Hari ini, seperti biasa aku hantar isteri ke tempat kerja sebelum aku menghala ke arah bertentangan demi mencari sesuap nasi. Namun didapati pagi ini agak berbeza kerana ianya lebih cerah dari biasa.
Kedengaran sudah riuh di Kementerian yang berteknologi tinggi dengan lobi aras 1 bernilai jutaan ringgit bahawa orang yang selama ini digeruni dan ditakuti tidak kurang juga dikutuk dan menjadi isu hangat di kedai-kedai kopi berhampiran telah ditukarkan ke bangunan yang tidak berapa jauh dengan Kementerian lamanya.
Maka segala rakyat jelata di sana telah menyambut berita ini sebagai satu rahmat yang turun dari langit, konon-kononnya mereka telah mengeluarkan belanja dari poket mereka sendiri untuk membeli pisang untuk disedekahkan. Tidak kurang juga yang menjadikan perkara ini sebagai satu peringatan supaya tidak mengulangi perbuatan durjana yang sama.
Kepada "you know who" :- Ingatlah..bahawa tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah. Pangkat dan darjat yang dikurniakan hanya sementara, Allah telah tunjukkan bahawa dalam masa sehari segala-galanya boleh berubah. Renungilah kejadian ini sebagai satu hikmah atau hidayah dari Allah kerana Allah Maha Menyayangi..
P/S: Terimalah lagu dari Hujan- Pagi yang gelap (modified)
Lebih tua dariku
Harap sabar menunggu
Pemergianmu ku tunggu
Bukan maksudku mendiam
Memang niatku menyimpan dendam
Hakikatnya benci yang mendalam
Jalan ini kan membantu
Hari esok siapa yang tahu
Kata KSN dengar sahaja
Cerita banyak pun dah tak guna
Pagi yang gelap, kini sudah terang
Aku macaimu dan engkau bos
Ku amat sakit hati dengan mu
Pagi yang gelap, kini sudah terang
Aku macaimu dan engkau bos
Tak ingin ku pulang ke masa dulu..
No comments:
Post a Comment