Tuesday, April 04, 2006

Melayu Kita & Kepinggiran Bahasa Melayu

Si A : Pukul berapa pameran ni dibuka dan bila ianya ditutup?
Si B : ermmm...it's 9am till 6pm sir.
Si A : Ooohh...saya perlu daftar ke utk nak masuk?
Si B : errrmm...masuk?..ohh yes, you have to register first to enter...

Pernahkah anda mengalami sesuatu seperti dialog di atas? Di mana ianya berlaku di negara kita sendiri. Apabila anda bertanyakan soalan dalam Bahasa Melayu, bangsa tempatan selain Melayu menjawab dalam bahasa Inggeris untuk kesenangan dirinya. Mungkin orang itu faham Bahasa Melayu tetapi susah untuk bertutur atau berlagak sombong untuk tidak bertutur dalam Bahasa Melayu. Tapi jika bangsa tempatan bukan Melayu itu berjumpa dengan sama bangsa dengannya, boleh pula bertutur dalam bahasa ibunda mereka.

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara Malaysia. Tapi di manakah terletaknya Bahasa kebangsaan itu sekarang? Mungkin anda juga pernah mengalami sesuatu di mana anda sampai segan untuk bertutur dalam Bahasa Melayu dengan bangsa tempatan bukan Melayu kerana mereka bertutur di dalam Bahasa Inggeris. Mengapa sampai jadi begitu sekali?

Ada juga orang Melayu, bila berjumpa sesama bangsa, mereka lebih banyak bertutur di dalam Bahasa Inggeris daripada bahasa ibunda sendiri. Mereka beranggapan bahawa "tak standard" bertutur dalam Bahasa Melayu. Bertutur dalam bahasa Inggeris adalah "high standard" bagi mereka. Mungkin inilah yang dikatakan "MELAYU MUDAH LUPA".

Mungkin juga disebabkan Melayu Mudah Lupa, bangsa tempatan bukan Melayu lain perlahan-lahan mengambil kesempatan. Sampaikan bangsa tempatan bukan Melayu itu telah mengiklankan iklan kerja kosong dan seperti biasa yang kita lihat sekarang, "prefered language : C******". Saya bukan sakit hati dengan bangsa tempatan bukan Melayu itu. Tapi saya sakit hati apabila syarikat org Melayu sendiri mengiklankan peluang pekerjaan dengan meletakkan, "prefered language : English". Mana Bahasa Melayu nya?Saya pernah mengalami temuduga di mana ianya adalah sebuah syarikat Melayu dengan pekerja semuanya Melayu. Tapi saya sedih apabila terkenangkan keadaan seperti dialog di bawah ini :-

Saya : Selamat Pagi Tuan.
Interviewer Melayu : Good Morning.
Saya : Do I have to speak in English or Malay?
Interviewer Melayu : English please. In our company, we only speak english.

Dalam hati saya, "go to hell with Melayu camni". Dengan bangsa sendiri pun buat camtu. Sampai bila bangsa Melayu dan budayanya nak maju dan diketengahkan ke peringkat antarabangsa? Kenapa bangsa tempatan bukan Melayu lain boleh pula bertutur dalam bahasa ibunda mereka semasa ditemuduga? Kenapa orang Melayu kita masih lagi nak jaga "standard" dengan bertutur bahasa asing? Mungkin disebabkan itu bangsa tempatan bukan Melayu lain semakin maju. Orang Melayu pula semakin mundur. Semakin hari bangsa tempatan bukan Melayu lain mengambil kesempataan di atas kemunduran orang Melayu.

Dan kini, orang Melayu kita terpaksa berbahasa Inggeris dengan bangsa tempatan bukan Melayu yg lain kerana bangsa tersebut tidak fasih bertutur dalam Bahasa Melayu. Bukankah ini seperti di bumi sendiri kepala kita dipijak?

Mungkin anda melihat borang pendaftaran Maxis ataupun bil telefon Maxis di mana ianya mempunyai dwibahasa, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Dan adakah anda sedar bahawa Bahasa Inggeris terletak di atas dgn font yg besar dan Bahasa Melayu terletak di bawah dgn font yang kecil. Mungkin bagi anda perkara ini kecil dan remeh temeh, tetapi inilah salah satu bukti semakin hari bangsa tempatan bukan Melayu lain mengambil kesempatan.Dan yang paling dikesali, kerajaan langsung tidak memandang serius terhadap perkara ini. Mungkin baru-baru ini sahaja ada sesetengah pihak telah mula memandang secara serius terhadap kepinggiran Bahasa Melayu. Ini adalah satu peringkat permulaan yang sangat bagus.

Tapi kita tunggu apakah tindakan kerajaan selepas ini. Harap-harap, mereka dapat berbuat sesuatu. Tetapi jangan harapkan kerajaan sahaja, kita orang Melayu kena berusaha sendiri juga untuk melindungi dan memartabatkan bangsa sendiri di bumi sendiri.

Mungkin ramai yang akan membalas dengan berkata bahasa perniagaan adalah Bahasa Inggeris. Faham. Memang tidak dapat dinafikan bahawa Bahasa Inggeris adalah penting dalam kehidupan seharian kita. Tapi bagi saya, sebagai rakyat di negara Malaysia, sepatutnya kita bangga dan gunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar walaupun dalam bidang perniagaan. Hanya apabila berurusan dengan orang asing sahaja kita patut berbahasa Inggeris.

Tapi mengikut pengalaman saya pergi ke seluruh dunia, para pelancong akan lebih hormat kepada kita sekiranya kita mengagungkan bangsa, budaya & bahasa sendiri. Seperti rakyat China & Jepun, mereka adalah contoh terbaik. Seluruh dunia tahu akan budaya, bangsa & bahasa mereka. Mengapa tidak kita?

Saya nak tekankan sekali lagi, Bahasa Inggeris sememangnya penting. Ianya adalah bahasa global. Tapi kita berada di bumi sendiri, di negara sendiri, di bawah penguasaan kerajaan tanah Melayu. Mengapa perlu bahasa asing mengatasi bahasa ibunda kita sendiri?

Kalau dilihat sesetengah entry saya sebelum ini, saya menggunakan bahasa Inggeris juga. Ianya penting juga untuk menguatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris saya. Tapi saya tak lupa pada bahasa ibunda saya.

Mungkin kalau ada sesiapa yang terasa terhadap entry ini, harap mohon maaf. Tapi inilah yang berlaku dalam Malaysia. Kita orang Melayu harus menerima teguran untuk memajukan diri dan bukannya melenting. "Takkan Melayu Hilang Di Dunia". Tapi akan hilang juga kalau Melayu sendiri tidak mengagungkan bangsa, budaya & bahasa sendiri.

1 comment:

a g e n t p r o v o c a t e u r said...

Hampas gas betul mereka-mereka itu. Bak kata Hishamuddin Rais:

"Untuk saya, selagi tidak difahami dan dihayati konsep Bahasa Melayu sebagai bahasa strategik untuk perubahan maka kita akan terus gagal untuk melahirkan satu negara bangsa yang demokratik dan adil. Jika manusia Melayu terus gagal memahami apa yang kita ingin sampaikan kerana kita tidak menggunakan pengucapan yang mereka gunakan, maka ini bererti selama ini kita hanyalah terpancut di atas perut. Gagal melahirkan generasi baru."

Ada benarnya bukan?