Sebenarnya, sepanjang hidup aku tak pernah hiraukan artis tempatan sebab pada aku mereka takdak masa depan..dan syok sendiri sebab mereka tak berani pegi ke peringkat lebih jauh tapi kekwat lebeh..dan sebab tu jugak aku rasa band Indon lebih menyerlah dari artis kita..
Tapi lepas aku keluar dari universiti..pandangan aku mula berubah..aku dah start nampak beberapa artis yang memang boleh pegi jauh seperti 2 Phat (sayangnya mereka dah breap-up), Reshmonu, Jaclyn Victor,Aizat, Yuna dan Zee Avi.
Lagi salah sorang daripada mereka yang aku nak celoteh kali ini ialah Faizal Tahir. Artis fanatik Superman ni, aku tengok masa final One in A Million..kalau tak kerana undi yg sikit, rasanya dialah yang layak jadi johan malam tu..
Lepas dari tu, aku mula follow perkembangan karier mamat ni..sejak album pertama dia "Aku, Muzik, Kamu" keluar aku dah beli..original okey...ada sesetengah orang, minat setengah mati, tapi tang beli album still yang cetak rompak lagi..
So, minggu lepas aku beli Album kedua FT : Adrenalin. Not bad at all..Kualitinya lebih kurang album pertama sahaja..cuma aku tak puas ati, lagunya sikit sangat..ada 10 lagu saja dalam album kali ni..
Track pertama 'Adrenalin' dah cukup membakar semangat aku..kemudian lagu 'Superhero' pun boleh tahan 'layan' jugak..
Album ini jugak memuatkan lagu yang dah femes seperti 'selamat malam' dan 'Bencinta'.
Tapi lagu yang paling aku suka adalah lagu "Hanyut"..aku rasa lagu ini akan top carta nanti..dan bagi orang bercinta, memang sesuai korang tujukan lagu ini kepada yang tersayang..
Kekuatan album ini adalah dari vokal Faizal Tahir sendiri..seolah-olah muzik tu hanya mengiringi suaranya yang unik..
Namun dari segi kelemahan, lirik dalam album nih seolah-olah di'recycle' kerana Faizal Tahir sentiasa mengulangi rangkap yang sama dalam kebanyakkan lagu-lagunya terutama perkataan 'aku' dan 'kamu'.
Overall, aku boleh bagi rating 4 bintang untuk album ini.. bagi sapa yang belum lagi memilikinya, silalah beli...jangan pinjam, burn atau download aje..kesian artis..bagai nak tercabut anak tekak..skali orang ciplak..harga album ni baru RM29.90, very affordable..
P/S: Prinsip aku, kalu album/movie tempatan, aku akan support dengan beli yang original..tapi kalu bukan tempatan, pandai-pandai korang laa yee..
4 comments:
ooooooo
oh saya juga sudah ada saya suka Track 5 Hanyut sangat sedap..tangkap leleh
saya pun ader cd nie..saya suka Track 5 hanyut..sangat sedap
Post a Comment