Thursday, August 14, 2008

Guane Gamok Awok Kiter

Rasanya dah dekat dua minggu aku x update. So, kali nie aku letak 'bundle' terus.

Balik Kampung

Minggu lepas aku balik ke negeri tercinta, Terengganu Darul Iman. Balik dengan pelbagai misi. Hantar Mi dan Abah. Depa dah rindu kat anak cucu yang ramai di Terengganu. Lagipun musim buah masih 'on' di sana. Sempat jugak aku merasa saki baki durian dan manggis di kebun kami. Rambutan tak berapa menjadi pulak tahun nie.


Kawin

Salah satu agenda aku balik kampung adalah untuk menghadiri kenduri kawin Anna. Anna akhirnya sah menjadi isteri orang. Alhamdulillah. Harapnya berkekalan hingga ke akhir hayat.

P/S: MB Terengganu pun ada datang...tapi tak pasti plak datang dengan Merc barunya atau tidak.

Gossip

Sebut tentang kawin, teringat pulak mengenai kawan selebriti aku yang kawin dilayar perak disebabkan suatu pertandingan realiti tidak lama dahulu. Dari mulutnya, dia memberitahu adiknya bakal melangsungkan perkahwinan dalam bulan Ogos jugak.

Wah..'why so sudden"??

Adik dia baru 22 tahun..ustazah pulak tuh..dan baru je balik dari menunaikan umrah...

Umrah?? Ustazah?? 20-an?? Did it rings any bells??? Hahaha..lu pikir laa sendiri..

Mungkin sudah jodohnya..itu kuasa Allah. Juga diharapkan berkekalan laa kali nie..

Buat bakal pengantin lelaki..Lu jaga bebaik adik kawan gua nih..kalu tak lobam bijik mata ko!!


Politik

Datok Seri Anuar Ibrahim (DSAI) akan bertanding di Permatang Pauh selepas isterinya, Datin Seri Wan Azizah telah meletakkan jawatan bagi membolehkan DSAI bertanding. Lagipun pada asalnya nie memang kawasan DSAI pun..



Lawannya kali nie, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah.

Pilihanraya dijangka akan dijalankan pada 26 Ogos ini.

Sukan

Semalam Terengganu dibelasah oleh Kedah 3-0 dalam pertemuan pertama separuh akhir Piala Malaysia.
Walaupun kecewa, tapi aku masih belum putus harapan. '2nd leg' masih boleh belasah balik 4-0 atau lebih..Peteh Teranung Peteh!!!!

Kerja
Selepas balik dari Terengganu, aku mendapati kerja yang berlambak menunggu aku.
Arghhh tensen!!!

No comments: