindah bersama kawan-kawan. Mungkinkah kami akan berjumpa lagi dengan jumlah yang ramai sebegini di masa akan datang. InshaAllah.

Terima kasih kepada saudara Tariq untuk gambar-gambar aku telah dicilok oleh aku.

Sunday, January 18, 2009

Kisah Minggu Ini

P.36

Menatang apa P.36 tu?? No plat keta kah? No rumah mak mertua kah? 

Bukan..sebenarnya huruf P tu maksudnya kerusi Parlimen dan 36 tu adalah no kawasan iaitu di tempat aku dilahirkan, Kuala Terengganu. Ada pilihanraya kecil di P.36 disebabkan Ahli Parlimen nya telah meninggal dunia semasa bersukan di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands. 

Jadi yang bertanding kali ini adalah Abdul Wahid Endut dari PAS, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dari Barisan Nasional dan calon bebas, Azharudin Mamat @ Adam.

Hari ini, pilihanraya tersebut telah diadakan dan calon PAS telah memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 2,631 undi. 

*Tapi, aku frust betul sebab sehingga hari ini, aku tak pernah pegi mengundi. Ada aje aral yag menghalang aku dari menunaikan tanggungjawab aku yang 5 tahun sekali tuh..


PAC

PAC?? Pun menatang apa nih?? Pac man kaa?? Pachat kaaa??

Kawan aku dah ceritakan secara lanjut mengenainya di sini

Apa-apa pun, aku berdoa agar aku dan sahabat-sahabat yang lain, tidak mempunyai banyak masalah sepanjang program ini diadakan tidak kira samada siri 1 atau siri 2. 

Kawan-kawan yang kena pegi Siri 2, selamat berjumpa di IKHWAS (INTAN Wilayah Selatan). 


LCCT Labu

Kes nak buat lapangan terbang baru di Labu nih aku tak berapa faham..kenapa nak buat banyak-banyak lapangan terbang kat satu tempat? Ramai benor ke pelancong ke Malaysia atau ramai sangat ke rakyat Malaysia nih nak naik kapalterbang sampai tak muat KLIA? Apesal tidak dibuat di Pulau Pinang yang memang memerlukan lapangan terbang yang lebih besar?? 

Ntah laa..korang pikir laa sendiri. Mungkin rakyat dah beri amaran dengan keputusan pilihanraya di P.36 tu kot..buat tak reti lagi, aku tatau laa..

Tuesday, January 13, 2009

Resolusi 2009

Aku sangat hangin dengan line broadband aku. Nak online pun susah..nak update blog pun susah..dah lama topik ni nie macam tergantung tidak bertali, jadi aku nak membuat sedikit resolusi untuk diri aku..

Tapi, 'after giving a serious thought' mengenai azam tahun baru aku...well, sebenarnya aku tak memerlukan Tahun Baru untuk memulakan azam...but I did think of some..

1. Janji aku dengan Tuhan

Aku mengaku laa..seringkali aku mengambil mudah urusan aku dengan Tuhan. Aku rasa orang lain pun sama gak ngan aku tak pun baik sikit laa kot..kalu baik banyak tuh..Alhamdulillah.

Rasa payah benor nak bangun Subuh tatkala di hujung minggu. Kalau ada outstesen mana-mana pun..mesti ada waktu yang tertinggal..

Jadi, tahun ini..apa sahaja yang wajib dilakukan sebagai seorang Muslim akan aku tunaikan sebaik-baiknya..

P/S: Maymel, anda tidak dibenarkan mengomen untuk perkara di atas.. mana bole buka pekung suami...berdosa tau!! Hehehe..

2. Ada rumah sendiri

Ada desas desus mengatakan bahawa dengan kemelesetan ekonomi ni, harga rumah akan jatuh dan BLR (Bank Loan Rate) yang ditawarkan oleh pihak bank juga akan direndahkan.

Ada juga can aku nak beli rumah..yelaa harga sebuah umah sekarang ni macam tak logik..kekadang tu pikir dua tiga kali nak beli.

Cuma, masalah aku adalah lokasi. Bini keja di PJ, aku di PutraJaya...tapi harga umah di PJ macam yang aku cakap tu laa..tak logik..rumah dah nak runtuh pun bole letak harga 300 ribu..gilo!!

Tapi aku juga jika dimurahkan rezeki oleh Nya, mungkin akan dapat kenaikan pangkat kepada pegawai tak berapa tinggi dari level pegawai bawahan macam sekarang. Kalau aku mintak kuarters pun macam best jugak. pada masa yang sama, cari laa hartanah yang nilainya bawah 100k, beli dan sewakan..boleh jugak buat side-income..

Entahlaa..aku serahkan semuanya kepada takdir...kita hanya merancang, tapi Allah yang menentukan.


3. "Jom Tak Nak"

Awal tahun ni rasanya berpuluh-puluh kali sehari tak kira di radio mahupun di kaca televisyen menayangkan iklan ini. Iklan apa??

Tapi..tahun ni rasanya masih mustahil...sebab aku masih NAK..hehehe

Aku rasa cukuplah sekadar nie azam aku..ada orang azam kemain banyak..tapi perlaksanaan..hampeh..carry forward tahun depan, pastu postpone lagi..

Tapi bak kata aku terdahulu, seseorang yang ingin berubah tidak memerlukan tahun baru, baju baru, keta baru ataupun bini baru untuk berbuat demikian..anda sendiri yang menentukan hidup anda..

Thursday, January 01, 2009

Sambutan Tahun Baru

Biasanya aku tidak menyambut Tahun Baru. Tapi di Kota di Bawah Bayu ini, keluarga mertua aku menyambutnya, jadi secara automatik lah aku kena turut serta. Tapi tidaklah kami menyambutnya dengan ke disco atau berkumpul beramai-ramai sambil mengira detik Tahun Baru seperti remaja-remaja di Ibu Kota.

Bagi keluarga mertua aku, kami makan-makan..jadi destinasi makan kami kali ini...ialah Kampung Nelayan, BBQ Hotpot..terletak di Level 2, 1 Borneo Mall, Kota Kinabalu.


Menunya adalah 'stim-boat'.


Ini adalah satu set hidangan = RM 32.00. Murahkan??

Ok, close-up. Ini adalah salah satu daripada keseluruhan set. Ada daging bbq, ayam bbq, plain daging dan plain ayam (yang ni tidak dibubuh sebarang perencah)

Ni pulak pinggan yang menggandungi ketam, sotong, cendawan, sayuran (kangkung) dan beberapa jenis bebola-bebola yang biasa orang letak kalau makan stim-boat laa..(padahal aku tak tahu nama)

Ni adalah pinggan mi (ada mi kuning dan bihun), telur serta err..ni pun aku tak tahu nama jugak..hehehe.Korang tengok laa sendiri..kata orang, a picture tells a thousand stories.



Tempat memasaknya ada 2, satu untuk masak dalam periuk (boleh pilih samada nak tomyam atau sup ayam biasa) dan di tepinya pula adalah tempat untuk menggoreng.

Gambar di atas adalah ketika menunggu sup dan tomyam dipanaskan (sebelum), semua buat muka boring.

Dan gambar di bawah pula kami sedang enak menikmati makanan. Semua dah tak hirau keliling dah.

Untuk buat cerita lagi menarik, sebenarnya kami ingatkan 1 set sikit aje, so kami order laa 3 set.. haa ambik ko..sampaikan kedai dah nak tutup, kami masih mentekedarah..nasib baik pekerja kat sana baik hati, sanggup tunggu kami makan sampai habis...sebelum kami blah tu sempat lagi mereka wish kami "Happy New Year". Tak tahu laa dalam hati dah berkarung-karung memaki kitaorang sebab lambat makan..hehe

Nway, it was a great meal and everybody were satisfied. But still, i haven't come out with my new year's resolutions yet.