Setelah seharian mencari bengkel ketuk bodi yang murah..last-last destinasi aku ke Pusat Servis Proton di Mutiara Damansara. Kat sana diaorg suruh pulak aku pegi Seksyen 13, PJ sebab kat sana je ada Pusat Ketok Bodi Proton Edar. So, mengembara laa lagi aku dari Damansara tuh ke Seksyen 13 PJ. Sesampai disana, pegawai yang buat checking keta aku menganggarkan bahawa kos pembaikian kereta aku mencecah RM2500. Kejadahnya, aku cakap dalam hati, dulu time mula-mula aku eksiden, cina tuh cakap dalam 450 bole settle dah..sekarang ni 2500??
So, aku pergi kepada opsyen ke-2, Claim Insuran..
Lepas berbuka di Midvalley Megamall semalam (selepas shopping sakan start kul 2 ptg hingga berbuka), aku pun pergi ke Balai Polis Subang Jaya untuk membuat repot polis..
Selesai tak selesai dalam kul 10 jugak laa...
Cuma apa yang aku perasan, setiap hari mesti ada orang di Malaysia ni eksiden..banyak giler report polis.Dikesempatan tu, ada laa jugak aku berborak dengan polis yang bertugas, katanya memang purata dalam 25-50 kes sehari. Korang bayangkanlah, kalau minimum 25 kes sehari kalau darab 365 hari dah ada 9125 kes, tuh untuk satu balai je tu..patutlah industri ketok bodi di Malaysia nih buat banyak duit. Ada tauke dia yang bawak BMW..tapi kebanyakkannya low profail, pakai singlet dengan seluar pendek apek jual beras je..takut kena rompak agaknya..
Tapi biasalaa..ada kebanyakkan kes yang direpot kepada polis hanya bertujuan utk menebus insuran..macam aku..hehhe
Pagi tadi, aku baca balik repot yang aku buat semalam untuk deal dengan orang bengkel..sekali baru aku terperasan, aku tersilap tulis no plat keta aku...ciss punya sellowww aku sekarang ni..
So, aku pegi balik balai polis subang jaya dan as usual ada ramai yang sedang buat report..malangnya untuk aku, untuk membetulkan repot aku, aku harus tunggu pegawai yang bertugas semalam bertugas kembali kerana hanya dia yang boleh mengubahnya...that is Jumaat ni..shit memang keta aku takkan sempat siap sebelum Hari Raya.
Mati laa aku, apa yang aku nak jawab depan Mi n Abah. Kena bebel sudah pasti, tapi yang paling aku tak suka nak dengar ialah, macam ni ke nak kawin? Jaga keta pun tak reti..nak jaga anak orang konon!!
Hmm..padan muka aku...
Oh ya..lagi 7 hari nak raya!!!
No comments:
Post a Comment