Monday, September 29, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Petang ini akan diadakan majlis melihat anak bulan untuk menentukan tarikh 1 Syawal. Walaupun Hari Raya Pertama sudah dapat diagak yakni pada lusa 1 Oktober, tapi sekali sekala berharap agar esok Hari Raya apa salahnya..hehe

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua pengunjung blog ini samada dikenali atau tidak..maafkan jika ada sebarang salah dan silap disepanjang penulisan saya dalam blog ini.

Akhir kata, bagi mereka yang baru start enjin kereta untuk pulang ke kampung, berhati-hatilah di jalan raya. Semoga selamat sampai bertemu sanak saudara bersama yang tercinta. Diharapkan AidilFitri tahun ini memberi seribu erti kepada semua.

Thursday, September 25, 2008

Balik Kampung

Esok kami sekeluarga akan memulakan perjalanan pulang ke Terengganu. ETD mungkin pada 1530 jam dan ETA dijangkakan pada 2300 jam.

Tak sabar rasanya aku ingin menikmati juadah tempatan di sana. Menaipnya saja di sini sudah membuatkan aku kecur. Dan aku juga rasa emak ku pun tidak sabar mahu berjumpa dengan cucunya.

Aku berdoa supaya perjalanan kami selamat dan dilindungi Allah. Amin.

Sunday, September 21, 2008

Kenaikan Pangkat

Kenaikan pangkat adalah satu cara penghargaan kepada pekerja yang layak i.e menunjukkan prestasi yang bagus, pekerja paling kanan di tempat kerja..Walaubagaimanapun, kenaikan pangkat bukanlah hak seseorang individu tetapi pemberian..



Selama hampir 4 tahun, salah satu 'core business' aku adalah Pengurusan Kenaikan Pangkat. Pengurusan Kenaikan Pangkat ini termasuklah pemangkuan dan kenaikan pangkat.

Pemangkuan
Urusan Pemangkuan biasanya dibuat apabila calon masih tidak layak untuk diperakukan untuk kenaikan pangkat, dan juga sebagai tempoh percubaan samada calon dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.
Seseorang calon layak diperakukan untuk memangku apabila dia telah disahkan didalam gred hakikinya. Seperti contoh seseorang pegawai gred 41 telah disahkan didalam jawatan, maka dia layak untuk diberikan pemangkuan dengan syarat ada kekosongan di gred yang lebih tinggi yakni di gred 44. Pada ketika ini, calon tidak perlu lulus PTK, namun jika calon lulus lebih awal, ini merupakan satu kelebihan.
Di peringkat pemangkuan, calon akan menerima elaun memangku dengan formula:
Elaun memangku = (gaji P1T1 gred yang dipangku - gaji hakiki yang diterima)

Kenaikan Pangkat
Apabila calon telah memangku sekurang-kurangnya 6 bulan dan telah lulus peperiksaan PTK, maka dia telah layak untuk dinaikkan pangkat yakni disahkan didalam gred yang dipangkunya.
Apabila telah dinaikkan pangkat maka gaji yang akan diterimanya haruslah diselaraskan supaya tidak berlaku kerugian kepada pegawai tersebut.

Begitu lah serba sedikit cerita mengenai kenaikan pangkat ni..tapi menjadi seorang yang menguruskan kenaikan pangkat bukanlah semudah dan se'best' yang disangka. Andalah tempat makian jika pemangkuan atau kenaikan pangkat lambat diterima oleh pegawai.

Perkataan 'terlepas pandang' pula merupakan 'taboo' dan akibatnya sangatlah berat..

Dan selepas hampir 4 tahun mengendalikan pengurusan kenaikan pangkat, aku dah jadi lali dengan semua tu..menyampah pun ada...

Akhirkata, ingin aku katakan kepada semua dan telah aku nyatakan di awal post ini..
"kenaikan pangkat adalah pemberian bukannya hak"

P/S: Kot ye baru comfirm 41 takyahlaa nak ngadu ke peringkat atasan, lambat dinaikkan pangkat...

Saturday, September 13, 2008

Its All About Numbers

I have a few interesting numbers to share. These numbers are quite related with me.

Numero Uno : 2

Well, I've made myself a promise. In these next 2 years, I will make this beauty in the picture be mine. I'm a big fan of Merc especially C200 Compressor.

2nd : 12
I am a subscriber to Time Magazine and Reader's Digest for quite a year now and receive the mags weekly for Time and monthly for Reader's Digest. But since I was busy with my life, I haven't got the time to read. So, yesterday after I put my daughter to sleep, I manage to finish 9 copies of Time and 3 from Reader's Digest. My head gone 'tepu' and I fall asleep too after that.

3rd: 44
Last week I heard good news about my confirmation but the letter is not yet received. If this is true, I can apply for my PTK3 ASAP..hehehe
4th: 700
This blog had reached its 700th visitors. Not much if you compared to "che det's" 6 million. But to me, it really worth it when somebody give a damn about what I've wrote. Thank you.
5th : 111,111
My car had gone his 111,111th kilometer this week. Its nearly 10 times the Earth diameter and nearly 1/3 the distance from Earth to Moon. Well, its a long journey for a car.


Wednesday, September 10, 2008

Empty

Tried to take a picture
Of love
Didn't think I'd miss her
That much
I want to fill this new frame
But its empty
Tried to write a letter
In ink
Its been getting better
I think
I got a piece of paper
But its empty
Its empty

Maybe we're trying
Trying too hard
Maybe we're torn apart
Maybe the timing
Is beating our hearts
We're empty

Layan jugak aku lagu boyband nie..selepas kegemilangan era Rock n Roll dan Heavy Metal seperti kumpulan Scorpion, Metallica, The Offsprings..kemudian muncul pula Nirvana, dengan menonjolkan imej grunge (menatang apa grunge nie, aku pun tak tau). Lepas penyanyi dia bunuh diri, keluar pulak pelbagai kumpulan mcm New Kids On The Block, BackStreet Boys. Haa..time nie dah start era boyband..Lepas boyband, keluar plak rap..irama ni digemari oleh orang kulit hitam Amerika (memang dimonopoli oleh geng-geng ni pun)

Eh..dah melalut dah nie..nanti aku citer pasal industri musik di lain post. Sekarang ni tajuk post nie "Empty"..sama macam jiwa aku..kosong..

Ntah aa, aku pun tak tahu mengapa sejak dua menjak nie aku macam dah takleh fokus dalam kerja-kerja yang aku buat..nak kata tak cukup rehat, dah banyak cuti aku ambik..nak kata gaji tak cukup..hmm memang laa tak cukup sebenarnya tapi boleh laa kalau nak hidup tu..setakat nie takde lagi laa aku sekeluarga tak makan..aku pun tak tahu apa yang tak cukup dalam hidup aku sekarang nie..

Yang aku perasan, aku start jadi begini selepas kelahiran Emi, sifat 'protective' aku jadi makin tebal..tanggungjawab aku pun bertambah..malam dah tak berapa lena tidur..pegi keja pun bila pukul 4.30 ptg dah rimas nak balik..

Memang aku takde masalah dengan kerja..apa yang aku buat selama ni adalah 'best subject' aku..aku sayang organisasi aku..buat masa sekarang, tak terfikir aku nak berpindah ke Kementerian lain.

Mungkin, aku cuma ingin lebih dekat dengan keluarga. Walau tidak dengan ibu dan ayah, cukup sekadar anak dan isteri.

Mungkin juga ini dilema biasa bagi bapa muda..hormon tak stabil..emosi tak menentu..

Atau mungkin inilah yang dipanggil 'kemurungan' ..

Ah..damn..but the thoughts of seeing our counselor is the last thing in my mind...

Sunday, September 07, 2008

Weekly snippet

I don't know why these few days my Celcom Broadband connection had failed me. It caused me less time in the net and updating this blog. Nevertheless, work life also been hectic for me.

Today, my baby Emi is five months old. She is even cuter than before, with a bit essence from me..hehe

A lot of things happen during this week.

1. Tan Sri A. Samad Ismail our hero, our fighter for independence had breath his last. Pak Samad was a journalist, a nationalist, pejuang bangsa , pejuang bahasa. He was a teacher, a leader. He fought to free this country from the shackles of colonialism. He helped free us as a nation. (I borrow these words from Rocky). Al-Fatihah.

2. Bajet 2009 had been announced by our 'beloved' PM. Thank God, we got our 'one month bonus'. There's a lot of good things in this 2009's Budget. Kudos..

3. I heard lots of rumours about our batch's promotion. I understand that we are due for our confirmation but promotion again?? Well, I wouldn't say no to it but I don't think its right as I still need to learn more about our core-business. For career-wise, it is excellent for me but it is bad for people's recognition as we are still considered as inexperienced.

Nway, its 7 Ramadhan 1429 Hijriah, Selamat Berbuka Puasa.

Tuesday, September 02, 2008

Ramadhan Datang Lagi

Hari ini hari kedua di bulan September. Ini 'post' pertama aku untuk September. Rasanya dah lama tak menulis dek kesibukan dengan tugas di opis.

Hari ini hari kedua bulan Ramadhan dan hari kedua jugalah umat Islam berpuasa. Semalam hari pertama kami berpuasa, hari pun cuti umum kerana menyambut Kemerdekaan ke-51. Alhamdulillah..tidak laa jugak lesu di hari pertama.

Tapi, fikiran jauh melayang di kampung halaman. Rasanya lauk pauk di sana lebih sedap dari makanan di Kuala Lumpur walaupun resepinya sama. Air tangan ibu tidak sama dengan air tangan mamak di kedai. Rindu rasanya untuk berbuka puasa di sana...

Nasib baik aku di sini tidak keseorangan. Aku ada isteri yang setia menemani ku tatkala susah tatkala senang, dan aku ada anak perempuan ku yang comel yang sentiasa membuatkan ku tersenyum walaupun hati gundah gulana. Kamulah jantung kehidupanku.

Petang ini, kami masih tidak tau apakah juadah berbuka puasa kami. Semuanya bergantung kepada ku namun aku juga bergantung kepada sang peniaga menjual juadah yang diingini.

Janji Allah, rezeki ada untuk mereka yang berpuasa. Aku yakin. Rezeki kami juga ada. Walau tidak mewah, tapi cukuplah sekadar kenyang. Itulah yang dituntut agama.

Dan itulah ertinya puasa......