Monday, November 24, 2008

Dara yang sentiasa DARA

Post ni khas untuk kaum ibu sahaja..Petua dari Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah. 

("Abqaro" ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam. 

Caranya : 

Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi
sekali
dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan
rumahtangga. 

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan
ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara
(yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Semoga perkahwinan tuan-tuan dan puan-puan berkekalan hingga ke akhir hayat. Yang masih belum kawin, toksahlaa nak cuba-cuba dulu..kena sebat sat lagi baru tau!!


1 comment:

Carrie-Ma said...

uiks, ganah post mung hahaha...aku dokleh bace arr...nok kabor n mitok izin, aku link blog mung kat blog aku...