Sunday, September 21, 2008

Kenaikan Pangkat

Kenaikan pangkat adalah satu cara penghargaan kepada pekerja yang layak i.e menunjukkan prestasi yang bagus, pekerja paling kanan di tempat kerja..Walaubagaimanapun, kenaikan pangkat bukanlah hak seseorang individu tetapi pemberian..



Selama hampir 4 tahun, salah satu 'core business' aku adalah Pengurusan Kenaikan Pangkat. Pengurusan Kenaikan Pangkat ini termasuklah pemangkuan dan kenaikan pangkat.

Pemangkuan
Urusan Pemangkuan biasanya dibuat apabila calon masih tidak layak untuk diperakukan untuk kenaikan pangkat, dan juga sebagai tempoh percubaan samada calon dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.
Seseorang calon layak diperakukan untuk memangku apabila dia telah disahkan didalam gred hakikinya. Seperti contoh seseorang pegawai gred 41 telah disahkan didalam jawatan, maka dia layak untuk diberikan pemangkuan dengan syarat ada kekosongan di gred yang lebih tinggi yakni di gred 44. Pada ketika ini, calon tidak perlu lulus PTK, namun jika calon lulus lebih awal, ini merupakan satu kelebihan.
Di peringkat pemangkuan, calon akan menerima elaun memangku dengan formula:
Elaun memangku = (gaji P1T1 gred yang dipangku - gaji hakiki yang diterima)

Kenaikan Pangkat
Apabila calon telah memangku sekurang-kurangnya 6 bulan dan telah lulus peperiksaan PTK, maka dia telah layak untuk dinaikkan pangkat yakni disahkan didalam gred yang dipangkunya.
Apabila telah dinaikkan pangkat maka gaji yang akan diterimanya haruslah diselaraskan supaya tidak berlaku kerugian kepada pegawai tersebut.

Begitu lah serba sedikit cerita mengenai kenaikan pangkat ni..tapi menjadi seorang yang menguruskan kenaikan pangkat bukanlah semudah dan se'best' yang disangka. Andalah tempat makian jika pemangkuan atau kenaikan pangkat lambat diterima oleh pegawai.

Perkataan 'terlepas pandang' pula merupakan 'taboo' dan akibatnya sangatlah berat..

Dan selepas hampir 4 tahun mengendalikan pengurusan kenaikan pangkat, aku dah jadi lali dengan semua tu..menyampah pun ada...

Akhirkata, ingin aku katakan kepada semua dan telah aku nyatakan di awal post ini..
"kenaikan pangkat adalah pemberian bukannya hak"

P/S: Kot ye baru comfirm 41 takyahlaa nak ngadu ke peringkat atasan, lambat dinaikkan pangkat...

2 comments:

hanz said...

1 info yang bagus... ilmu utk PTK...

cuma ada 1 soalan berkaitan dengan Pemangkuan.

Ada Pekeliling Perkhidmatan Bil 17 Tahun 2007 Mengenai Peraturan penanggungan kerja pada masa ini adalah berpandukan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 1993 yang menjelaskan Peraturan Mengenai Pemangkuan Dan Penanggungan Kerja.

Antara syarat:-

Sekiranya tiada pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan, pegawai yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya setahun boleh diperakukan

Persoalan disini, adakah syarat tersebut terpakai untuk pemangkuan?

terima kasih atas pandangan.

X-weatherman said...

Encik/Puan Hanz,

Syarat untuk pemangkuan adalah sekurang-kurangnya disahkan dalam perkhidmatan untuk gred hakiki pegawai tersebut. Jika dalam masa setahun, pegawai tersebut sudah disahkan dalam perkhidmatan, maka by right,beliau sudah boleh diberi pemangkuan.

Akan tetapi, amalan yang digunapakai sekarang adalah sekurang-kurangnya telah berkhidmat 3 tahun untuk mengambil kira pengalaman bekerja pegawai tersebut..so that, orang tak kata dia 'hijau' sangat.

**Contoh di atas utk pegawai gred 41 ke gred 44 sahaja**