Tuesday, August 24, 2010

TAH 9709

18 Ogos adalah hari terakhir aku memandu kereta Perotong ku..sedih jugak rasanya dah 5 tahun aku lenjan..skali dah nak trade in..

Sepanjang aku guna Perotong Gen2 ni..alhamdulillah takde sebarang masalah dan pemanduan sangat mantap. Hanya disebabkan mileage dah agak tinggi dan kerisauan sang isteri yang agak kurang boleh memandu kereta manual antara sebab kami terpaksa 'let go' keta ni..

So, selamat datang Forte. Masuk hari ni dah 3 hari lah aku drive keta auto plak..time aku outstation jauh nanti, harapnya dapatlah ia membantu sang isteri ke pasar dan pegi kerja..

Kaler nya aku pilih sama seperti yang lama..dan no plat pun aku ambek dari keta lama (apa kelass guna plat wilayah) ..

So, welkam the new TAH 9709..He will leave you speechless..

6 comments:

A.Y.U.N.I.E said...

swot, minyak ok ka?
-ayuni-

X-weatherman said...

Fuel consumption okay..disebabkan ia bersaiz civic dan altis..jadi minyak pun lebih kurang diaorg laa..

RM 50 (minyak v power) boleh bawak sejauh 275km.

A.Y.U.N.I.E said...

minyak v power? shell r kan?
em, lau untuk jarak dekat camne? makan minyak tak? kete aku RM50 dari umah ke ofis tahan 4 hari jer..umah-ofis lebih kurang 50km pergi balik..

X-weatherman said...

Keta auto ni, memang kalau jarak dekat atau city drive..memang honda city laa yg paling jimat..

Jika ko pernah pakai keta 1.6 yang lain..FC dia lebih kurang je..

Utk Forte:
highway drive 7.3 ltr / 100km
city drive 8.7l ltr / 100km

A.Y.U.N.I.E said...

lau camtu..lebih kurang jer r...
so camne balik kg aritu? ada ok ka drive jauh?

X-weatherman said...

time otw balik ke terengganu, blum habis running-in lagi..so aku bawak slow je..tapi overall, minyak dalam RM70 je la sehala..pegi bali jadi RM140..

stakat ni aku tak lenjan lagi keta ni..paling laju pun aku bawak baru 150kmj.