Dua hari lepas, Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) di sebuah negeri Hadhari telah membuat keputusan untuk memilih Menteri Besar nya selepas pilihanraya tamat dan membuat majlis penerimaan watikah bagi mengumumkan perkara tersebut secara terbuka. Namun, calon yang dipilih oleh MPPR ini bukanlah Menteri Besar Negeri Hadhari yang lama. Mungkin Sultan Negeri Hadhari yang merangkap Yang DiPertuan Agong di Negara Boleh sekarang ini sudah menyampah dengan Menteri Besar yang lama walaupun banyak acara-acara hiburan seperti "Perlumbaan Bot Mewah", "Masjid Silau Hadhari" dan khabarnya artis-artis di Negara Boleh sudah bebas keluar masuk di Negeri Hadhari itu sekarang. Namun, apa yang rakyat Negeri Hadhari dapat??? Duit hasil minyak yang ditukar nama kepada "Duit Belas Kasihan" sebanyak 1.2 Billion lesap begitu sahaja..
Namun, ex-Menteri Besar ini tidak berhenti disini sahaja. Walaupun mengeluarkan kenyataan dalam Berita di Ar tee Em, ti vi tiga suku menyatakan bahawa dia akan akur dengan apa-apa keputusan tapi selepas itu dia pergi berjumpa dengan Perdana Menteri Negara Boleh untuk meminta sokongan kononnya Perdana Menteri ini LAH yang paling tinggi darjatnya di Negara Boleh. Apa-apa yang arahan yang dikeluarkan dari mulutnya, wajib untuk diikuti walaupun jawatannya itu dilantik dari suara rakyat.
Oleh yang demikian, semua ahli Parti Utama Kami Ini Melayu Ampu Kuat (PUKIMAK) Cawangan Negeri Hadhari telah bersatu untuk menentang pelantikan MB baru ini dan PUKIMAK Induk pula telah mengugut untuk melucutkan jawatan serta keahlian PUKIMAK calon MB baru tersebut.
Tindakan PUKIMAK Negeri Hadhari yang menentang secara terang-terangan pilihan MPPR itu secara tidak langsung mencerminkan sikap biadap mereka yang tidak menghormati kedaulatan kesultanan Melayu. Adakah PUKIMAK sedar bahawa Sultan adalah lambang kedaulatan orang Melayu?
Dahulunya PUKIMAK marah apabila Parti Ah Seng memulaukan keputusan Istana Ridzuan, malah, kita memaki-hamun Parti Ah Seng kerana menderhaka kepada Sultan tetapi di Negeri Hadhari keadaan terbalik pula, PUKIMAK sanggup menentang Sultan yang juga merupakan Yang di-Pertuan Agong secara terbuka.
Sepatutnya PUKIMAK Cawangan Hadhari perlu mengambil iktibar dengan situasi yang berlaku pada ketika ini dan bukannya memalukan orang Melayu sebegini rupa. Hentikan perkara mengarut ini, jangan sampai rakyat hilang keyakinan.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0324&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm
No comments:
Post a Comment