Friday, October 31, 2008
Larangan Merokok di Kaki Lima
Pagi tadi semasa memandu menghala ke tempat kerja, sempat jugak aku layan radio yang kini 'No. 1' di Malaysia. Topik hari ini adalah " larangan merokok di kaki lima, apakah pendapat anda".
Rupa-rupanya ini adalah arahan kerajaan yang terkini dan berkuat kuasa hari ini!!
Ramai juga yang menelefon memberi pendapat peribadi masing-masing dan rata-rata bersetuju dengan arahan tersebut.
Aku jugak bersetuju dengan arahan kerajaan tersebut walaupun aku tergolong dalam kategori perokok tegar. Aku merasakan apabila merokok di kawasan terbuka, perokok-perokok ini akan membahayakan kesihatan orang lain terutama kanak-kanak dibawah 3 tahun. Puntung rokok yang bersepah juga mencemarkan kebersihan kawasan persekitaran.
Namun, perokok adalah antara penyumbang terbesar kepada pendapatan negara melalui cukai rokok. Setiap tahun cukai ini semakin meningkat dan tidak pernah berkurang. Secara puratanya, setiap sekotak rokok, kerajaan mengenakan cukai tidak kurang dari RM4.00 dan Malaysia mempunyai lebih 2 juta perokok tegar. Boleh dikatakan setiap hari, kerajaan mengutip kira-kira RM 8 juta, sebulan RM 240 juta dan RM 3 billion dalam masa setahun.
Alangkah baiknya jika kerajaan lebih menghargai golongon perokok dengan mengadakan 'smoking corner', ruangan merokok, bilik merokok dan sebagainya bersempena dengan arahan terbaru mereka. Beberapa pusat hiburan keluarga seperti pusat bowling ada menyediakan ruangan merokok, tetapi keadaannya amat menyedihkan. Dengan ruangan yang sempit dan 'peminat' yang ramai..lu pikir laa sendiri keadaannya..bini aku kata macam 'lubang kubur'..
Jadi, apa salahnya jika dapat disediakan ruangan merokok yang lebih selesa dengan set sofa, vending machine (isap rokok nie cepat haus), dan sistem pengudaraan yang lebih sistematik supaya perokok lebih tertarik untuk merokok di ruangan khas yang disediakan untuk mereka. Semestinya mereka akan lebih segan untuk merokok di tempat awam dan kebersihan negara juga lebih terjamin.
Apabila prasarana sudah lengkap, buatlah arahan tak boleh merokok di kaki enam tujuh lapan sekalipun, sudah tentu rakyat akan patuh..
Labels:
Isu Negara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment