Hi all, aku dah balik dari kursus di Ulu Sepri. Tapi first day aku kesana, berita ini menjadi muka depan akhbar Utusan. "Guru sepakat tolak PTD".
Beza Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan guru bagai langit dan bumi. Guru dilatih untuk menguasai kemahiran dalam bidang P&P. PTD dilatih sebagai penjawat awam untuk bidang pengurusan dan pentadbiran awam termasuklah pembangunan, perolehan dan perkhidmatan.
Tugas-tugas sebegini di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) sememangnya milik PTD.
Seringkali kedengaran guru bersatu demi kenaikan pangkat tetapi jarang muncul dalam media massa guru bersatu demi kenaikan prestasi sekolah.
Apa silapnya latihan kepada guru hingga melahirkan guru yang hilang arah tujunya dalam mendidik anak bangsa (bukan semua)?Jawatan penerbit rancangan di Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan kaunselor di sekolah turut digurukan hingga menjadi guru kaunseling/bimbingan tetapi Persatuan Penerbit Rancangan dan Kaunselor Malaysia dan Dunia tidak pernah bersengkang mata dengan pelbagai simposium dan kolokium semata-mata untuk mencipta resolusi tolak guru yang masuk tanpa diundang dalam skim bakat dan seni atau sosial?
Implikasinya KPM terpaksa mengeluarkan sejumlah peruntukan besar untuk melatih `bidan terjun' dan `pak sanggup' kaunselor dan penerbit rancangan ini yang rata-ratanya tiada kepakaran dalam bidang berkenaan.Hakikatnya masalah disiplin dan buli semakin meruncing di sekolah, TV Pendidikan tidak menjadi wahana pembelajaran dan saya percaya ramai pelajar dan guru sendiri tidak menggunakan TV Pendidikan.
Inilah `dosa' yang kita semua tanggung apabila kita tidak meletakkan orang yang terbaik kepada jawatan yang sesuai. Kita paksa guru yang pakar dalam P&P menjadi kaunselor dan penerbit rancangan yang tidak termasuk dalam pakej latihan perguruan di IPTA dan IPG.
Bahagian Sumber Manusia (BSM) KPM yang selama ini dikhususkan untuk PTD telah menerima kemasukan guru. Pegawai PTD tidak pernah buang guru malah pegawai inilah yang bersusah payah memohon dengan JPA untuk mempersilakan guru di BSM.
Indahnya perkhidmatan awam di Malaysia ini bila kita melatih individu dan meletakkannya di tempat yang dia sepatutnya ada. Ini akan menjana penggunaan guna tenaga yang optimum.Harap-harapnya guru terbuka minda, jangan fikir sempit. Pentingkanlah hasrat negara untuk menyediakan pendidikan berkualiti untuk semua. Ini akan dapat dicapai bila wujudnya kerjasama dengan perkhidmatan lain.
Renungkanlah semula semasa anda di institusi pendidikan yang melatih anda menjurus ke arah pemantapan proses pengajaran serta pembelajaran dan bukannya tugas-tugas pentadbiran atau perkeranian....
No comments:
Post a Comment