Thursday, July 17, 2008

In the End

Pagi tadi aku berlepas dari rumah pukul 6.45 pagi. Selepas menghantar isteri tercinta ke pejabatnya, aku pula menuju ke destinasiku, Putrajaya.

Hampir sahaja tiba di hentian tol Sungai Besi, aku melihat kesesakan berhadapan dengan stesen minyak Nasional yang sama seperti minggu lepas.

Spontan aku bertanya dalam hati. "Ada 'road block' lagi ke nih?"
Memang tidak salah tekaan aku tu. Ada sekumpulan polis sedang membuat 'road block' umpama negara darurat.

Ngam-ngam pulak radio 'terhangat' sekarang sedang menyiarkan info trafik nya. Ada 12 'point' lagi di bandar Kuala Lumpur yang juga mengalami kesesakan akibat dari 'road block' yang dijalankan.

Aku sekali pun tak pernah menyalahkan pihak Polis Diraja Malaysia kerana aku tahu mereka hanya 'saya yang menurut perintah'.

Tapi, siapakah yang diburu??

Dengan kesesakan ini, semestinya kenderaan bermotor akan membakar minyak secara berlebihan. Ironinya akan membawa kepada pembaziran.

Hairannya, kenapa kehilangan Adik Sharlinie tidak pula dilakukan 'mass road block' sebegini memandangkan pihak yang Berkuasa mampu.

In the end..lu pikir laa sendiri!!!

No comments: