Monday, March 24, 2008

Kami Nak Idris, Natang



Mungkin ayat dalam gambar nie agak kabur sebab aku ambik gambar ni pun dari Cari tapi gambar ini menunjukkan situasi di luar Istana di Negeri Hadhari semasa majlis penerimaan watikah lantikan Menteri Besar dilakukan.

Ayat di banner tersebut berbunyi "KAMI NAK IDRIS, NATANG!!!"

Mengikut bahasa di Negeri Hadhari ini, maksud perkataan "Natang" itu adalah "Binatang" . Tapi pada siapakah perkataan makian itu ditujukan?

Jika dikaitkan dengan kejadian yang berlaku, penyokong Parti Utama Kami Ini Melayu Ampu Kuat (PUKIMAK) sedang memprotes pelantikan MB baru Negeri Hadhari walhal calon MB ini datangnya dari parti mereka sendiri. Diceritakan juga oleh Pak Pandir, sebenarnya mereka menyokong MB yang lama untuk terus menjadi MB tetapi Sultan Negeri Hadhari tidak memperkenankannya.

Teruslah orang-orang penting (atau mempunyai kepentingan) di dalam PUKIMAK melenting dan mengeluarkan beberapa fatwa mereka sendiri dengan mengatakan Sultan tidak layak memilih MB nya tetapi yang berhak adalah rakyat (ataupun Perdana Menteri Negara Boleh).

Jadi adakah perkataan "natang" itu ditujukan kepada Baginda Sultan? Jika benarlah andaian ini, memang menderhaka lah ahli-ahli PUKIMAK ini yang kononnya berjuang untuk mendaulatkan orang-orang Melayu di bumi Boleh ini, tapi tahukan mereka Sultan adalah lambang kedaulatan orang Melayu?

Rukunegara baris Kedua mengatakan : Taat Kepada Tuhan, RAJA dan Negara. Begitu tingginya kedudukan Raja dalam institusi sosio-politik di negara Boleh ini tetapi dengan mudahnya dipermain-mainkan oleh PUKIMAK.

Adakah rahsia disebalik semua ini? Wallahualam...mungkin akan timbul hikmah disebalik kekabutan ini...InshaALLAH..

Kebenarannya adalah pada tanda 'koma' pada pernyataan tersebut..jika tiada 'koma' ayat itu akan berbunyi:

"KAMI MAHU IDRIS NATANG"

Hanya Natang layak memerintah Natang....

No comments: