"Jangan jadi masyarakat subsidi" - merupakan slogan baru yang bagi saya merupakan satu alasan yang mampu menutup kebenaran yang sedia ada. hakikat kehadiran subsidi dipersoalkan hari ini. Malah kini hadir usaha yang mahu mengertikan pemberian subsidi sinonim dengan masyarakat peminta sedekah - meminta dari kerajaan.
"jangan jadi masyarakat subsidi" ujar mereka dan mereka mahu bertindak menghapuskan subsidi. ini sebenarnya tidak lari dari membelakangkan intipati asas menegakkan keadilan sosial buat rakyat negara ini.
Justeru itu dalam membicarakan mengenai subsidi kita perlu memberi makna asas mengenai "keadilan sosial" dan menterjemah subsidi sebagai agihan kekayaan dan bukan pemberian untuk rakyat sebagai peminta sedekah.
Bagi saya kerajaan yang melabel rakyat yang memohon subsidi sebagai peminta sedekah adalah kerajaan yang lupa tanggung jawab mereka untuk memegang amanah memakmurkan rakyat sesebuah negara.
Saya memetik sebuah buku "a theory of justice" oleh john rawls (1971) yang mengemukakan konsep umum keadilan sosial sebagai " semua keperluan sosial yang primer - kebebasan dan peluang , pendapatan dan kekayaan, dan asas - asas harga diri - mestilah diagihkan sama rata melainkan pengagihan sebahagian atau semua keperluan yang tidak sama rata menguntungkan mereka yang diketepikan" kunci utama definisi umum keadilan sosial tersebut adalah : pengagihan, baik pendapatan dan kekayaan dan penekanan kepada agihan yang tidak sama rata tetapi menguntungkan mereka yang diketepikan. ini adalah asas yang perlu kita tahu dalam usaha merealisasikan, ke arah keadilan sosial. ini perlu agar tindakan selanjutnya yang bakal di buat oleh kerajaan menuruti serta berlandaskan keadilan bagi semua lapisan rakyat. landasan ini harus menjadi landasan utama dalam kita menyempurnakan tindakan khususnya dalam pengubalan dasar - dasar baru yang melibatkan rakyat negara ini.mengenali asas umum keadilan sosial ini kita menyimpulkan pula 3 musuh utama yang jelas bertentangan dengan hasrat untuk sesebuah kerajaan itu menyempurnakan matlamat keadilan sosial .
Menurut morris ginsberg (hoult, 1975: ginsberg, 1965) 3 musuh utama tersebut adalah :penggunaan kuasa sewenang - wenang untuk kepentingan pemerintah khususnya kepentingan peribadi atau kumpulan tertentupengagihan sumber yang tidak adil dalam masyarakat baik oleh mereka yang berkuasa atau di kalangan rakyat sendiri tidak ada keadah yang cukup untuk membetulkan tindakan yang salah atau tidak terdapat peraturan yang mencukupi untuk memberi pampasan kepada mereka yang teraniaya, kehilangan atau kecederaan.penilaian samada kita menuju ke arah kesejahteraan - harus di ukur dengan melihat kepada "fundamental" konsep umum keadilan sosial dan ini boleh menjadi garis pengukur sama ada langkah - langkah yang kita diambil menetapi atau tidak perlasanaan ke arah memakmurkan semua rakyat malaysia.mengetahui secara asas apa yang dimaksudkan dengan keadilan sosial ini maka persoalan utama kita perlu di kaji adalah pengagihan kekayaan - "distribution of wealth" - apakah langkah - langkah sudah dibuat bagi mengagihkan kekayaan negara menuruti konsep umum keadilan sosial atau tidak.
Sekiranya ada apakah rakyat yakin dengan langkah - langkah tersebut dan apakah langkah - langkah tersebut berkesan.subsisi - masyarakat peminta sedekah atau pengagihan kekayaanmengetahui serba sedikit mengenai keadilan sosial ini maka persoalan utama kita adalah mengenai buruknya erti subsidi yang mahu di terapkan ke atas rakyat negara ini.
Apakah salah sekiranya kita katakan pula kepada mereka bahawa subsidi itu adalah sebahagian dari asas perlaksanaan pengagihan kekayaan negara kepada rakyat?hari ini subsidi ditakrifkan sebagai satu pemberian kepada rakyat sebagai peminta sedekah ? apakah rakyat miskin negara ini di klasifikasikan sebagai peminta sedekah apabila subsidi diberikan atau mereka sebenarnya adalah antara ratusan ribu orang yang diketepikan apabila hasil dari negara ini diagihkan? maka, apakah wajar kita hari ini cuba memberi erti yang berbeza kepada subsidi. peningkatan harga minyak menjemput kepimpinan mengemukakan alasan demi alasan dan dalam beberapa situasi menagih pengorbanan rakyat miskin beralaskan keperluan untuk pembangunan seterusnya - selanjutnya demi kemudahan rakyat. menghapuskan subsidi pula dianggap sebagai budaya peminta sedekah. dengan alasan - alasan yang diberikan kerajaan khususnya mengenai peningkatan harga minyak, saya ingin menarik perhatian kembali kepada satu kenyataan yang pernah saya petik dari k. das dilemma musa hitam 1986 : ...... but when "reason" are only excuses, the truth must perish, apakah ini sebenarnya yang berlaku.apakah alasan -alasan yang di kemukakan khususnya untuk menagih pengorbanan rakyat miskin sebenarnya adalah untuk menutupi kebenaran - kebenaran yang ada. apakah makna - tidak mempunyai pilihan lain - dalam isu meningkatkan harga minyak menunjukkan kerajaan terdesak - kekurangan wang yang perlu di sorokkan. persoalan lain mula timbul, kenapa dan mengapa kerajaan tidak mempunyai pilihan lain.
Apakah situasi sebenarnya kewangan negara kita ini? apakah ianya amat kritikal sehingga bukan sahaja kekayaan tidak dapat diagihkan malah rakyat di tagih untuk membantu secara paksa. kita harus mengungkap kenyataan roberspierre ( 2 disember 1792 konvensyen nasional perancis) - di tiap negeri di mana keadaan alam menggalakan hasil keperluan hidup asasi, kekurangan hanya dapat dipertanggungjawabkan pada kejahatan pentadbiran ataupun pada undang - undang itu sendiri dan undang - undang dan pentadbiran yang buruk adalah akibat dari dasar - dasar palsu dan tabiat sosial yang buruk.hari ini kerajaan terpaksa meyakinkan rakyat bahawa subsidi tersebut adalah budaya peminta sedekah. rakyat malaysia masih lagi dalam kategori peminta sedekah dan yang lebih menyeronokkan ialah kita meminta sedekah dari kerajaan yang kita lantik, kita beri mandat dan kepimpinan yang kita senangkan dengan pemberian pelbagai kemudahan dalam menjawat jawatan. apakah kemudahan itu tidak berupa sudsidi dari rakyat negara ini?pengagihan kekayaan - satu bentuk subsidi yang perlusubsidi dalam lain erti kata adalah pengagihan kekayaan kepada rakyat. subsidi minyak adalah pengagihan kekayaan alam yang harus dinikmati oleh rakyat negara ini. keuntungan petronas perlu diagih - agihkan kepada rakayt negara ini. pengagihan inilah yang dikatakan subsidi kerana hasil minyak adalah minyak rakyat negara ini - yang dilimpahi rahmat oleh yang maha berkuasa dengan hasil alam.adalah agak keterlaluan sekiranya ada kepimpinan yang mendakwa masyarakat negara ini adalah masyakarat subsidi atau rakyat peminta sedekah sedangkan ini adalah rumah mereka - kekayaan sumber adalah kekayaan mereka - kerajaan adalah kerajaan mereka dan kurang ajar kalau yang dilantik mendakwa kita peminta sedekah dalam rumah mereka kita sendiri.oleh kerana itu , erti sudsidi, perlaksanaan subsidi adalah pengagihan kemewahan - kekayaan negara kepada rakyat dan ini amat berketepatan sekali dengan hasrat memenuhi matlamat keadilan sosial. sekiranya ini tidak berlaku - sekiranya rakyat di tagih membayar - tidak ada pengagihan kekayaan - maka kewangan kerajaan tidak berada dalam keadaan memuaskan dan semestinya ada kesukaran yang sedang dialami
No comments:
Post a Comment