Friday, October 31, 2008

Larangan Merokok di Kaki Lima


Pagi tadi semasa memandu menghala ke tempat kerja, sempat jugak aku layan radio yang kini 'No. 1' di Malaysia. Topik hari ini adalah " larangan merokok di kaki lima, apakah pendapat anda".

Rupa-rupanya ini adalah arahan kerajaan yang terkini dan berkuat kuasa hari ini!!

Ramai juga yang menelefon memberi pendapat peribadi masing-masing dan rata-rata bersetuju dengan arahan tersebut.

Aku jugak bersetuju dengan arahan kerajaan tersebut walaupun aku tergolong dalam kategori perokok tegar. Aku merasakan apabila merokok di kawasan terbuka, perokok-perokok ini akan membahayakan kesihatan orang lain terutama kanak-kanak dibawah 3 tahun. Puntung rokok yang bersepah juga mencemarkan kebersihan kawasan persekitaran.

Namun, perokok adalah antara penyumbang terbesar kepada pendapatan negara melalui cukai rokok. Setiap tahun cukai ini semakin meningkat dan tidak pernah berkurang. Secara puratanya, setiap sekotak rokok, kerajaan mengenakan cukai tidak kurang dari RM4.00 dan Malaysia mempunyai lebih 2 juta perokok tegar. Boleh dikatakan setiap hari, kerajaan mengutip kira-kira RM 8 juta, sebulan RM 240 juta dan RM 3 billion dalam masa setahun.

Alangkah baiknya jika kerajaan lebih menghargai golongon perokok dengan mengadakan 'smoking corner', ruangan merokok, bilik merokok dan sebagainya bersempena dengan arahan terbaru mereka. Beberapa pusat hiburan keluarga seperti pusat bowling ada menyediakan ruangan merokok, tetapi keadaannya amat menyedihkan. Dengan ruangan yang sempit dan 'peminat' yang ramai..lu pikir laa sendiri keadaannya..bini aku kata macam 'lubang kubur'..

Jadi, apa salahnya jika dapat disediakan ruangan merokok yang lebih selesa dengan set sofa, vending machine (isap rokok nie cepat haus), dan sistem pengudaraan yang lebih sistematik supaya perokok lebih tertarik untuk merokok di ruangan khas yang disediakan untuk mereka. Semestinya mereka akan lebih segan untuk merokok di tempat awam dan kebersihan negara juga lebih terjamin.

Apabila prasarana sudah lengkap, buatlah arahan tak boleh merokok di kaki enam tujuh lapan sekalipun, sudah tentu rakyat akan patuh..

Monday, October 27, 2008

Happy Deepavali

Buat semua penganut agama Hindu, SELAMAT HARI DIWALI!!

Hari ini cuti, so boleh lah nak update sikit dalam blog nie. Syawal pun dah nak berakhir. Hidup kembali seperti biasa..'Life goes on' bak kata omputih.

ex-weatherman : pelik tahun nie Deepavali meriah dengan mercun. Sejak bila pulak orang India pandai mein mercun nie?

Tuesday, October 14, 2008

Al-Fatihah

Semalam pada pukul 6 petang, hari gelap nak hujan..tak sangka hari yang gelap itu membawa makna yang yang amat sedih untuk kami, keluarga 2/2004.

Petang semalam juga, seorang sahabat telah pergi mengadap Ilahi selepas bergelut dengan kanser serviks selama beberapa bulan. Aku berasa agak terkilan kerana tidak sempat pergi menziarahi arwah semasa beliau masih hidup..





Hanya doa dan Al-Fatihah sahaja yang mampu diberikan sebagai iringan untuk dibawa ke sana.

Monaliza : Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mu. Damailah hendaknya kamu bertemu dengan-Nya..Selamat tinggal sahabatku..

AL-FATIHAH; MONALIZA HAMZAH (1977-2008)

Sunday, October 12, 2008

Nasi Minyak Kari Kambing

Pak Awang adalah bapa kepada kawan karib aku sejak kecil, Medang. Pak Awang juga mempunyai sahabat karib sejak kecil iaitu pakcik aku, Da. Keluarga kami boleh dikatakan agak rapat dan aku telah menganggap Medang seolah-olah adik aku sendiri.

Hari Raya ke dua baru-baru ini, Pak Awang telah menjamu aku, Melmel dan Da sekeluarga dengan nasi minyak resipi tersendiri bersama lauk kari Kambing dan ayam goreng berempah.

Aku dan isteri bukanlah penggemar daging kambing kerana baunya yang hamis. Apatah lagi aku mempunyai penyakit darah tinggi dari keturunan. Namun, demi Pak Awang, kami tetap menjamah jua masakan tersebut untuk mengambil hatinya. Tetapi, kali ini aku tersilap. Kari Kambing masakan Pak Awang langsung tiada bau hamis dan dagingnya sungguh lembut. Rasanya toksah cerita lah..sungguh sedap hinggakan Da menambah nasi 5 pinggan!!

Masakan kari kambing Pak Awang masih menjadi bahan cerita antara aku dan Melmel hingga ke hari ini.

Petang tadi, aku mendapat panggilan daripada Medang memberitahu bahawa Pak Awang terlibat dalam kemalangan pagi tadi. Sedih kedengaran suara si Medang dan dia tidak dapat menyambung perbualan antara kami.

Terus aku menelefon keluarga ku dan juga Da, ternyata keluarga ku juga terkejut dengan berita tersebut. Daripada Da aku diberitahu bahawa Pak Awang masih tidak sedarkan diri. Tetapi Da bekerja agak jauh dari Hospital Besar dan mempunyai kesulitan untuk menjenguk. Aku amat susah hati dengan keadaan tersebut.

Selepas Isyak, aku membaca Surah Yassin dan melakukan solat hajat meminta kepada Allah supaya dielakkan perkara yang tidak diingini dan semoga segala dugaan ini diringankan oleh Allah. Medang pula akan melangsungkan perkahwinannya hujung minggu depan. Aku masih runsing..sms dan panggilan aku kepada Medang tidak mendapat balasan..

Pukul 11 malam, aku mendapat panggilan dari pada Mi mengatakan bahawa Abg Zuri baru sahaja pulang dari hospital. Katanya Pak Awang sudah sedarkan diri dan ditempatkan di wad biasa. Bahu kanan nya patah dan terpaksa diimbas untuk kecederaan kepala besok pagi.

Lega hati rasanya..Alhamdulillah..

Thursday, October 09, 2008

Adek Mek

Dalam-dalam tidak sedar, intan payung aku sorang nie dah pun masuk 6 bulan. Penat jugak laa melayah karenah dia sekarang.

Walaupun baru nak pandai merangkak, tapi kalu "mengensot" laju bukan main..pintu kabinet yang 'sliding' pun dah pandai bukak sendiri dah..

Cuma tang air liur je masih tak berenti meleleh..gara-gara mengidamkan aiskrim 'Baskin-Robbins'. Sapu di bibir pun lepas tu dah tak ada effect dah..still duk meleleh jugak.

Sekarang nie dia suka benor main ngan stereng keta..sapa-sapa panggil dah tak endah dah..

Nway, inilah permata hati aku dan Melmel.. I love both of you.

Tuesday, October 07, 2008

Kembali ke Realiti

Hari nie aku start keja balik. Ingatkan semalam lagi nak masuk opis, tapi memandangkan aku drive 'overtime' dari kampung hari ahad tempohari rasanya tak larat plak nak nak pegi keja.

Alasan je semua tu..hehe..Sebenarnya aku masih dalam mood Raya. Nak keja pun, ngantuk pekena nasi dagang belum hilang lagi, mabuk makan tapai masih ada..mulut pun masih berbau sate..

Memandangkan cuti ada ciput je dan akhir tahun nie nak balik ke Kota Di bawah Bayu plak, so semua hal mengenai kemalasan tadi harus ditolak ke tepi.

Tapi....

Bila balik opis, baru teringat balik...KEJA BERLAMBAK !!!!