Thursday, June 19, 2008

Cerita Lawak Hari Ini

Hari nie..memang aku takde mood..pukul 4.30 aku dah cabut dari ofis. Bermain dalam fikiran aku akan suatu cerita lawak yang telah dilipurlarakan oleh seorang teman.

Adapun di Negara Boleh, terdapat seorang Ketua Hulubalang. Salah satu kuasa yang diberikan kepada Ketua Hulubalang ini adalah mengeluarkan notis pertukaran askar-askar maupun Hulubalang. Maka untuk menunjukkan kehandalannya dalam menggunakan kuasa yang diberi Sultan, Ketua Hulubalang ini telah mengeluarkan satu surat pertukaran kepada ahli pasukannya sendiri melalui satu surat pertukaran berkuat kuasa 24 jam daripada tarikh surat dikeluarkan.

Dengan terkebil-kebil, maka Sang Askar 1 ini pun pergi laa melaporkan diri di Bahagian Tukang Masak pada keesokkan harinya. Mengenangkan jasa di Bahagian yang ditinggalkannya, Askar 1 merasakan dia boleh mendapat AAC (Anugerah Askar Cemerlang), namum hubungannya dengan Hulubalang Kecil agak renggang dan ini menjejaskan markah prestasinya sekaligus meranapkan harapan beliau untuk mendapat AAC yang memberikan ganjaran seribu dirham.

Namun, tanpa disedari Ketua Hulubalang ataupun sengaja untuk tidak menyedarkan diri nya, pasukan Ketua Hulubalang sebenarnya sedang bergelut dengan Pasukan Ninja yang terkenal dengan serangan 'Bintang Tajam' nya dipanggil PASTI MAMPUS. Sebelum ini, kerja menangani serangan ini biasa dilepas-tangankan kepada Sang Askar 1 ini kerana Hulubalang Kecil kononnya 'tak sudi' dengan kerja-kerja remeh sedemikian. Namun, selepas seorang wataniah wanita melaporkan diri, khidmat, jasa-jasa serta pengalaman Sang Askar semakin dilupakan. Diharapkan wataniah wanita ini dapat memperdaya Pasukan Ninja dengan 'gebang-gebang' yang dikeluarkan.

Rupa-rupanya, wataniah wanita tersebut masih tidak berjaya mengekang Pasukan Ninja kerana ninja-ninja tersebut adalah gay!!! Langsung tak dipandangnya wataniah wanita tersebut, walaupun dia goyang gerudi.

Maka keluarlah peluh-peluh kecil di dahi Ketua Hulubalang. Hulubalang Kecil terlebih dahulu angkat kaki dengan mengisi borang cuti rehat dan keluar negara. Lalu ditanyakan kepada Askar 10..

"Err..Askar 1 tu taknak tangguhkan pertukarannya ke?? Dia penting untuk kita"

Moral : Dah ko yang tukarkan dia, kalau tahu penting kenapa pegi tukar?? Habis madu, sepah dibuang.

(Cerita rakyat ini tidak ada kena mengena antara hidup dengan yang mati)

No comments: