Menatang apa P.36 tu?? No plat keta kah? No rumah mak mertua kah?
Bukan..sebenarnya huruf P tu maksudnya kerusi Parlimen dan 36 tu adalah no kawasan iaitu di tempat aku dilahirkan, Kuala Terengganu. Ada pilihanraya kecil di P.36 disebabkan Ahli Parlimen nya telah meninggal dunia semasa bersukan di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands.
Jadi yang bertanding kali ini adalah Abdul Wahid Endut dari PAS, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dari Barisan Nasional dan calon bebas, Azharudin Mamat @ Adam.
Hari ini, pilihanraya tersebut telah diadakan dan calon PAS telah memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 2,631 undi.
*Tapi, aku frust betul sebab sehingga hari ini, aku tak pernah pegi mengundi. Ada aje aral yag menghalang aku dari menunaikan tanggungjawab aku yang 5 tahun sekali tuh..
PAC
PAC?? Pun menatang apa nih?? Pac man kaa?? Pachat kaaa??
Kawan aku dah ceritakan secara lanjut mengenainya di sini.
Apa-apa pun, aku berdoa agar aku dan sahabat-sahabat yang lain, tidak mempunyai banyak masalah sepanjang program ini diadakan tidak kira samada siri 1 atau siri 2.
Kawan-kawan yang kena pegi Siri 2, selamat berjumpa di IKHWAS (INTAN Wilayah Selatan).
LCCT Labu
Kes nak buat lapangan terbang baru di Labu nih aku tak berapa faham..kenapa nak buat banyak-banyak lapangan terbang kat satu tempat? Ramai benor ke pelancong ke Malaysia atau ramai sangat ke rakyat Malaysia nih nak naik kapalterbang sampai tak muat KLIA? Apesal tidak dibuat di Pulau Pinang yang memang memerlukan lapangan terbang yang lebih besar??
Ntah laa..korang pikir laa sendiri. Mungkin rakyat dah beri amaran dengan keputusan pilihanraya di P.36 tu kot..buat tak reti lagi, aku tatau laa..
No comments:
Post a Comment