Pada 9-12 April, aku kembali ke INTAN Bukit Kiara untuk menjalani Kursus Pengucapan Awam dan Penulisan Teks Berkualiti.
Puan Rahimah Yeop yang sememangnya aku kenali sekarang dah ada 'sidekick' baru iaitu Puan Siti Mariam. Dua-dua orang ni memang layak masuk Program Komunikasi dan Pembangunan Latihan, INTAN.
So kelas kami ada 14 orang. Sayangnya, last day iaitu hari persembahan ucapan, salah seorang dari kami, Encik Roslan terpaksa pulang ke Pulau Pinang kerana bapa mertuanya meninggal dunia. Al-Fatihah.
Gambar ini diambil pada majlis penutup kursus ini. Aku rasa kursus ni best kerana tenaga pengajarnya yang berdedikasi dan penyertaan yang sangat baik dari peserta. Aku juga dapat berkenalan dengan kawan baru yang semuanya tidak pernah berjumpa sebelum ini. Atleast dapat jugak tambah network terutamanya dengan penghulu kami, dari Telekom Malaysia, dan juga yang lain terutama dari Pejabat Mufti, Agensi Dadah Negara, Pembangunan Wanita, JKR, Jabatan Penerbangan, Muzium Negara, LHDN, Bomba dan juga Pejabat Undang-undang.
Antara yang menarik kursus ni, pada hari terakhir kami disuruh membuat pengucapan awam dan pengucapan awam kami dinilai oleh ahli kelas sendiri. Keputusannya, tempat pertama dimenangi oleh penghulu kami, tempat kedua oleh Cik Edawati dari Pembangunan Wanita dan ketiga oleh En Baharuddin dari Agensi Dadah.
Walaupun aku takde tempat langsung, tapi aku puas hati dengan ilmu yang aku perolehi dari kursus tersebut.
Kepada sahabat-sahabat kursus Pengucapan Awam dan Penulisan Teks Berkualiti, harap panjang umur dan murah rezeki, semoga kita berjumpa lagi.
No comments:
Post a Comment