Monday, May 10, 2010

Memoir Hari Ibu


Semalam adalah Hari Ibu. Tapi aku terlupa nak update blog..bila terdengar radio hot FM pagi tadi, baru teringat balik..at least, aku ada call Umi semalam untuk wish dia Selamat Hari Ibu..dan InshaAllah akhir bulan ni, kami sekeluarga akan pulang menjenguk di kampung.

Sebenarnya setiap kali hari Ibu, hati aku sayu..sayu kerana selama ini aku tidak pernah menghargai kasih ibu. Bukannya aku durhaka, cuma aku kurang bersyukur..sering menghampakan beliau..tapi bak kata gambar di atas, kasih Ibu untuk selamanya..Umi tidak pernah berhenti dari menyayangi aku..

Aku ni anak bongsu..paling last orang kata..dan paling manja juga..ye aku mengaku, time kecik aku memang sangat manja..skrg nih, manja tu dah hampir tak wujud..ye laa dah jadi bapak orang, manja kejadahnya lagi..kannn??? Kenapa aku jadi macam tu??

Beza umor aku ngan kakak kat atas aku pon dah 7 tahun, cukup jauh..sebab itu mereka melayan aku seumpama 'adik kecik' mereka dan aku sentiasa dimanjakan mereka..selamanya tidak akan menjadi kawan mereka..

Jadi, disebabkan hal ini, aku membesar dengan kawan-kawan..segala perilaku dan pemikiran, adalah dipengaruhi kawan-kawan..tapi nasib baik jugak, kawan-kawan aku semuanya jenis yang baik-baik..takdak buat perangai pelik-pelik..so, family dah jatuh no 2.

Lepas tu, time sekolah menengah plak, aku masuk MRSM..jauh lagi dari Umi dan family..aku rasa bebas..apa yang aku tahu time ni..mintak duit ngan umi sebab nak makan McDonald dan KFC time outing..taknak kalah ngan kawan-kawan yang lain..konon-konon aku pon loaded...

Lepas MRSM, masuk plak Universiti...lagi laa rasa bebas..dah pandai ayat awek..
Dulu kat MRSM sebab still ada cikgu, terkawal laa jugak..bila dah masuk Universiti, sukati korang nak pegi kelas ke tak..lagilaa haru..kekadang kalau kelas kul 8 pagi, memang telah dianggap 'tidak hadir'..kalau pegi kelas tu..memang sesuatu perkara yang pelik..

So, korang kira laa..dari aku umor 12 tahun hingga aku umur 23 tahun..aku membesar dengan kawan-kawan dan adakah kawan-kawan manjakan kita..harammm..haikk ptuihh..

Dan aku juga akui aku tak ambik pot pon tentang family..cuma yang pasti, aku tahu aku sayang family aku..setiap kali Hari Raya, aku tahu aku kena ada di samping keluarga aku..but still aku masih tidak mengerti akan erti kasih sayang yang mereka limpahkan pada aku..

Dan, tibalah masanya untuk aku bekerja..Umi jugak yang bersusah payah, untuk mendahulukan duit muka untuk kereta yang aku lenjan sampai ke hari ini..

Lepas tu, aku gatal nak menikah..Umi jugak yang bersusah payah..berpenat lelah..berkorban wang ringgit demi memastikan majlis kawin aku sempurna..bukannya aku tak cukup duit..aku dah cukup berdikari untuk tidak menyusahkan orang lain, tapi Umi jugak berkeras nak sponsor itu dan ini..

"ko tu nak guna banyak lagi duit lepas ni"..katanya..

Time bini aku nak beranak..sanggup dia datang tunggu kat umah aku di KL walaupon kesihatan Umi dan Abah tak begitu baik..dan time bini aku abih berpantang, sanggup lagi dia follow kami balik KL dan stay dengan kami selama 2 bulan demi nak jaga cucunya..bukannya mereka takdak cucu..dah 13 cucu diaorang..

Bila teringatkan pengorbanan mereka, aku secara automatiknya akan jadi sebak..

Pada aku, Umi adalah ibarat seorang malaikat..malaikat yang diutuskan untuk menjaga kami sekeluarga..yang akan berkorban demi kami sekeluarga..yang tidak akan berhenti dari menyayangi kami sekeluarga..

Oleh itu, SELAMAT HARI IBU wahai Puan Rahmah binti Yusoff..tiada yang dapat aku buat untuk membalas jasa-jasa mu..hanya memanjatkan doa kepada Tuhan agar terjaga kesihatan dan dipanjangkan umur..supaya dapat aku bersama mu lebih lama di dunia ini..Amin

2 comments:

Maymel said...

Amin!

adilarha said...

selalu saja menyentuh jika kita mengingat sosok ibu....