Minggu lepas, Pengarah Bahagian aku datang jumpa aku, air mukanya nampak cemas dan sedikit gembira. Rupa-rupanya permohonan transfernya berjaya, dan 2 Oktober dia harus melapor diri di tempat baru..akan tetapi nasib baik jugak laa dia mintak tangguh selama dua minggu untuk settle kan semua kerjanya yang terakhir di Jabatan ini.
So, lagi dua minggu, segala beban Bahagian Perkhidmatan akan berada di bahuku..sekarang pun dah seram sejuk..
Minggu depan, untuk pertama kalinya aku akan mengendalikan Mesyuarat Lembaga Tatatertib di Jabatan. Hmmm, aku tak tahu laa nasib budak-budak yang akan dibicarakan nanti. Tapi, pendek katanya, lebih baik diaorg survey kerja lain dulu laa daripada tunggu keputusan lembaga bersidang, aku rasa diaorg takde harapan. Lagipun, aku dah kasi mereka chance dah lama. Dah dua tahun tapi masih tak berubah, memang dah takde ubat..
Buang duit rakyat je bayar gaji kalau skejap datang pastu tak datang-datang, pastu datang balik, pastu lesap pulak..kadang-kadang datang awal pagi time pukul 10 dah lesap, tup-tup pukul 5 dekat nak punch out, tercegat kat mesin punch, mcm dah penat benor buat kerja..kalau macam nie, mcmana negara kita nak membangun.
Bukan nak kata aku ni tak meng'ulor' tapi biarlah berpada-pada, kerja mesti siap beb, kekadang tuh aku keluar pegi minum tengahari sampai pukul 2.30 petang, tapi atleast aku akan pastikan kerja aku siap sebelum jam 5 petang atau sebelum aku keluar pergi mana-mana...itulah aku...
No comments:
Post a Comment