Rasanya dah lama sangat aku tak update blog aku nih. Bukan dah tak minat, cuma 'workload' kerja aku dah bertambah semenjak aku menanggung tugas nih..
So, apa yang aku nak update aa?? Rasanya 3 hari 3 malam x abih nak citer nih..
Takpaa..tunggu aje update..
Tapi sekarang nie aku agak takde mood nak buat keja..nak kata emo, mungkin ada laa skit kot..
Kisahnya dari minggu lepas..Khamis, selepas aku selesai mengurusetiakan satu Mesyuarat Berkala yang wajib dilakukan disetiap jabatan/Agensi/Kementerian asalkan ianya hak milik Kerajaan Malaysia..selepas Mesyuarat tu, aku berasa agak hepi kerana dipuji oleh pelbagai pihak kerana dapat membuat preparation dan meng'handle'kan mesyuarat dengan baik. Tapi sebenarnya kejayaan ini adalah disebabkan oleh kecekapan staf-staf aku.
Jumaat lepas, aku terkejut beruk bila staf aku datang ke bilik aku dan tunjukkan surat pertukaran yang dia dapat dari bos aku menyatakan yang dia ditukarkan ke Bahagian lain berkuatkuasa 16 Mac..
So, hari ni aku agak takde mood..sebab right man aku dah takde..maknanya geng merokok aku juga berkurang sorang...
No comments:
Post a Comment