Wednesday, February 15, 2006

Judi Nombor

Tak tahu apesal hari ni aku rasa nak tulis dalam BM..mungkin aku dah penat sebab tulis report tahunan dalam BI tadi kot...tapi better guna bahasa rojak..ppl dont called this a blog if its written in proper language, rite???

So, berbalik kepada judi nombor. Pasal main nombor nih,aku dah terdedah sejak kecik sebab abang aku pada zaman muda diaorg pernah main nombor dan member-member aku masa universiti dan sekarang pun kuat main nombor.Cuma mungkin pada masa tuh aku tak pernah terbukak hati nak main nombor kot.

First time aku beli nombor masa aku rasa boring time DPA..hahaha..kan dah terbongkar rahsia aku...Aku biasa ponteng kelas dan lepak di cc (cyber cafe) di Seksyen 14 PJ, kat sebelah cc tuh ada kedai mamak dan satu kedai Sports TOTO kecik. Nak dijadikan cerita,keta aku ada eksiden kecik, jadi aku ambik laa no keta aku, 9709 dengan no keta ayah aku, 5733 dan no keta kawan aku,3090. Semua aku beli singgit je. Dengan tidak disangka-sangka, no 5733 naik hadiah Special yang bermaksud aku entitled for RM 200 prize..biasa laa ni, ramai orang cakap "Beginner's Luck", tapi pada aku..pegi laa mampos!

So, aku dengan muka yang merah padam sebab malu, pegi claim hadiah.Dalam kepala aku, berfikir nak buat apa dengan duit tu.Jadi masa balik ke Intan,aku panggil kawan-kawan dan aku belanja diorg makan di KESKI (kiranya macam Ko-op la)..pada kawan-kawan yang join makan,aku mintak maaf laa ye..aku seorang yang jahil..

Excited dengan kemenangan itu, aku pun terus berkecimpung dalam bidang ni.Bayangkanlah, sekali draw dapat RM200.Dalam seminggu ada 3 kali draw dan dalam sebulan ada 12 kali draw.Kalu 12 x 200 = 2400. Dah lebih dari gaji aku sebulan!! Tapi aku buat research dulu..so aku join laa forum-forum macam 4d2u.com, 4dprediction.com sebelum aku beli sesuatu nombor.

Kalu korang join forum tuh,macam-macam laa korang boleh tahu dan macam-macam jugak laa teori kaki-kaki judi ni..baca dari bar code la, baca dari code number laa..ada yang tahu tu number masuk 3 batang dan masuk penuh laa..full with bullshits from the fucked up citizens.

Sejak aku kena satu kali tuh,aku dah tak kena lagi dah sampai aku rasa boring.Boring dengan luck aku yg macam sial dan boring dengan ramalan-ramalan nombor dari forumers yang memang takkan kena.Ada tok cai cina yg buat perkhidmatan ramalan nombor ekor pun call aku.Mintak bayaran RM 70 - RM 800.Aku pikir,kalu mereka bole buat ramalan kenapa diaorg sendiri tak ambik nombor dan tak kaya-kaya pun?Thats make me more fucked up!!! Time tuh aku masih berkursus di INTAN.Kiranya timeframe aku main judi nombor nie kejap je,dalam 2 bulan. Konsep aku,kalu buat sesuatu tuh tak nampak kejayaan atau progress dalam masa 2 bulan,aku dah anggap menda tuh gagal.

So, i've made a conclusion. 4D is for loser, you'll make the tokeh of Sports TOTO, Magnum, and Da Ma Cai (Kuda) more richer and richer everyday..but still if you see on the draw day, these digit games outles were filled with people,MELAYU pun ada , even its written small and blurly there "JUDI ADALAH HARAM DISISI AGAMA ISLAM.KANAK-KANAK BERUMUR DIBAWAH 12 TAHUN DAN ORANG ISLAM ADALAH DILARANG MEMASUKI PREMIS INI!"

No comments: