Hmm..baru je aku nak ber'blog' balik dah kena pegi kursus. Kursus kali ni di BTN Ulu Sepri, Negeri Sembilan. Kursus Pembangunan Kepimpinan Pegawai PTD, namanya. Tujuan kursus ni sebenarnya sebagai latihan atau persediaan sebelum memangku atau dinaikkan pangkat ke gred yang lebih tinggi.
Aih..dah nak naik pangkat ke aku?? Kalu ikutkan, aku masih tak layak nak naik pangkat. Banyak lagi yang aku kena belajar. Jawab soklan PTK pun tunggang terbalik lagi. Inikan lagi kalau dah naik pangkat, mesti org 'expect' aku dah pandai buat keja. "Mengular" aku reti laa, tu skill aku paling hebat.
Tapi, dari apa yg aku sembang dengan orang JPA, penempatan aku yang baru dah pun ditetapkan..aku kena balik MOSTI. Terus terang aku katakan, aku dah suka duduk di Meteorologi ni. Sukan ada, aktiviti sosial pun ada..bos pun ok..
Nway, ni semua cabaran dalam hidup yang aku kena hadapi...
No comments:
Post a Comment