Thursday, August 14, 2008

Ikrar Perkhidmatan Awam

Selepas tiba dari Terengganu pada Ahad yang lalu, aku terus mempersiapkan diri untuk mengendalikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) untuk Kementerian aku.

Aku ucapkan tahniah kepada bos aku dan staf kami kerana telah melakukan kerja yang baik dalam menjayakan majlis ini dari segi persiapan maupun pada hari Majlis tersebut.



Acara wajib yang harus dilakukan dalam Majlis ini adalah Pembacaan Ikrar Perkhidmatan Awam yang lebih menjurus kepada ikrar untuk mengurangkan perbuatan rasuah.

Pada aku, ikrar ini adalah suatu sumpah kita kepada suatu pihak yang lain dan diri kita sendiri untuk mematuhi sumpah yang dimeterai. Namun, sehingga ke hari ini, kedudukan negara dalam Indeks Penunjuk Rasuah (CPI) terus merudum. Setiap hari ada sahaja cerita berkenaan rasuah di kaca televisyen ataupun di media akhbar. Kenapa kah perkara ini terjadi?

Baru-baru ini, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor telah kehilangan dadah rampasan bernilai RM 2 juta yang disimpan di dalam bilik bukti. Setahu aku, Polis Di-Raja Malaysia antara pasukan yang paling cekap di dunia. Pun hilang jugak..hairan??

Tidak kurang juga Ketua-Ketua Jabatan yang bergred Utama didapati bersalah atas tuduhan rasuah.

Kedengaran di dalam pemilihan pemimpin negara pun, rasuah juga wujud.

Jadi apakah signifikannya perbuatan ikrar itu?

No comments: