Pak Awang adalah bapa kepada kawan karib aku sejak kecil, Medang. Pak Awang juga mempunyai sahabat karib sejak kecil iaitu pakcik aku, Da. Keluarga kami boleh dikatakan agak rapat dan aku telah menganggap Medang seolah-olah adik aku sendiri.
Hari Raya ke dua baru-baru ini, Pak Awang telah menjamu aku, Melmel dan Da sekeluarga dengan nasi minyak resipi tersendiri bersama lauk kari Kambing dan ayam goreng berempah.
Aku dan isteri bukanlah penggemar daging kambing kerana baunya yang hamis. Apatah lagi aku mempunyai penyakit darah tinggi dari keturunan. Namun, demi Pak Awang, kami tetap menjamah jua masakan tersebut untuk mengambil hatinya. Tetapi, kali ini aku tersilap. Kari Kambing masakan Pak Awang langsung tiada bau hamis dan dagingnya sungguh lembut. Rasanya toksah cerita lah..sungguh sedap hinggakan Da menambah nasi 5 pinggan!!
Masakan kari kambing Pak Awang masih menjadi bahan cerita antara aku dan Melmel hingga ke hari ini.
Petang tadi, aku mendapat panggilan daripada Medang memberitahu bahawa Pak Awang terlibat dalam kemalangan pagi tadi. Sedih kedengaran suara si Medang dan dia tidak dapat menyambung perbualan antara kami.
Terus aku menelefon keluarga ku dan juga Da, ternyata keluarga ku juga terkejut dengan berita tersebut. Daripada Da aku diberitahu bahawa Pak Awang masih tidak sedarkan diri. Tetapi Da bekerja agak jauh dari Hospital Besar dan mempunyai kesulitan untuk menjenguk. Aku amat susah hati dengan keadaan tersebut.
Selepas Isyak, aku membaca Surah Yassin dan melakukan solat hajat meminta kepada Allah supaya dielakkan perkara yang tidak diingini dan semoga segala dugaan ini diringankan oleh Allah. Medang pula akan melangsungkan perkahwinannya hujung minggu depan. Aku masih runsing..sms dan panggilan aku kepada Medang tidak mendapat balasan..
Pukul 11 malam, aku mendapat panggilan dari pada Mi mengatakan bahawa Abg Zuri baru sahaja pulang dari hospital. Katanya Pak Awang sudah sedarkan diri dan ditempatkan di wad biasa. Bahu kanan nya patah dan terpaksa diimbas untuk kecederaan kepala besok pagi.
Lega hati rasanya..Alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment