Monday, February 15, 2010

Interview

Bulan lepas aku berpeluang untuk menemuduga calon-calon yang telah disenarai pendekkan oleh Kementerian aku untuk dilantik..dan untuk pengetahuan semua, jawatan-jawatan yang boleh dilantik sendiri oleh Kementerian hanyalah dari Kumpulan Sokongan II sahaja.

Apa yang menarik kali ini adalah temuduga ini diadakan di Kuching, Sarawak dan di Kota Kinabalu (KK), Sabah. Tapi, aku sebenarnya adalah pengganti kepada pegawai lain..kerana isterinya sedang sarat mengandung dan hanya menuggu masa untuk bersalin..

So, 1st spot, Kuching, Sarawak..owh ya..kebiasaannya urusan temuduga ini dibuat dengan sekurang kurangnya 2 orang panel..Seorang pengerusi dan seorang ahli..atleast..kali ni aku jadi Pengerusi dan kawan sepejabat aku jadi Ahli..

Nak dijadikan cerita, dia orang Sarawak...dan tidak pernah pergi ke KK. Aku pula sentiasa ke KK (yelaa dah bini orang KK) dan baru sekali ke Kuching...setibanya di Kuching, Christoper (nama sebenar) atau Cris (nama glemer) ambik aku di Airport..dan bawa aku ke Hotel Hilton, Kuching..

Lepas aje check in, dia terus bawak aku ke Gua Hantu atau dalam bahasa Inggerisnya, Fairy Cave..

Aku tanya Cris, apsal BM Gua Hantu dan BI nya Fairy Cave?? Bukannya Fairy tu Bidadari??
Dia jawab dengan tenang, " Kalau letak nama Ghost Cave, mana ada pelancong nak datang, bro.."
Hmm..logik jugak penjelasan tu..



Lepas interview di Kuching, terus kami naik flight ke KK..setibanya di KK, kami check in di Promenade Hotel..pegi makan dan berehat kerana esok ada lagi urusan temuduga di KK pulak..

Alhamdulillah, temuduga di KK berjalan lancar dan pantas..banyak masa untuk jalan-jalan sebab flight ke KL pukul 7 malam..So, sebagai membalas budi Cris bawak aku pegi jalan-jalan di Kuching, aku pon bawak dia jalan-jalan di KK plak..dia kata KK lagi cantik dari Kuching tapi Kuching lebih bersih dari KK..yang tu aku setuju..

Overall..ni antara outstation aku yang agak enjoy..sebab ada masa untuk pegi jalan-jalan..looking forward for the next interview session..


No comments: