Sunday, January 18, 2009

Kisah Minggu Ini

P.36

Menatang apa P.36 tu?? No plat keta kah? No rumah mak mertua kah? 

Bukan..sebenarnya huruf P tu maksudnya kerusi Parlimen dan 36 tu adalah no kawasan iaitu di tempat aku dilahirkan, Kuala Terengganu. Ada pilihanraya kecil di P.36 disebabkan Ahli Parlimen nya telah meninggal dunia semasa bersukan di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands. 

Jadi yang bertanding kali ini adalah Abdul Wahid Endut dari PAS, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dari Barisan Nasional dan calon bebas, Azharudin Mamat @ Adam.

Hari ini, pilihanraya tersebut telah diadakan dan calon PAS telah memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 2,631 undi. 

*Tapi, aku frust betul sebab sehingga hari ini, aku tak pernah pegi mengundi. Ada aje aral yag menghalang aku dari menunaikan tanggungjawab aku yang 5 tahun sekali tuh..


PAC

PAC?? Pun menatang apa nih?? Pac man kaa?? Pachat kaaa??

Kawan aku dah ceritakan secara lanjut mengenainya di sini

Apa-apa pun, aku berdoa agar aku dan sahabat-sahabat yang lain, tidak mempunyai banyak masalah sepanjang program ini diadakan tidak kira samada siri 1 atau siri 2. 

Kawan-kawan yang kena pegi Siri 2, selamat berjumpa di IKHWAS (INTAN Wilayah Selatan). 


LCCT Labu

Kes nak buat lapangan terbang baru di Labu nih aku tak berapa faham..kenapa nak buat banyak-banyak lapangan terbang kat satu tempat? Ramai benor ke pelancong ke Malaysia atau ramai sangat ke rakyat Malaysia nih nak naik kapalterbang sampai tak muat KLIA? Apesal tidak dibuat di Pulau Pinang yang memang memerlukan lapangan terbang yang lebih besar?? 

Ntah laa..korang pikir laa sendiri. Mungkin rakyat dah beri amaran dengan keputusan pilihanraya di P.36 tu kot..buat tak reti lagi, aku tatau laa..

Tuesday, January 13, 2009

Resolusi 2009

Aku sangat hangin dengan line broadband aku. Nak online pun susah..nak update blog pun susah..dah lama topik ni nie macam tergantung tidak bertali, jadi aku nak membuat sedikit resolusi untuk diri aku..

Tapi, 'after giving a serious thought' mengenai azam tahun baru aku...well, sebenarnya aku tak memerlukan Tahun Baru untuk memulakan azam...but I did think of some..

1. Janji aku dengan Tuhan

Aku mengaku laa..seringkali aku mengambil mudah urusan aku dengan Tuhan. Aku rasa orang lain pun sama gak ngan aku tak pun baik sikit laa kot..kalu baik banyak tuh..Alhamdulillah.

Rasa payah benor nak bangun Subuh tatkala di hujung minggu. Kalau ada outstesen mana-mana pun..mesti ada waktu yang tertinggal..

Jadi, tahun ini..apa sahaja yang wajib dilakukan sebagai seorang Muslim akan aku tunaikan sebaik-baiknya..

P/S: Maymel, anda tidak dibenarkan mengomen untuk perkara di atas.. mana bole buka pekung suami...berdosa tau!! Hehehe..

2. Ada rumah sendiri

Ada desas desus mengatakan bahawa dengan kemelesetan ekonomi ni, harga rumah akan jatuh dan BLR (Bank Loan Rate) yang ditawarkan oleh pihak bank juga akan direndahkan.

Ada juga can aku nak beli rumah..yelaa harga sebuah umah sekarang ni macam tak logik..kekadang tu pikir dua tiga kali nak beli.

Cuma, masalah aku adalah lokasi. Bini keja di PJ, aku di PutraJaya...tapi harga umah di PJ macam yang aku cakap tu laa..tak logik..rumah dah nak runtuh pun bole letak harga 300 ribu..gilo!!

Tapi aku juga jika dimurahkan rezeki oleh Nya, mungkin akan dapat kenaikan pangkat kepada pegawai tak berapa tinggi dari level pegawai bawahan macam sekarang. Kalau aku mintak kuarters pun macam best jugak. pada masa yang sama, cari laa hartanah yang nilainya bawah 100k, beli dan sewakan..boleh jugak buat side-income..

Entahlaa..aku serahkan semuanya kepada takdir...kita hanya merancang, tapi Allah yang menentukan.


3. "Jom Tak Nak"

Awal tahun ni rasanya berpuluh-puluh kali sehari tak kira di radio mahupun di kaca televisyen menayangkan iklan ini. Iklan apa??

Tapi..tahun ni rasanya masih mustahil...sebab aku masih NAK..hehehe

Aku rasa cukuplah sekadar nie azam aku..ada orang azam kemain banyak..tapi perlaksanaan..hampeh..carry forward tahun depan, pastu postpone lagi..

Tapi bak kata aku terdahulu, seseorang yang ingin berubah tidak memerlukan tahun baru, baju baru, keta baru ataupun bini baru untuk berbuat demikian..anda sendiri yang menentukan hidup anda..

Thursday, January 01, 2009

Sambutan Tahun Baru

Biasanya aku tidak menyambut Tahun Baru. Tapi di Kota di Bawah Bayu ini, keluarga mertua aku menyambutnya, jadi secara automatik lah aku kena turut serta. Tapi tidaklah kami menyambutnya dengan ke disco atau berkumpul beramai-ramai sambil mengira detik Tahun Baru seperti remaja-remaja di Ibu Kota.

Bagi keluarga mertua aku, kami makan-makan..jadi destinasi makan kami kali ini...ialah Kampung Nelayan, BBQ Hotpot..terletak di Level 2, 1 Borneo Mall, Kota Kinabalu.


Menunya adalah 'stim-boat'.


Ini adalah satu set hidangan = RM 32.00. Murahkan??

Ok, close-up. Ini adalah salah satu daripada keseluruhan set. Ada daging bbq, ayam bbq, plain daging dan plain ayam (yang ni tidak dibubuh sebarang perencah)

Ni pulak pinggan yang menggandungi ketam, sotong, cendawan, sayuran (kangkung) dan beberapa jenis bebola-bebola yang biasa orang letak kalau makan stim-boat laa..(padahal aku tak tahu nama)

Ni adalah pinggan mi (ada mi kuning dan bihun), telur serta err..ni pun aku tak tahu nama jugak..hehehe.Korang tengok laa sendiri..kata orang, a picture tells a thousand stories.



Tempat memasaknya ada 2, satu untuk masak dalam periuk (boleh pilih samada nak tomyam atau sup ayam biasa) dan di tepinya pula adalah tempat untuk menggoreng.

Gambar di atas adalah ketika menunggu sup dan tomyam dipanaskan (sebelum), semua buat muka boring.

Dan gambar di bawah pula kami sedang enak menikmati makanan. Semua dah tak hirau keliling dah.

Untuk buat cerita lagi menarik, sebenarnya kami ingatkan 1 set sikit aje, so kami order laa 3 set.. haa ambik ko..sampaikan kedai dah nak tutup, kami masih mentekedarah..nasib baik pekerja kat sana baik hati, sanggup tunggu kami makan sampai habis...sebelum kami blah tu sempat lagi mereka wish kami "Happy New Year". Tak tahu laa dalam hati dah berkarung-karung memaki kitaorang sebab lambat makan..hehe

Nway, it was a great meal and everybody were satisfied. But still, i haven't come out with my new year's resolutions yet.