Saturday, June 26, 2010

Kerja..Invest?? Sacrife??

Aku rasa dalam masa 2 minggu ni, aku betul-betul sibuk dengan kerja. Sejak bos baru masuk, sangat banyak 'bad-log' yang perlu disettlekan..dan aku harus ke sana-sini dan balik ke rumah lewat malam setiap hari..

Ada bos yang cakap.."You ni muda lagi, u must invest dari awal..sacrifice laa sikit" dan macam-macam lagi lah..
Tapi pada aku "Invest tu bole..sacrifice pon takde masalah...tapi takkanlah kena tinggalkan segala-galanya" Macam prinsip yang sentiasa aku pegang..harini aku mati, esok dah ada orang ganti aku dalam opis...tapi jika aku mati harini, di hati anak-anak dan keluarga aku, pemergian aku tidak dapat diganti oleh sesiapa pun..so, Lu pikir laa sendiri..

Dalam bulan ni, aku kerap pergi ke negeri tanah tumpah darahku..Terengganu..disebabkan agak kerap, aku meminta opis untuk menyediakan tiket kapal terbang untuk kemudahan..penat dowh drive..sekali sekala takpa, tapi kalau selalu..kena mintak cuti lepas tu..

Lapangan Terbang Sultan Mahmud baru sahaja selesai proses penambahbaikan atau omputih kata 'renovation'..dengar khabarnya dari KT dah boleh terbang terus ke Mekah..

Ni adalah dewan perlepasan domestik..simple aje sebab buat masa sekarang aku kira baru ada hanya 4 ruang perlepasan..maksudnya dalam satu-satu masa, maksimum 4 kapal terbang bole parking.

Ni adalah keadaan dalam lapangan terbang...departure floor..perhatikan hiasan kayu di sebelah kiri gambar..

Dan ini adalah close upnya...agak cantik jugak bila binaan moden digabungkan dengan seni tempatan...baru nampak ada identiti yang tersendiri..

Dan beginilah aku dalam bulan ni..sentiasa melihat awan...rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan SELAMAT HARI BAPA untuk diri sendiri dan juga seluruh bapa di dunia termasuk bapa aku sendiri...Encik Salleh bin Abdullah..

*Gambar-gambar hanya diambil oleh kamera henpon Sony Ericson Aino berkuasa 8.1MP sahaja..jika kualiti kurang elok seperti yang dijanjikan, harap maaf..

Tuesday, June 15, 2010

Trip Redang : Day 1 Part 2

dan..disinilah destinasi sebenar kami..REDANG LAGOON..


Time kami sampai tuh...tengokkan air laut yang sungguh jernih..rasa macam terus nak terjun je..


So, first thing first...tuka baju dan bersedia..
Kami sekumpulan 'remaja senja' bersedia untuk snorkeling...

Kami telah dibawa ke kawasan yang airnya sangat dalam (lebih kurang 15 meter) tapi hampeh..terumbu karangnya dah banyak mati..

Perhatikan, kami sekumpulan yang tidak mengikut peraturan kerana tidak memakai safety jacket..kalu lemas, sendiri tanggung..

Last minit..(aku dah isap rokok atas bot, kepenatan) ada jugak membuat aksi dengan membuat terjunan tenuk..terkejut aku, tetiba ada orang berlari dan terus terjun...
Dan aktiviti malam, apalagi kalau bukan bbq..lagi best, kami kena buat sendiri..hehehe..sebab tu laa ada yang hangus..

dan lepas bbq sebenarnya ada aktiviti karaoke, tapi telah di'konker' oleh sekumpulan nyah..jadi sebelum berlakunya pertumpahan darah, kami terlebih dahulu mengalah dan main pakau sampai pagi...huhuhu..

Sunday, June 13, 2010

Redang Trip : Day 1

Hujung Mei lepas, aku ambik cuti 2 hari dan tambah dengan cuti Hari Wesak, dapatlah total 5 hari cuti..hehehe..

5 hari cuti ni aku gunakan untuk pulang ke kampung..so on the way balik tu tak sah kalu tak singgah untuk makan satar dan keropok lekor di Kemaman..


Keesokkan harinya, barulah aktiviti sebenar..iaitu bercuti di Redang. Sebenarnya ni plan dah lama..dekat dua bulan jugak budak-budak opis aku plan..baru jadi. Satu kepala RM350 utk trip 3 hari 2 malam di Redang..not bad laa..enche penganjur sangat pandai mengatur dan mengendalikan trip.

Tapi malangnya, aku tak dapat membawa sang isteri bersama-sama kerana dia sedang terkena buatan aku, dan ini masuk bulan ke 2..so, dengan alasan ini maka dia telah ditinggalkan di kampung..(padahal sebenarnya, poket aku agak kurang ketebalannya. Tak mampu den nak bayor)

Inilah feri yang kami naik..dulu-dulu aku naik feri rasanya dalam 2 jam lebih..tapi mengikut informasi enche penganjur, feri sekarang dah moden, lagi laju katanya..
Selepas 1 jam 30 minit..akhirnya kami tiba ke destinasi (memang betul-betul laju)...tapi tu bukanlah penginapan kami, kalu tak tak dapat laa harga semurah tu..resort dalam gambar di bawah ni namanya Laguna Redang dan menurut risikan aku dengan penduduk tempatan, rate semalaman di sini adalah lebih kurang RM450..memang aku tak mampoo,,
Dan selepas mendarat...inilah permandangannya..cantik kan??
To be continue..........

Saturday, June 12, 2010

New Outlook

Hmm..Blogspot dah ada template baru..so i just gave it a try..memandangkan aku tak reti nak buat template sendiri...hehehe

So, aku harap dengan new outlook ni, aku akan lebih rajin untuk updatekan blog..hehehehe

Thursday, June 03, 2010

Wednesday, June 02, 2010

Good Bye, Boss

Hari ni bos aku bertukar ke suatu Kementerian lain. Beliau dah 9 tahun berada di Kementerian aku..mungkin keadaan kesihatannya yang kurang membenarkan beliau terus berada di sini (kerana di sini tahap stress nya sangat lah tinggi).

So, aku ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Pak Akob. Semoga tenang dan sejahtera di tempat baru. Maaf kan di atas segala salah dan silap sepanjang saya menjadi 'anak buah' tuan. Terima kasih di atas segala tunjuk ajar selama ini..

Adios...

Tuesday, June 01, 2010

Apanie??

Suatu hari seorang bapa mithali sedang membawa anaknya berjalan-jalan..lantas dia berjalan menuju ke kedai runcit berdekatan lalu membelikan anaknya sebotol Vitagen 'putih' yang sememangnya menjadi kegemaran anaknya.

Lalu si anak bertanyakan bapanya

"Di (Sebutan pelat untuk Dadi)..apanie??"

Dengan cepat bapanya menjawab

"Vitagen"

"ooo" jawab si Anak sambil menghisap minumannya dengan straw.

"Di, apanie??" Dia bertanya lagi..

"Vitagen". Sekali lagi bapanya menjawab.

"Oooo. Apanie??"
"Vitagen.."
"Apanie??Apanie??"
"Vitagen.."

"Di..............Apanie??"
"VITAGEN!!"

"OOOO...Dap(sedap)"

Sang Ayah mengusap-usap dadanya...kur semangat..nak marah nanti terbantut pulak si anak yang baru berumur 2 tahun tu nak bercakap..

Begitulah aku rasa setiap bapa melayan anak masing-masing..panuh dengan kasih sayang dan kesabaran..namun ada jugak aku baru terbaca kisah bapa yang sanggup meratah anak sendiri, walaupun si anak itu cacat..marah jugak aku bila terbaca kisah kebodohan orang yang bergelar bapa ni..

Aku harap blog ni akan terus ada sehingga aku tua kelak supaya anak aku dapat membaca dan menghayati bagaimana ibu dan bapa membesarkannya..supaya bilamasa aku tua kelak mereka tidak jemu untuk melayan ibu bapa mereka..

Sekian..