Semalam aku telah melihat kesesakan yang tak pernah aku alami di Petaling Jaya. Setelah bawak parents aku ber'shopping' sakan di SOGO, aku menghala balik ke rumah dan mendapati stesen-stesen minyak mulai sesak..aku dah syak sesuatu mesti dah berlaku. So, bila sampai di rumah..apa yang aku dah agak akan berlaku memang berlaku.
Lepas solat maghrib, aku terus menghala ke stesen minyak nasional terdekat..hasilnya aku dapat mengisi minyak 'full-tank' hanya pada pukul 11.15 malam..
Kenaikan harga minyak dah lama aku agak..tapi kenaikan 78 sen kepada RM2.70 kali ini pada aku memang agak kejam laa..sepatutnya kerajaan harus lebih peka..mau atau tidak harga barang juga akan turut naik..kepada orang macam aku nie walaupun pendapatan boleh dikatakan agak selesa, pun merasakan tekanan yang bakal tiba..tapi, bagaimana pula golongan-golongan sokongan yang rata-ratanya berpendapatan di bawah RM1600 aje sebulan?
Kenaikan 78sen bakal memberi impak besar kepada rakyat..walau subsidi RM625 diberi tapi itu bolehlah diibaratkan 'gula-gula dalam tepung' aje.
Lihat sahaja semalam, betapa hanya 78sen membuatkan rakyat huru-hara dan pengusaha stesen minyak tersenyum lebar..'memang lain dari biasa'.
Kepada Kerajaan, syabas..anda memang berkuasa..
2 comments:
nok wat guane suwod
doh kite hok gi pilih die
Sme..aku x pernah pilih 'die'
Post a Comment