Sekembalinya aku dari Rompin (Program Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan), aku mengambil cuti keesokkan harinya untuk meluangkan masa bersama keluarga. Bini aku dah tempah tiket ni dari tahun lepas lagi..and to be honest, since we are married, we never go anyplace for vacation. Hanya follow aku outstation je..kesian kat dia kan..
So, selain Penang, Langkawi juga merupakan antara tempat yang dia belum pernah jejak kaki lagi..nak naik MH, tak dapek laa sebab time booking tuh, harganya dah mahal..so, naik Kunang-kunang aje laa..Lagipon, dah lama aku tak pegi Langkawi nih, last aku sampai sini pon time jadi Liaison Officer untuk LID pada tahun 2007.
Ni gambar diambil sejurus selepas kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Emi pun masih dalam mode mamai lagi..
Sampai aje kat balai ketibaan, ramailah ajen-ajen pelancongan menawarkan best package diaorg..padahal bila aku survey semuanya sama aje..hehehe. First thing, cari keta sewa dan tempat menginap..bini aku dalam kepala dia dah nampak kedai dah..akhirnya selepas fikir keta apa nak diambil dan tempat mana nak tinggal..kami pilih keta Toyota Altis (RM240 utk 3 hari) dan Langkasuka Beach Resort (RM170 sehari). Memang plannya untuk sampai sebelum Chinese New Year sebab memang diketahui umum, harga keta sewa dan bilik hotel akan naik berganda-ganda..
Cuaca di sana sungguh cerah dan panas..Lepas check-in dan menyegarkan diri, kami terus ke Pekan Kuah kerana bonda ku dah pesan suruh beli kamera digital..bajet tak lebih RM500. Akhirnya, aku yang beli DLSR (baca post aku sebelum ni) dan aku beri kamera digital lama aku kat mak aku..takyah bayar..FOC.
Lepas je bali kamera, aku bawak bini dan anakku pegi lepak tepi pantai Chenang. Gambar kat bawah ni diambil menggunakan Nikon D3000 baruku..huhuhu..testing power laa katakan..
Malamnya, kami dinner di kedai Hj. Jailani..kat sana semua pekerja dia orang Siam..sampai bil yang kami makan pun tulih dalam bahasa Siam..tapi biasalaa masakan Siam, mesti sedap punya..makan plak Siakap 3 rasa..perghh..terangkat!
Balik bilik, semua dah penat..akhirnya terbongkang mcm ni..hahahaha..
1 comment:
hm...bukan hj.jauhari atau hj jailani...hj jelani,sayang!hahahha...
Post a Comment