Monday, November 24, 2008

Dara yang sentiasa DARA

Post ni khas untuk kaum ibu sahaja..Petua dari Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah. 

("Abqaro" ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam. 

Caranya : 

Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi
sekali
dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan
rumahtangga. 

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan
ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara
(yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Semoga perkahwinan tuan-tuan dan puan-puan berkekalan hingga ke akhir hayat. Yang masih belum kawin, toksahlaa nak cuba-cuba dulu..kena sebat sat lagi baru tau!!


Wednesday, November 19, 2008

Selingan Minggu Ini


LOGO BARU KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

Hari ini Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menggunapakai logo baru bagi menggantikan lago lama yang berupa jata negara yang mempunyai perkataan MOSTI di bawahnya. 

Mengikut sumber dalaman rasional di sebalik logo tersebut adalah seperti berikut: : 

Menggambarkan pergerakan molekul yang melambangkan eksplorasi dan  penyelidikan berterusan dalam bidang sains, teknologi dan inovasi. 

Bulatan melambangkan teknologi sains angkasa sebagai bidang yang akan terus diterokai.




METRO AHAD

Jika anda perasan, cuba cari di manakah saya? 

Friday, November 14, 2008

1000, 8000 dan Gigi

1000

It been a while now. I was too damn busy to update or to jot something here. But to my suprise, the count has passed a 1000 visitors. Thank you...

8000

RM8000/jam..memang lumayan..patutnya aku ubah profesyen aku jadi Angkasawan..dengar ceritanya pendapatan tahunan pun mencecah RM1.2 juta setahun. Cuma yang sedihnya bagi seseorang yang menjadi selebriti dengan menggunakan duit rakyat, mendapat tittle Dato' daripadanya, dan yang paling penting masih di dalam kontrak dengan pihak Agensi Kerajaan yang mengangkatnya ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa, sikap mengutamakan kepentingan peribadi bertopengkan pendidikan kanak-kanak adalah satu perbuatan yang keji.

Gigi


Adek Mek aku dah tumbuh sebatang gigi. Imej tak berapa terang sebab guna henpon yang dah tak berapa baru. Sekarang nih asalkan ada benda depan mata, semua nak sumbat dalam mulut.
Tapi, hari ni demam pulak si 'debek' aku nih. Nak boleh merangkak kot sebab orang tua-tua kata kalau budak demam sikit-sikit nih, nak dapat skill baru laa tu..

'debek' (bahasa terengganu) - montel