Wednesday, March 03, 2010

Family Trip Part 3 : Langkawi Day 2

Hari ke dua nih, memang diperuntukan hanya semata-mata untuk berjalan-jalan..seawal pukul 10 pagi kami dah ready dah..


Dan ada orang yang dah tak sabar..


Dan sememangnya hari itu sangat panas..suhu pada ketika ini dah nak cecah 33 darjah celcius.

Dan tempat pertama yang kami pergi adalah Dataran Lang..nasib baik jugaklaa bila sampai kat airport semalam dah diberi peta..atleast bole laa rancang nak pi mana..kalau tak aku dah lupa terus Dataran Lang nih..yelaa sebab kat sana ada Lang ni je sekor..


Kami ambik gambar dari jauh aje..sebab cuaca time nih sangat panas..(masa ni jam dah dekat kul 12 tghari..suhu plak cecah 36 darjah Celcius)

Lepas tu, kami ke Makam Mahsuri..rupanya jauh jugak masuk kedalam kampung-kampung sana..baru sampai. Time kecik kecik dulu ikut rombongan rasanya macam dekat je..tapi yelaa..time tu aku tido je manjang dalam bas...hehehe


Selepas ke Makam Mahsuri, aku bawak plak anak bini aku pegi ke tempat yang aku sendiri tak pernah pergi iaitu..Langkawi Cable Car..


Pada aku sapa yang mencetuskan idea buat cable car nih adalah seorang yang genius dan otak bisnes..aku memang kagum bila sampai kat puncak..

Aku harus ucapkan terima kasih kepada Pak Arab yang ada sebelah aku time tuh kerana sudi mengambil gambar kami sekeluarga..padahal dia yang dulu suruh aku ambik gambar dia..hehehe..sapa suruh..



Lawak selingan : Teka apa itik tu buat??

Dari Cable Car, jam dah menunjukkan pukul 4.45 petang. So, kitaorg gerak balik ke hotel sebab cuaca panas..badan dah melekit..memang tak selesa..

Selepas beristirehat yang secukupnya, perut plak rasa lapar. So, destinasi kami malam itu adalah Restoran Hj. Ramli...bole tahan jugak laa masakan kat sini..makan udang yang besar 2 ekor..Siakap masak Stim..sotong pedas..dan minuman..semua skali tak sampai RM40 hengget..memang murah...dan puas hati..

(to be continued-day 3)

1 comment:

nmfairus said...

sempat lg shoot itik tu...
aku pn pnah naik cable car tu..
mmg gayat..