Tuesday, September 02, 2008

Ramadhan Datang Lagi

Hari ini hari kedua di bulan September. Ini 'post' pertama aku untuk September. Rasanya dah lama tak menulis dek kesibukan dengan tugas di opis.

Hari ini hari kedua bulan Ramadhan dan hari kedua jugalah umat Islam berpuasa. Semalam hari pertama kami berpuasa, hari pun cuti umum kerana menyambut Kemerdekaan ke-51. Alhamdulillah..tidak laa jugak lesu di hari pertama.

Tapi, fikiran jauh melayang di kampung halaman. Rasanya lauk pauk di sana lebih sedap dari makanan di Kuala Lumpur walaupun resepinya sama. Air tangan ibu tidak sama dengan air tangan mamak di kedai. Rindu rasanya untuk berbuka puasa di sana...

Nasib baik aku di sini tidak keseorangan. Aku ada isteri yang setia menemani ku tatkala susah tatkala senang, dan aku ada anak perempuan ku yang comel yang sentiasa membuatkan ku tersenyum walaupun hati gundah gulana. Kamulah jantung kehidupanku.

Petang ini, kami masih tidak tau apakah juadah berbuka puasa kami. Semuanya bergantung kepada ku namun aku juga bergantung kepada sang peniaga menjual juadah yang diingini.

Janji Allah, rezeki ada untuk mereka yang berpuasa. Aku yakin. Rezeki kami juga ada. Walau tidak mewah, tapi cukuplah sekadar kenyang. Itulah yang dituntut agama.

Dan itulah ertinya puasa......

No comments: