Sunday, February 21, 2010

Family Trip Part 3 : Langkawi day 1

Sekembalinya aku dari Rompin (Program Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan), aku mengambil cuti keesokkan harinya untuk meluangkan masa bersama keluarga. Bini aku dah tempah tiket ni dari tahun lepas lagi..and to be honest, since we are married, we never go anyplace for vacation. Hanya follow aku outstation je..kesian kat dia kan..

So, selain Penang, Langkawi juga merupakan antara tempat yang dia belum pernah jejak kaki lagi..nak naik MH, tak dapek laa sebab time booking tuh, harganya dah mahal..so, naik Kunang-kunang aje laa..Lagipon, dah lama aku tak pegi Langkawi nih, last aku sampai sini pon time jadi Liaison Officer untuk LID pada tahun 2007.


Ni gambar diambil sejurus selepas kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Emi pun masih dalam mode mamai lagi..

Sampai aje kat balai ketibaan, ramailah ajen-ajen pelancongan menawarkan best package diaorg..padahal bila aku survey semuanya sama aje..hehehe. First thing, cari keta sewa dan tempat menginap..bini aku dalam kepala dia dah nampak kedai dah..akhirnya selepas fikir keta apa nak diambil dan tempat mana nak tinggal..kami pilih keta Toyota Altis (RM240 utk 3 hari) dan Langkasuka Beach Resort (RM170 sehari). Memang plannya untuk sampai sebelum Chinese New Year sebab memang diketahui umum, harga keta sewa dan bilik hotel akan naik berganda-ganda..

Cuaca di sana sungguh cerah dan panas..Lepas check-in dan menyegarkan diri, kami terus ke Pekan Kuah kerana bonda ku dah pesan suruh beli kamera digital..bajet tak lebih RM500. Akhirnya, aku yang beli DLSR (baca post aku sebelum ni) dan aku beri kamera digital lama aku kat mak aku..takyah bayar..FOC.

Lepas je bali kamera, aku bawak bini dan anakku pegi lepak tepi pantai Chenang. Gambar kat bawah ni diambil menggunakan Nikon D3000 baruku..huhuhu..testing power laa katakan..

Malamnya, kami dinner di kedai Hj. Jailani..kat sana semua pekerja dia orang Siam..sampai bil yang kami makan pun tulih dalam bahasa Siam..tapi biasalaa masakan Siam, mesti sedap punya..makan plak Siakap 3 rasa..perghh..terangkat!


Balik bilik, semua dah penat..akhirnya terbongkang mcm ni..hahahaha..


Gajet Baru

Gajet adalah perkataan yang diambil dari perkataan inggeris "gadget" yang bermaksud pekakas yang berguna..namun perkataan gajet sebenarnya belum lagi dimasukkan ke dalam kamus dewan (last aku check dalam kamus dewan edisi ke-4).

Baru-baru ni, aku telah membeli satu gajet baru yang dulunya aku rasa tak perlu (sekarang pun tak berapa perlu sebenarnya) semasa aku bercuti ke Langkawi (akan diceritakan dalam post akan datang : Family trip part 3 - Langkawi)

Gajet itu adalah sebuah kamera DLSR (Digital Single Lens Reflex) berjenama Nikon D3000. Kamera ini adalah replacement model bagi D40 dan D60 dan sememangnya bagus untuk beginner macam aku nih..Dalam jenama Nikon aku rasa ni yang paling murah..murah tak murah pon, harganya mencecah 2 riban jugak..

So, lepas nih harap-harapnya entry aku akan lebih diserikan dengan gambar-gambar bermutu tinggi..hehehe




Gambar ehsan aku cilok dari mudah.

Wednesday, February 17, 2010

Program Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan

Lepas aje aku balik dari Penang (ari Jumaat), terus aku kena pergi ke Rompin..lebih tepatnya di Summerset Resort, Rompin untuk satu program yang dinamakan Program Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan.

Fuhh...dengar nama program aje dah ngeri..tapi rupanya program ni lebih kepada team building aje..tapi menyeronokkan..jika anda semua follow dengan hati yang terbuka serta niat untuk enjoy sambil belajar..

Atleast aku tak laa boring sangat sebab ada geng-geng se-opis (geng merokok) pun sama kena pegi kursus ni..

Dari segi pengisian program ini, memang best dan banyak perkara yang membuka minda dapat aku pelajari...

Nak diceritakan disini memang tak tido malam laa aku nak tulis semua..tapi dari masa ke semasa aku akan kongsikan dengan para pembaca semua melalui post-post aku di masa akan datang..sharing is caring kan..

Tapi, aku memang takde ambik gambar sepanjang kursus ni diadakan..so sorry guys..

Family Trip Part 2 - Penang

Awal Feb...tetiba bos suruh pegi Penang..ada meeting katanya..

"Kat mana?"
"Ipharm"

So, aku balik cakap ngan bini aku..

Menatang apa Ipharm tuh? Bini aku tanya...Kebun buah ka??


Bukan..Ipharm tuh singkatan bagi Institut Farmasi..ni projek usahasama MOSTI ngan USM..so, kami ada lawatan tapak..kena laa pi sana..

"Nak ikut.."

Memandangkan bini aku memang tak pernah jejak kaki ke bumi Penang ni..aku pon suruh laa packing baju.

Ipharm nih letaknya di Bukit Jambul..kira dekat laa dengan USM tempat aku menimba ilmu aku dan mendapatkan segulung ijazah dulu...

Setibanya di Penang, terus aku menuju ke Vistana Hotel..antara hotel yang aku tahu dekat dengan Bukit Jambul tuh (dan lepas kelayakan untuk aku claim)..malam tu kami dinner di Kayu Nasi Kandar..dan berehat..penat oo..drive jauh jugak tuh.

Keesokkan harinya, setelah selesai tugas rasmi dalam pukul 4 petang, aku pon bawak laa family jalan-jalan..antara tempat aku aku bawak..of course lah di Batu Feringgi..


Sebab kami sampai dah petang, sempat jugak laa menikmati suasana matahari terbenam di pantai Batu Feringgi tuh...


Malam tu kami makan Char Kue Tiaw di Sani Char Kue Tiaw yang berada di Tokong Ular, Bayan Baru..sebelum tu sempat jugak laa aku bawa family aku round-round pulau..tunjuk tempat-tempat aku merempit dulu..

Overall, bini aku kata Penang ni okay laa..cuma sangat crowded dan susah nak cari makanan melayu..semua dia dok tengok kari aje memanjang..dia respek laa macamana aku bole tahan 6 tahun kat Penang..

Yelaa..aku dulu dah boring makan nasi kandar, aku hentam Maggie je..tapi perisa kari jugak...hehehe

P/S: Kepada Sme, Mizi dan Izzi..sori aku x habaq kat korang aku datang..kejap sangat dan aku ada urusan rasmi..nanti kalu aku datang memang utk bercuti dan lama skit, comfirm aku roger kat korang..

Monday, February 15, 2010

Selamat Pengantin Baru, JR

Aku sebenarnya dah lupa tarikh nya sehinggalah Izi telefon aku mengatakan yg dia dah ada kat KL untuk kenduri kawin JR..so, petang tu aku pegi laa lepak sama-sama dan malamnya kami buat family dinner bersama-sama..bukan selalu kami jumpa..rasanya dah dekat 6 tahun kami tak makan-makan mcm tu..





Then, keesokkan harinya..kami konvoi beramai-ramai ke Dengkil (sesat pun beramai-ramai) untuk mengucapkan tahniah kepada JR..

Welkam to the club bro..



Family Trip Part 1 - Bukit Tinggi

Sebenarnya dalam masa sebulan dua ni banyak jugak aku bawak family aku jenjalan ke sana sini..

Time ni, kami rasa boring dan tak tahu buat apa..so, both of us tak pernah sampai ke Bukit Tinggi, then apa lagi...

the picture tells a thousand words..


Interview

Bulan lepas aku berpeluang untuk menemuduga calon-calon yang telah disenarai pendekkan oleh Kementerian aku untuk dilantik..dan untuk pengetahuan semua, jawatan-jawatan yang boleh dilantik sendiri oleh Kementerian hanyalah dari Kumpulan Sokongan II sahaja.

Apa yang menarik kali ini adalah temuduga ini diadakan di Kuching, Sarawak dan di Kota Kinabalu (KK), Sabah. Tapi, aku sebenarnya adalah pengganti kepada pegawai lain..kerana isterinya sedang sarat mengandung dan hanya menuggu masa untuk bersalin..

So, 1st spot, Kuching, Sarawak..owh ya..kebiasaannya urusan temuduga ini dibuat dengan sekurang kurangnya 2 orang panel..Seorang pengerusi dan seorang ahli..atleast..kali ni aku jadi Pengerusi dan kawan sepejabat aku jadi Ahli..

Nak dijadikan cerita, dia orang Sarawak...dan tidak pernah pergi ke KK. Aku pula sentiasa ke KK (yelaa dah bini orang KK) dan baru sekali ke Kuching...setibanya di Kuching, Christoper (nama sebenar) atau Cris (nama glemer) ambik aku di Airport..dan bawa aku ke Hotel Hilton, Kuching..

Lepas aje check in, dia terus bawak aku ke Gua Hantu atau dalam bahasa Inggerisnya, Fairy Cave..

Aku tanya Cris, apsal BM Gua Hantu dan BI nya Fairy Cave?? Bukannya Fairy tu Bidadari??
Dia jawab dengan tenang, " Kalau letak nama Ghost Cave, mana ada pelancong nak datang, bro.."
Hmm..logik jugak penjelasan tu..



Lepas interview di Kuching, terus kami naik flight ke KK..setibanya di KK, kami check in di Promenade Hotel..pegi makan dan berehat kerana esok ada lagi urusan temuduga di KK pulak..

Alhamdulillah, temuduga di KK berjalan lancar dan pantas..banyak masa untuk jalan-jalan sebab flight ke KL pukul 7 malam..So, sebagai membalas budi Cris bawak aku pegi jalan-jalan di Kuching, aku pon bawak dia jalan-jalan di KK plak..dia kata KK lagi cantik dari Kuching tapi Kuching lebih bersih dari KK..yang tu aku setuju..

Overall..ni antara outstation aku yang agak enjoy..sebab ada masa untuk pegi jalan-jalan..looking forward for the next interview session..


Saturday, February 13, 2010

Chinese New Year


Besok kaum Cina di seluruh dunia menyambut Tahun Baru Cina..di Malaysia pun tiada bezanya dengan orang lain..cuma di sini, semua kaum menyambutnya sebab Tahun Baru Cina merupakan cuti umum. So, semua orang tak kira Melayu, Cina atau India..akan mengambil peluang ini untuk balik kampung..

Tahun ini merupakan tahun Harimau..bapak aku pon lahir pada tahun harimau..so, no wonder laa kenapa dia garang..tapi sekarang sudah 6 kali pusingan tahun harimau untuknya..bermakna bapak aku sudah berusia 72 tahun.

Tahun ini, aku tak balik kampung pada Tahun Baru Cina..semalam aku baru je sampai ke rumah dari bercuti dari Langkawi..sebelum tu aku di Rompin, sebelum tu lagi aku di Penang..so, sebab tu laa aku lama x update blog (alasan lagi..)

So, I'm back...to all chinese, Happy Chinese New Year..