Jadi pada 29 Januari lepas, bermulalah sesi PAC yang hangat dispekukan oleh bebudak batch aku.
Pendaftaran dibuka seawal pukul 8.30 pagi, tapi aku dah sampai semalam lagi bersama rakan-rakan. Konon nak beronggeng laa dulu malam sebelumnya. So, kami check-in di hotel murahan terdekat. Murahan pun RM110 sorang beb. Plan malam tu nak berkaraoke atau main pool. Rupa-rupanya, pekan Kluang nih dah mati seawal pulul 9.30 malam lagi..hampeh. Last-last kami beli daun terup dan main pakau aje kat bilik.
Selepas taklimat, kami diberi minum pagi dan kemudiannya terus kepada aktiviti-aktiviti yang penuh dengan elemen kejutan kepada kami semua.
Inilah bentuk bilik untuk aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Sepanjang 3 hari di IKWAS, kami telah disuruh untuk melakukan pengucapan awam (public speaking), pengurusan projek, penulisan minit, kertas cadangan, surat rasmi, pengurusan mesyuarat, di temuduga, bersolat dengan kehadiran diambil dan menari poco-poco. Kata lainnya, semua perbuatan kami adalah dinilai..mungkin di PAC yang akan datang, mereka akan memasang cctv di bilik untuk memantau perbuatan-perbuatan pegawai awam ni.. So,berhati-hatilah kalau rasa nak mencukur bulu-bulu badan yang berlebihan.
Hasilnya, pegawai-pegawai yang bersedia untuk memangku ke jawatan yang lebih tinggi seperti soklan wajib dalam temuduga.
Hari ini, sudah 2 hari aku kembali bertugas. Masih terbayang-bayang di ingatan aku kenangan terindah bersama kawan-kawan. Mungkinkah kami akan berjumpa lagi dengan jumlah yang ramai sebegini di masa akan datang. InshaAllah.
Terima kasih kepada saudara Tariq untuk gambar-gambar aku telah dicilok oleh aku.
2 comments:
Hello. My wife and I bought our house about 6 months ago. It was a foreclosure and we were able to get a great deal on it. We also took advantage of the 8K tax credit so that definitely helped. We did an extensive remodeling job and now I want to refinance to cut the term to a 20 or 15 year loan. Does anyone know any good sites for mortgage information? Thanks!
Mike
hi, good site very much appreciatted
Post a Comment