Tuesday, January 13, 2009

Resolusi 2009

Aku sangat hangin dengan line broadband aku. Nak online pun susah..nak update blog pun susah..dah lama topik ni nie macam tergantung tidak bertali, jadi aku nak membuat sedikit resolusi untuk diri aku..

Tapi, 'after giving a serious thought' mengenai azam tahun baru aku...well, sebenarnya aku tak memerlukan Tahun Baru untuk memulakan azam...but I did think of some..

1. Janji aku dengan Tuhan

Aku mengaku laa..seringkali aku mengambil mudah urusan aku dengan Tuhan. Aku rasa orang lain pun sama gak ngan aku tak pun baik sikit laa kot..kalu baik banyak tuh..Alhamdulillah.

Rasa payah benor nak bangun Subuh tatkala di hujung minggu. Kalau ada outstesen mana-mana pun..mesti ada waktu yang tertinggal..

Jadi, tahun ini..apa sahaja yang wajib dilakukan sebagai seorang Muslim akan aku tunaikan sebaik-baiknya..

P/S: Maymel, anda tidak dibenarkan mengomen untuk perkara di atas.. mana bole buka pekung suami...berdosa tau!! Hehehe..

2. Ada rumah sendiri

Ada desas desus mengatakan bahawa dengan kemelesetan ekonomi ni, harga rumah akan jatuh dan BLR (Bank Loan Rate) yang ditawarkan oleh pihak bank juga akan direndahkan.

Ada juga can aku nak beli rumah..yelaa harga sebuah umah sekarang ni macam tak logik..kekadang tu pikir dua tiga kali nak beli.

Cuma, masalah aku adalah lokasi. Bini keja di PJ, aku di PutraJaya...tapi harga umah di PJ macam yang aku cakap tu laa..tak logik..rumah dah nak runtuh pun bole letak harga 300 ribu..gilo!!

Tapi aku juga jika dimurahkan rezeki oleh Nya, mungkin akan dapat kenaikan pangkat kepada pegawai tak berapa tinggi dari level pegawai bawahan macam sekarang. Kalau aku mintak kuarters pun macam best jugak. pada masa yang sama, cari laa hartanah yang nilainya bawah 100k, beli dan sewakan..boleh jugak buat side-income..

Entahlaa..aku serahkan semuanya kepada takdir...kita hanya merancang, tapi Allah yang menentukan.


3. "Jom Tak Nak"

Awal tahun ni rasanya berpuluh-puluh kali sehari tak kira di radio mahupun di kaca televisyen menayangkan iklan ini. Iklan apa??

Tapi..tahun ni rasanya masih mustahil...sebab aku masih NAK..hehehe

Aku rasa cukuplah sekadar nie azam aku..ada orang azam kemain banyak..tapi perlaksanaan..hampeh..carry forward tahun depan, pastu postpone lagi..

Tapi bak kata aku terdahulu, seseorang yang ingin berubah tidak memerlukan tahun baru, baju baru, keta baru ataupun bini baru untuk berbuat demikian..anda sendiri yang menentukan hidup anda..

1 comment:

Perfume Rack said...

Hye there ...original perfume with greatttttttttttt priceee... do visit us ok! :)