Wednesday, September 10, 2008

Empty

Tried to take a picture
Of love
Didn't think I'd miss her
That much
I want to fill this new frame
But its empty
Tried to write a letter
In ink
Its been getting better
I think
I got a piece of paper
But its empty
Its empty

Maybe we're trying
Trying too hard
Maybe we're torn apart
Maybe the timing
Is beating our hearts
We're empty

Layan jugak aku lagu boyband nie..selepas kegemilangan era Rock n Roll dan Heavy Metal seperti kumpulan Scorpion, Metallica, The Offsprings..kemudian muncul pula Nirvana, dengan menonjolkan imej grunge (menatang apa grunge nie, aku pun tak tau). Lepas penyanyi dia bunuh diri, keluar pulak pelbagai kumpulan mcm New Kids On The Block, BackStreet Boys. Haa..time nie dah start era boyband..Lepas boyband, keluar plak rap..irama ni digemari oleh orang kulit hitam Amerika (memang dimonopoli oleh geng-geng ni pun)

Eh..dah melalut dah nie..nanti aku citer pasal industri musik di lain post. Sekarang ni tajuk post nie "Empty"..sama macam jiwa aku..kosong..

Ntah aa, aku pun tak tahu mengapa sejak dua menjak nie aku macam dah takleh fokus dalam kerja-kerja yang aku buat..nak kata tak cukup rehat, dah banyak cuti aku ambik..nak kata gaji tak cukup..hmm memang laa tak cukup sebenarnya tapi boleh laa kalau nak hidup tu..setakat nie takde lagi laa aku sekeluarga tak makan..aku pun tak tahu apa yang tak cukup dalam hidup aku sekarang nie..

Yang aku perasan, aku start jadi begini selepas kelahiran Emi, sifat 'protective' aku jadi makin tebal..tanggungjawab aku pun bertambah..malam dah tak berapa lena tidur..pegi keja pun bila pukul 4.30 ptg dah rimas nak balik..

Memang aku takde masalah dengan kerja..apa yang aku buat selama ni adalah 'best subject' aku..aku sayang organisasi aku..buat masa sekarang, tak terfikir aku nak berpindah ke Kementerian lain.

Mungkin, aku cuma ingin lebih dekat dengan keluarga. Walau tidak dengan ibu dan ayah, cukup sekadar anak dan isteri.

Mungkin juga ini dilema biasa bagi bapa muda..hormon tak stabil..emosi tak menentu..

Atau mungkin inilah yang dipanggil 'kemurungan' ..

Ah..damn..but the thoughts of seeing our counselor is the last thing in my mind...

2 comments:

Maymel said...

hm...you should do something bout it sayang....It's been ages u dont play golf since emi born,maybe you can start it again ...the REAL golf not the PS2 golf or labtop games..hehehehe...

X-weatherman said...

Yeah, you're right dear. I got to do something about it. I haven't get into serious sport after joining M***I.